Kesimpulannya hutan tersebut masih kekal asli.
TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...
JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box
Tuesday, June 30, 2009
Berkelah Di Rimba Jin Bara,Ulu Kelang
Kesimpulannya hutan tersebut masih kekal asli.
Saturday, June 13, 2009
Marina Cove Resort Water Park,Lumut Perak
Bagi yang masih lagi tercari-cari lokasi penginapan setelah puas bermandi-manda bersama keluarga di pantai Teluk Batik.Aku mensyorkan MARINA COVE RESORT yang terletak di lokasi strategik dari pelbagai aspek...Nak makan tgh ada Restoran Silaturahim(cuma 1 km saja dari hotel)Menyediakan masakan kampung dengan ulaman dan pelbagai jenis ikan bakarnya...
Malam boleh berehat bersama keluarga di Lumut Waterfront sambil menghirup udara segar yg jaraknya mengikut anggaran aku lebih kurang 4 km..
Sealain itu, dari tempat penginapan anda akan saksikan suasana matahari tebenam apabila dinihari dengan berlatarkan Pulau Pangkor.
Haa...Bagi anda yang mempunyai anak kecil macam aku yang tak sah kalau tak main air, inilah tempatnya!!
Siapa cakap kawasan Lumut dan Manjung tiada water theme park???
MARINA COVE WATER PARK
Walaupun ianya tak sehebat seperti Sunway Lagoon,Bukit Merah Laketown,Tambun Theme park atau tempat2 yang sama seangkatannya.Tapi bagi aku tempat ni dah dikira ok la dari segi bayarannya yang tak sampai RM 10.00 bagi seorang dewasa dan bagi yang menginap di resort tersebut akan mendapat diskaun lagi...
Jeejoun@yahoo.com
MARINA WATER PARK, LUMUT
MARINA COVE RESORT, LUMUT
Friday, June 12, 2009
Roti Canai Kg. Sitiawan,Perak
Jadi inilah sebabnya aku berkongsi maklumat..
Kedainya terletak di muara kampung Sitiawan dan lihat pelbagai jenis kenderaan dari sekecil motorsikal ke semewah-mewah kereta (mewah macam kereta Bob!!) yang datang.
Sebarang maklumat, emailkan kepada
Jeejoun@yahoo.com
Tuesday, June 9, 2009
Bilik Bajet di Masjid Berinchang,Cameron Highlands
Kali nie aku nak berkongsi pengalaman bagi sesiapa yang inginkan percutian ke Cameron Highlands tetapi senantiasa berkira-kira tentang kos penginapan.Bagi aku, kau orang masih boleh kesana tetapi sebaik-baiknya cuba elakkan daripada menunjunginya ketika cuti umum kerana anda akan merasa akan kesengsaraanya ketika berada disana kerana aku sudah merasainya!!
Waktu tu cuti Hari Keputeraan Agong dan percutian aku ketika itu boleh dikelaskan sebagai percutian yang tidak dirancang,biasala kebanyakkan percutian dan aktiviti aku banyak yang tak rancang....
Dengan semua bilik hotel penuh,dari semurah2 ke berbintang2 ratingnya..
Sesaknya toksah dok cakapla terutama kawasan pasar malam Pekan Berinchang,jika kebiasaanya jarak perjalanan dari Ladang tea Bharat area pekan Tringkap ke pekan Berinchang mengambil masa 15 minit tetapi jangan terkejut jika kali itu aku mengambil masa 4 jam,siap berhenti di kedai tepi jalan tumpang pakai toilet coz anak aku dah tak tahan sangat dah dan ketika tu aku rasa berjalan lagi cepat daripada memandu kereta!
Itu belum tempat mana nak makan lagi dengan orang ramai di semua kedai makan...Lu pikir la sendiri! Jadi saranan aku kepada yang ingin bercuti kesana rancanglah percutian anda dengan sebaik-baiknya..
Opss..Panjang pulak ceritanya,ok lokasi penginapan ni agak mudah untuk dicari kerana ianya terletak di kawasan Masjid Berinchang Cameron Highlands berhadapan stesen minyak Petronas dan Balai Bomba..Jika nak ke pasar malam pun dekat, makan pun mudah dan yang paling dekat lagi mestilah masjidnya so tak reti-reti lagika nak buat apa?
Bilik yang aku duduk tu cukup murah RM50.00 satu bilik dan boleh muat sehingga 10 orang dalam satu2 masa cuma bilik airnya saja kat luar dan tiada tilam empuk cuma diberi tilam toto dan tiada tv(dah nak murah jangan la demand macam2!!)
Aku di maklumkan oleh orang situ yang harga bilik disitu tidak serupa dan ada yang biliknya ada bilik air didalam dan ada yang biliknya dikira kepala(contoh 2 orang RM 20.00 bergantung kepada jenis bilik)Dan duit2 sewa tersebut akan dimasukkan ke tabung masjid..OK jugakkan!
Boleh juga tambah pendapatan tabung masjid selain daripada derma orang ramai...Pada gambar atas sudah tertera nombor telefon yang patut dihubungi sekiranya kau orang berminat untuk stay kat situ,yea la selain bercuti dapat juga kita menderma (dua dlm satu..)
Cabaran Gunung Irau,Cameron Highlands
Jom Pekena Steamboat Cameron Highlands
Strawberry Ice Cream,C.Highlands
Reunion Polytech Kuching 98 at Cameron Highlands
Friday, June 5, 2009
Kenangan Di Eye Of Malaysia,TamanTasik Titiwangsa
Dalam dok check2 komputer aku..
Aku ternampak gambar lama aku ngan famili masa tu tengah dok lepak kat 'Eye Of Malaysia' di Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.
Walaupun gambar ni aku rasa dah lama tapi masih mempunyai nilai memori yang tersendiri untuk dipromosikan terutama kawasan tasik itu sendiri...
Lokasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga dengan pelbagai kemudahan yang disediakan adalah jawapannya kenapa warga kota suka mengunjunginya..
Menjadikan ianya satu lagi tempat tarikan ataupun lokasi menarik yang baru diwujudkan pada waktu itu......
Dan untuk makluman semua gondola berputar ataupun ferris wheel ini telah berpindah lokasi ke Melaka pada penghujung tahun 2008..
So bagi yang ingin merasai pengalaman menaikinya bolehla ke sana!
Tuesday, June 2, 2009
Kemasik Beach
If you are coming from Kuantan, use the coastal scenic highway route 3 towards Kemaman. After reaching Kemaman, go further up and you will reach the town of Kijal. Drive for another 10 minutes or so and look out for the sign "Pantai Kemasik". Follow the signage and you will not miss this beach.
This beach has clean and clear water due to its location which is facing the South China Sea. There isn't any mud on the beach and hence this is a good place to take a stroll and enjoy the breeze of the wind. There are many palm trees that grow along the shore of the beach. There are some nice rocks at the end of the beach where you can take some photo shots as a momento of your trip to the east coast.
Facilities
As there is changing and toilet facilities here, you can play and swim at the beach from the months of April to October. The sea can be quite rough during the months of November to March as this time is the North Easterly monsoon season. If you have yet to see any fishing village on your trip here, drop by the fishing village which is located at the river mouth of Sungai Kemasik.
Enjoy your stroll time at the beach.jeejoun@yahoo.com
http://jeejountravel.blogspot.com