Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label Penginapan di N9. Show all posts
Showing posts with label Penginapan di N9. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Sua Mesra Keluarga Hjh Wan Zainab 2009 di Melaka PD (part 2)

Setelah seharian Melaka Bandaraya Bersejarah dijelajahi,pengembaraan Keluarga Hajjah Wan Zainab diteruskan lagi.....
Seperti yang dirancang, pantai peranginan Port Dickson menjadi lokasi yang seterusnya.
Bandar yang ditabalkan menjadi 'Bandar Tentera' dan juga destinasi yg mencuri tumpuan rakyat Malaysia disebabkan bahang pilihanraya kecil DUN Sg. Pinang baru2 nie...

Lokasi penginapan kami sekeluarga kali ini ialah Residence Desa Lagoon PD
yg mana resort ini terletak di Pantai Tg. Tuan dan berdekatan dgn lokasi penginapan kami pada tahun lepas iaitu The Regency Tg. Tuan.Yg membezakannya adalah resort nie ala2 lagoon gitu!!
Bawah rumah ada kolam ikan,tepi rumah parking kereta,depan rumah ada kolam renang,belakang rumah ada pantai..Sempoikan? Anak2 mandi kolam..Umminya rehat kat anjung rumah sambil melihat anak2 mandi....Papa ngan bapa saudaranya mandi pantai..Peghhhhh...Complete! Cuma bapa2 saudaranya komen satu saja..Kolam renang tak dalam!

Malamnya acara BBQ kat pantai...Tak sangka pula mlm tu ramai lagi geng2 lain yg buat bbq,nasib baik banyak port baik punyaa...Siap ada yg buat unggun api!

Secara ringkasnya,aktiviti ini berjaya juga dilaksanakan walaupun ada juga serba sedikit kekurangan yg mana ianya disedari ataupun tidak dijangka.Seperti yg aku katakan,menganjurkan xtvt yg melibatkan keluarga adalah lebih sukar dan mencabar daripada aku menganjurkan xtvt yg melibatkan orang luar.Tetapi kemanisan,kemesraan dan pahala yg akan kita dapat hasil drp penganjuran ini mungkin berlipat kali ganda lagi, insyaallah.Moga inya akan menambahkan lagi pengalaman hidup aku dan jutaan kemaafan kepada semua ahli keluarga yg mengikuti percutian dan pengembaraan bersama Jeejountravel ini andaikata kelemahan dan kesilapan aku...Walau apa pun aku tetap enjoy this trip!

Jumpa lagi dimasa akan datang..Insyaallah


Ayah Ngah dok layan anak buah @ layan game??


Wah..Wah


Keluar saja dari rumah..Blummm..Mandi kolam



Ingatkan anak saudara ..Rupanya bapa saudara!



Mandi laut plak..


Mesyuarat tergempar..


Ayah Su..Bekas chef cook


Ammar


Anak Ummi


Ajk masakan


Ayah Chik,Hana ngan Sufi


Beristirehat ditepian pantai..Menantikan kepak ayam bakar!



Related blog..

Sua Mesra Keluarga Hjh Wan Zainab di Melaka PD (part 1)

Muzium Tentera PD


Mengimbau zaman koboi di PD

Kelibat buaya di Tg Tuan PD

Berhari Keluarga Di Pd 2008





Saturday, May 30, 2009

Mengimbau Zaman Koboi Di PD

Kepada member2 yang menginginkan destinasi percutian yang berlainan daripada biasa tetapi dana kewangan kurang mencukupi tidak perlu risau kerana anda tidak perlu merantau keluar negara kerana negara kita pun tidak kurang hebatnya...
Terletak di Pantai Port Dickson,Negeri Sembilan dengan jalinan jalanraya yang lengkap dan selesa memudahkan pengunjungi untuk ke Eagle Ranch Resort Port Dickson.
Dengan menampilkan ciri-ciri seperti zaman koboi dan red indian akan mengingatkan kita kepada filem2 koboi di kaca tv.


Suasana koboi takkan lengkap jika tiadanya kuda dan jangan pula kita terkejut jika menemui kuda2 berkeliaran...Selain itu anda akan rasa kelainan kerana tiadanya tempat meletak kenderaan disediakan di kawasan penginapan dan terpulang kepada anda untuk meletak kenderaan anda janji tidak menggangu laluan orang ramai,ini semua bagi menampilkan ciri2 koboi...
Dalam banyak tempat2 penginapan yang aku lepak,aku rasa tempat ni aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang kerana ianya menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan permainan didalam satu kawasan tanpa perlu meninggalkan tempat penginapan ini...



Kali nie aku malas nak karang banyak2 dan kalau
nak tau apa yang ada dan menarik disana.. sila klick sini!!


Jacuzzi...



Lanskap yang menarik..




Sekian,
Jeejoun@yahoo.com

Friday, January 16, 2009

Berhari Keluarga Di Port Dickson

Last year aku ada conduct satu program utk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan diantara family aku(sebelah wife aku yang memang telah rapat)...'Family Day Hjh Wan Zainab D PD' adalah temanya......Lokasi pilihan utk program ini, aku memilih Port Dickson,Negeri Sembilan.Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di 'The Regency Tanjung Tuan Beach Resort' dan banyak juga xtvt yg dilakukan sepanjang kami berada disitu.Banyak kebaikan(samada yg surat atau tersirat..) yg boleh diperolehi dengan adanya program seumpama ini selain drp dapat berhibur dengan keluarga sendiri jika selama ini kita sibuk dengan tugasan ditempat kerja.Tidak salah rasanya jika berpeluang meluangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk keluarga....



Konvoi kenderaan yang join this program....'Pemanduan Berhemah' diperlukan disepanjang pejalanan demi keselamatan semua pengguna jalanraya dan keluarga yang tercinta!
Selain itu, penggunaan tali pinggang keledar belakang juga dititik beratkan dengan terlaksananya undang2 tersebut baru2 ini...hehe..RM300.00 beb!




Lokasi pilihan ini mempunyai banyak kemudahan2 seperti gelanggang futsal,tennis,bola keranjang,bola tampar pantai,bola sepak pantai,pool table,indoor game,banana boat,jet ski dan sebagainya demi keselesaan pengunjung.


Pemandangan suasana pagi dari balkoni apartment.........




Tiada apa yang dapat diperkatakan selain perasaan puas dan gembira apabila dapat bersama2 keluarga menghirup angin petang.........



Himpunan Keluarga Hajjah Wan Zainab







Matahari Terbenam






My Son


Acara wajib..BBQ dinner



nyam..nyam..Anak mama!




funs time!!!


Yoga ka cik Kak..?