Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label makan dimana. Show all posts
Showing posts with label makan dimana. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Bites,Paka Terengganu.

Terasa seperti berada di desa sejenak... Waktu aku kecil-kecil dulu sempat juga merasai suasana budak kampung terutama apabila tibanya musim cuti sekolah.Takkala aku dengan sepupu-sepapat menghabiskan masa cuti kami di rumah 'arwah tok wan',pendek kata berpesta habis...Terjun sungai,panjat pokok kriang,panjat pokok pelam,kejar ayam kampung,main senapang bemban,main sorok-sorok..Hmmmmmm..Syok gila..Senang cerita,rumah lama 'tok wan' banyak nostalgianya..
Apabila aku berada di "Bites" kenangan tersebut menjelma kembali...Bites yang aku maksudkan ini adalah sebuah restoran yg pada asas bangunannya ialah sebuah rumah kayu 2 tingkat yang diubahsuai menjadi sebuah restoran.Kebanyakkan struktur utama rumah tersebut masih dikekalkan seperti tangga,beranda,wakaf dan lain-lain walaupun sesetengah kayunya adalah baru.Terpulang kepada pengunjung restoran tersebut samada nak menjamu selera di tingkat atas,wakaf,bawah rumah ataupun diluar rumah.Lokasinya terletak berdekatan dengan Resident Hotel Paka dan berpanoramakan Pantai Paka Terengganu.
Menu pilihan aku pada malam itu ialah 'western food'..keputusan-sedap jugak!







Saturday, June 26, 2010

The Red Warriors Station @ KTC

big screen

ala santai berlatarbelakangkan foto-foto


Bahang Piala Dunia 2010 jelas terasa kehangatannya tak kala keputusan-keputusan perlawanan adalah diluar jangkaan kita.Setiap hari topik bolalah yang meniti dibibir setiap peminatnya daripada golongan tua hinggalah ke budak sekolah,dari pejabat hinggalah ke warung kopi.
Oleh itu saya ingin membawa anda sejenak yang mungkin berada disekitar Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu ke sebuah lokasi yang sesuai dan agak selesa untuk menyaksikan perlawanan2 sepanjang Piala Dunia ini berlangsung.The Red Warriors station @ KTC ini terletak di bangunan Kelantan Trade Centre dan bersebelahan dengan Perdana Medical Centre.
Dengan hiasan dalaman yang banyak menampilkan perihal bolasepak Kelantan hinggakan menu makanan dan minuman pun berlatarbelakangkan individu2 daripada skuad 'red warriors' itu. Selain itu terdapat juga sudut jualan cenderamata pasukan tersebut untuk untuk anda jadikan ianya sebagai kenang-kenangan.


peminat cilik...

di perkarangan luar


Dari luar..










Sunday, April 11, 2010

Nasi Ayam Yunnan K.Terengganu

Jalan-jalan cari makan di bandar Kuala Terengganu tidaklah sesukar mana,memandangkan banyak restoran atau kedai makan terdapat disini.Cuma bezanya adalah dari segi masakannya,adakah memenuhi kritiria citarasa anda atau pun tidak.Disini aku memilih sebuah gerai nasi ayam yang terletak di medan selera Pantai Batu Buruk.Berdasarkan pengamatan aku, ramai pengunjung yang mengunjungi gerai tersebut. 'Nasi Ayam Yunnan Al'Awal' adalah lokasinya dan ketika berada disitu, ramai pelanggan yang memesan nasi ayam..So aku ngan famili apa lagii...Nasi Ayam jugalahh.




Setelah habis makan,kesimpulan yang boleh aku katakan tentang nasi ayam tersebut..
Okla..


Dis sekitar Bandar Kuala Terengganu ini terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati antaranya ialah Masjid Kristal,Masjid Terapung Kuala Ibai,Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

Tidak terkecuali juga pantai dan pulau-pulaunya yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok danTelok Ketapang yang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kompleks Sukan Gong Badak




Sunday, December 6, 2009

Nasi Ikan Bawal Juru..Panas2 !

