Hutan berlumut atau ‘mossy forest’ adalah ungkapan yang sesuai untuk Gunung Irau pada ketinggian 2110m diatas paras laut dan terletak di puncak Cameron Highlands . Untuk kesana anda mempunyai 2 pilihan samada memandu kenderaan anda melalui jalan ke Gunung Berinchang (2032m)dan memulakan pendakian anda dari sana atau pun bagi yang sukakan cabaran….Anda boleh memulakan pendakian anda dari perkampungan orang asli Sungai Rui dan mungkin mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Gunung Berinchang sebelum anda meneruskan lagi pendakian anda ke Gunung Irau.Dari pintu masuk hutan ke puncak gunung Irau mengambil masa 4 jam atau lebih bergantung kepada stamina pendaki itu sendiri dan mungkin ada yg mampu mendaki kurang daripada tempoh tersebut ,semuanya bergantung kepada keupayaan diri dan masa rehat yang diambil disepanjang perjalanan itu….Untuk maklumat laluan tersebut agak licin , berlumut,lembab dan persediaan mental dan fizikal memang diperlukan ketika itu.Selain itu, telefon bimbit boleh digunakan disepanjang laluan hingga ke puncak kerana liputannya telah ada tidak seperti tahun2 terdahulu (Cuma pastikan semua jenis bateri dicas terlebih dahulu kerana cuaca sejuk boleh menyebabkan bateri cepat habissssss…)
Bagi yang pertama kali mendaki gunung tersebut mungkin anda tertanya-tanya tentang kewujudan batu penanda disepanjang laluan hingga kepuncak gunung dan untuk pengetahuan anda semua batu penanda tersebut merupakan batu sempadan antara negeri Pahang dan Perak.Begitulah uniknya gunung tersebut !!
Meniti akar kayu,meredah lumpur adalah kemestian.
Berehat sebentar,nampak macam letih bebenor dah tu..Baru sampai Bukit Botak!
nyam-nyam...nikmat tak terkata
No comments:
Post a Comment