Walaupun hati ini mengatakan sukar untuk mengadakannya memandangkan masing-masing sudah 'berpunya' dan mempunyai komitmen serta tanggungjawab tapi saya beranikan jua untuk melakukannya .Setelah segala maklumat rakan-rakan diperolehi serta destinasi telah dikenalpasti maka tibalah jua masa yang dinanti-nantikan itu walaupun jumlah peserta tidak mencapai target!!
Mungkin ini sebagai permulaannya.....!!
Cameron Highlands dipilih untuk program ini kerana destinasinya yang agak 'centre' memandangkan kebanyakkan rakan-rakan berada di setiap pelusok semenanjung antaranya Terengganu,Pahang,Johor,Perak,N.Sembilan,Penang,Kedah dan Selangor(rupa-rupanya dari Sarawak pun datang!Aku tak sangka yang dari sarawak pun nak datang..)
Pelbagai aktiviti telah diselitkan sepanjang 3 hari 2 malam itu antaranya melawat ladang teh Boh,Melawat Kebun Sayur(Cactus Valley),mengunjungi pasar malam Berinchang, sukaneka dan juga persembahan dari semua peserta pada malam terakhirnya.
Terasa begitu cepat masa berlalu kerana terasa belum cukup puas lagi bertemu,bergurau senda dan berborak kerana banyak yang hendak diperkatakan,maklumlah hampir 10 tahun tidak ketemu..
Walau apa pun diri ini terasa puas setelah melaksanakan program ini dan insyaallah di masa akan datang akan saya anjurkan lagi program seumpama ini dan moga-moga ianya lebih baik lagi daripada ini..........................
Sekian.
Alien SET 98
aa
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteucapan takziah buat keluarga arwah azrin dari aku dan suami.doa kami moga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman.amin
kalau ada apa2 yg kami boleh bantu,bg tahu la zul..takat aku boleh bantu..
tgk kekawan aku masa reounion kat cameron,terharu jgk..maklumlah aku je yg x sporting..masalah peribadi time tu..
ada jodoh,panjang umur jumpalah aku.jgn la pinggirkan aku,walaupun aku x mengikuti segala hal2 kawan2 KBH..MAAFKAN AKU ZUL..
sekian,
dbe80.chik
AKU TAK ADA MASALAH.....
ReplyDeleteKALAU ADA REZEKI LEBIH TU BANTULAH KELUARGA ARWAH TERUTAMA ANAK2NYA YG MASIH KECIL(ANAK YATIM).
NO AKAUN AKU DAH UPDATE DLM BLOG TERBARU AKU..