Tempat ini merupakan lokasi wajib singgah dan makan jika aku datang ke Penang ataupun melalui lebuhraya PLUS samada memandu dari utara ke selatan ataupun sebaliknya.Gerai makan Kak mah & Abg Din atau lebih sinonim dengan panggilan kedai makan ikan bawal Juru adalah tempat yg aku maksudkan.
Yg membuatkan ianya istimewa adalah ikan bawal tersebut akan digoreng apabila kita memesannya/order jadi secara logiknya ikan tersebut masih lagi panas.Tambahan pula ikan tersebut masih lagi baru dan segar, kena pulak dengan kari kepala ikan dan nasi putih yg panas..Pehhh..Meleleh!
Kedai makan ni hanya menyediakan makanan tersebut dan sedikit ulam-ulaman dan juga kicap manis diatas meja. Tetapi jika anda mengunjunginya jangan pulak terkejut dengan bilangan pengunjungnya yg ramai kerana itulah maknanya kedai makan dia sedap!!!!
Kalau tengok kepada kedainya nampak biasa saja dan harganya juga berpatutan.Hari tu aku makan tak sampai RM20.00 untuk satu famili (2 dewasa 2 kanak-kanak) dan untuk memudahkan anda kesana jika dari Lebuhraya Plus,sila ikut pandu arah berikut;

Lebuhraya Plus- Juru Autocity - Flat Seri Pelangi - Kilang Molex(masuk ke persimpangan diantara kilang molex dan medan selera) - jalan terus hingga habis kawasan kilang - belok kiri melalui jalan tidak bertar - sampai dahhh.


Anda akan melalui kawasan industri ini untuk ke kedai tersebut.


Inilah kedai yg dimaksudkan..simple saja,tapi makan best!


Sambal pedas..

Ikan Bawal yg masih lagi panas...


Anak aku si Ammar dah tak sabaq nak makan.


Makanan simple saja tapi sedap




Pencuci mulut,buah-buahan tempatan menjadi pilihan.




Ikannya akan digoreng jika anda nak makan.

Sunday, November 29, 2009

Kari Kepala Ikan Raub...kaww punya!!

Menu makanan kali nie adalah masakan berasaskan kari..Ala-ala mamak gitu.
Bertempat di pekan Raub berdekatan dengan selekoh Balai Polis Raub,jelas terpampang papan tanda Restoran Ratha Kari Ayam Raub & Kepala Ikan .Lokasi yg strategik dan mustahil anda tidak menjumpainya kerana laluan tersebut merupakan jalan utama KL-Raub.
Berdasarkan kepada gambar2 yg terdapat didalam restoran tersebut,ramai vvip termasuk golongan kerabat di raja yg pernah mengunjungi dan merasai masakan kari kepala ikan di restoran tersebut.

Berdasarkan kepada pemerhatian aku di restoran itu,ramai pengunjung majmuk yakni melayu,cina dan india yg turut sama makan disitu.Jadi kebarangkalian masakan di restoran tersebut sedap, memang ada kebenarannya.
Menu pilihan aku adalah kari kepala ikan,daging kambing goreng,sayur,ayam goreng dan nasi putih....sekali minuman ongkosnya Rm 60.++ untuk satu famili.
Aku dimaklumkan oleh satu sumber yg boleh dipercayai yg ada seorang hamba Allah nun dari pantai timur sanggup datang ke situ semata-mata untuk merasai masakan di restoran tersebut, kemudian pulang kembali ke negeri beliau.Begitulah hebatnya pukulan keenakkan masakan di restoran tersebut.
Gambaran hadapan restoran tersebut.

Tgh test rasa...



Si Ammar












Friday, October 16, 2009

Perlis Darul Sunnah

Ladang Tebu Chuping


Apabila melancong ke sesuatu tempat yg jarang kita lawati pasti akan ada persoalan yg bermain dibenak fikiran kita terutama bagi orang yang amat teliti atau lebih senang dipanggil cerewet! Ya lah..Bila dah melancong ke sesuatu tempat yg baru, pasti kita akan tercari sesuatu yg istimewa atau special dikawasan tersebut. Contohnya dari segi makanan yg famous kat situ,bahan kenangan yg boleh dibawa pulang,tempat yg unik atau pun menarik untuk dipotretkan sebagai kenangan dan lain-lain lagi.


Disebabkan itulah laman blog Jeejountravel ini diwujudkan supaya ianya boleh dijadikan panduan memandangkan aku ngan famili memang minat berjalan-jalan @ melancong walaupun cuma dalam negara saja.Maklumlah bajet tak banyak…

Diharap dengan adanya laman blog ini sedikit sebanyak akan memberi anda informasi dan gambaran sebelum anda menuju ke lokasi atau tempat tersebut,jauh sekali difikiran ini mengatakan yg aku nak menunjuk-nunjuk.Ini kerana aku pun seperti anda semua ….


Kali ni aku nak cerita pasal kawasan utara pulak,maklumlah kawasan aku dibesarkan.
Negeri Perlis adalah antara negeri yg terkecil dan terletak nun di hujung semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Negara Thailand manakala di sebelah selatan Perlis pula berjiran dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 810km persegi dengan jumlah penduduk 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 10 km dari bandar Kangar. Adalah tidak keterlaluan jika aku mengatakan dengan anda mengunjunginya selama 2 hari 1 malam, segala destinasi menarik disekitar negeri tersebut telah pun anda kunjungi…


Pasar Hari Ahad,Wang Kelian.



Bersempena dengan cuti raya Aidilfitri baru2 nie ,aku mengambil peluang tersebut dengan mengunjungi destinasi2 yg aku rasakan wajib dikunjungi ketika anda berada negeri tersebut. Bermula dengan hidangan makan tengahari di ‘Warung Pokok Sawa’ yg menyajikan hidangan masakan kampung seperti ulam-ulaman,ikan-ikan darat dibakar dan digoreng(ikan keli,puyu,temenung..hehe)Dan pelbagai lagi hidangan yg pasti membuatkan selera anda terbuka,harganya pun agak berpatutan.Warung ini terletak berdekatan dengan pekan Mata Ayer dengan dikelilingi pokok sawa yg menyejukkan mata memandang.Di kawasan utara pokok ciku dikenali sebagai pokok sawa.





Perjalanan diteruskan lagi ke Wang Kelian,sebuah pekan kecil di pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand.Pekan ini akan menjadi sibuk dan meriah pada setiap hari ahad kerana terdapatnya pekan sehari di kedua-dua negara dan pintu sempadan akan dibuka tanpa perlu kita mengemukakan pasport untuk mengunjungi ke Thailand dan begitu juga rakyat dari sana.Pelbagai jenis barangan boleh kita perolehi disana antaranya barangan2 dapur,kain baju,buah-buahan dll.Bagi aku yg bestnya pulut ayam yg digoreng panas2,selain itu jika anda ingin membeli barangan disitu anda digalakkan supaya menawar..Jika kena dengan harganya,okla..Kalau tawar tak beli pun tak apa,bukan macam Petaling Street!
Tapi ingat ya,hari ahad saja tau!Jika anda anda datang pada hari sebaliknya,anda disarankan mengunjungi pekan Pekan Padang Besar.Terdapat kompleks membeli-belah kat sana yg banyak menjual barangan terutama pakaian..Kalau yg minat baju jersi/sukan inilah tempatnya.Yg penting harganya mesti ditawar.



Sebelah malamnya pula,anda boleh menjamu selera dengan ikan bakar Kuala Perlis.Kedengaran ombak menghempas pantai dan tiupan angin dari laut Selat Melaka sudah cukup untuk menggambarkan yang destinasi makan malam ini amat menarik sekali.Terletak dihadapan Hotel Berasmana Kuala Perlis,kelihatan deretan medan ikan bakar yg boleh anda pilih.Dalam bab harga aku tak jamin,ada yg cakap mahal ada yg cakap murah…Kalau nak try tak ada masalahkan?Selain itu,terdapat satu lagi kawasan medan selera ikan bakar yg sering aku kunjungi iaitu berdekatan dengan stesen minyak Shell Kuala Perlis,aku dimaklumkan kat sini murah sikit cuma bezanya tak ada pemandangan laut.
Terdapat lagi destinasi –destinasi menarik yg boleh anda kunjungi ketika berada di Perlis antaranya:-
Gua Kelam,Tasik Melati,Sungai Batu Pahat,Taman Ular Batu Pahat,Lata Bukit Air,Bukit Jernih,Ladang Tebu Chuping,Gua Wang Burma,Bukit Lagi,Kawasan Rekreasi Pokok Assam dan sekitar bandar Kangar.



Pelbagai jenis hidangan laut segar yg sedia menanti pengunjung..


Sebarang maklumbalas sila email ke...