Terlebih dahulu ingin aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh keberkatan ini.Dan salam kemaafan kepada semua pembaca2 blog cabuk aku ni andai kata ada part2 yg mungkin agak keterlaluan atau sikit2 terasa dlm penulisan aku yg terdahulu....perghhhh!!
Ok,berbalik kpd tajuk diatas apa yang aku nak kongsi dengan semua adalah xtvt yg kami lakukan seminggu sebelum tibanya Ramadhan.Jumlah keseluruhan peserta 18 peserta tetapi yang ingin mengeluarkan peluh jantan dan menguji keupayaan diri sampai penat tahap gaban adalah 12 orang sahaja.Selebihnya akan menjadi penunggu setia di tapak khemah sambil melayan mata dan meneroka alam 'Ipad'.Maklumlah sekarang ni tgh dok demam dgn tren sana ipad sini ipad.
Daki Gunung Tebu,pasang tali di trek pacak dan laluan sungai serta kutip sampah(bersih,bakar dan bawa turun) adalah target dlm misi kali ini.Walaupun aku pernah menganjurkannya pada tahun lepas dilokasi yang sama (sila klik sini) .Dan tahun ini aku aku selitkan juga dgn kerja2 memasang tali di denai dan juga ingin melihat sendiri keadaan di sana,adakah Gunung tebu masih lagi bersih atau???
Secara ringkasnya Gunung tebu berketinggian 1039 meter/ 3408 kaki dan terletak di Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.

Untuk makluman semua, penganjuran xtvt ini tidak dibiayaai dari mana pihak dan semuanya atas kutipan yuran penyertaan peserta.Kecuali tali denai yang akan dipasang sahaja yang disediakan pihak Jabatan Perhutanan Negeri serta kerjasama penuh drp kakitangan terutama renjer Khairul yang turut sama menyertainya dari mula hingga selesainya program ini.
Selepas mengerjakan solat subuh dan menikmati makanan pagi.Kesemua peserta diberi taklimat ringkas serta tugasan khas agar proses yang dirancang berjalan dgn lancar.Selesai senaman ringan dan bacaan doa,misi diteruskan dengan membawa tali sepanjang dua ratus (200) meter yang telah dikerat kepada tiga (3) bahagian dan seberat dalam anggaran lapan puluh (80) kilogram telah kami pikul untuk diletakan di laluan yang curam.Tali pertama dipasang merentangi sungai pertama yang mana pendaki2 yang ingin ke puncak terpaksa melintasinya.Ini bertujuan memudahkan pendaki melintasi sungai tersebut apabila airnya berarus deras.
Setelah selesai memasang kami berehat sebentar di Sungai Cakah untuk menghilangkan rasa penat.Maklumlah dengan beban yang dibawa serta pergerakkan yang sekejap jalan sekejap stop mengalahkan bawa beg 65 liter.Apa tidaknya,dgn tali yang dibawa panjang dan berat serta dibawa secara beramai-ramai.Paham-paham je lahh...Slow tak boleh ,laju lagilah tak boleh..Penatt ooooooo.Depan stop belakang pun stop,belakang stop depan tarik sorang laa..haha
Nak paksa lebih-lebih tak bolehkan coz ini kan kerja amal..Hehehe
Tali yang selebihnya dipasang selepas Batu Mat Hassan memandangkan kawasan tersebut agak sesuai dan secara kebetulan kami pun dah penat sangat!!Andaikata ada pembaca blog ini yang rajin dan mempunyai ideal nak memasang tali ditempat lain atau membaiki cara pemasangan tali tersebut dipersilakan.Jasa anda amat kami hargai kerana pada waktu tersebut kudrat kami agak terbatas memandangkan puncak Gunung Tebu belum berjaya lagi kami daki dan masa pun agak suntuk.Akhirnya setelah tujuh (7) jam mendaki, tujuh (7) kilometer berjalan, kumpulan kami tiba di puncak Gunung Tebu pada pukul 2:00 petang 9 Julai 2011.Perjalanan yang memenatkan dan memakan tenaga yang banyak, itulah sebabnya kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke puncak Gunung Tebu.
Takkala kaki ini menjejaki puncak Gunung Tebu,perasaan aku bercampur aduk...gembira,terharu,sedih dan marahhh!!
Setelah selesai menjamu selera makanan tengahari pada pukul 3 petang,kami melakukan kerja2 pembersihan dan setelah puas bergambar disekitar kawasan puncak.Kami bergerak turun agak laju memandangkan tiada lagi beban yang dipikul spt pagi tadi kecuali beg daypack dan 3 guni berisi sampah yg dikutip disepanjang laluan,puncak dan check point (Sg. Cakah,Batu Mat Hassan dan Punca Air).Kami tiba kembali ke tapak khemah dimana rakan2 lain sedang setia menunggu pada pukul 8.00 malam dan keseluruhan masa yang diambil adalah 13 jam,satu tempoh masa yang agak lama.Dan aku percaya dengan kekuatan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh semua peserta tadi,jika tanpa beban tali dan operasi pembersihan mungkin masanya akan kurang lagi daripada 13 jam.
Apapun misi ini telah berjaya walaupun dengan hanya kudrat 12 orang peserta sahaja tetapi itu sudah menjadi kepuasan bagi kami.Bukan wang ringgit yang kami pinta tetapi berharap agar keindahan kawasan tersebut kekal ke genarasi akan datang.Sekalung penghargaan dan tahniah kpd semua yang terlibat terutama kpd semua peserta yang tidak dpt aku tulis semuanya serta renjer Khairul ,renjer2 dari kawasan Lata Belatan dan juga Jabatan Perhutanan Negeri terengganu.

- Gembira- kerana berjaya menjejaki lagi Gunung Tebu dgn selamat,sihat dan seronok melihat keindahan kawasan tersebut.
- Terharu-dengan kerjasama semua peserta yang bertungkus lumus dan berpenat lelah melaksanakan misi sebentar tadi walaupun ada sebilangannya yang baru pertama kali mendaki gunung.Mereka juga tidak diupah untuk melakukanya,semuanya atas dasar tanggungjawap dan sayangkan alam ini.
- Sedih-melihat masih ada lagi sampah sarap spt plastik,tikar,botol2 kosong,tin makanan dan lain-lain lagi yang ditinggal disepanjang laluan denai dan tapak perkhemahan serta puncak gunung.Dan masih segar di ingatan kenangan aku dan rakan2 lain membersihkannya pada tahun lepas.
- Marah-dgn sikap segelintir pendaki yang masih dengan sikap lepas tangan dalam isu kebersihan.Dan bagi aku,pendaki2 sedemikian tidak dialu-alukan untuk menjejaki mana2 gunung!!Apa yang dicarinya diatas gunung jika tidak menikmati keindahannya.Sekurang-kurangnya sampah yang kau bawa naik tu kau bawa turun laa...Tak perlu kau bersih sampah orang,kalau dah malas sangat!!Kau ingat kau sorang saja ke nak naik gunung tu,cucu -cicit ko,generasi ko nanti tak nak naik ke?Seperti kata blogger ni(sila klik sini).Dan isu pendaki seperti ini telah aku huraikan didalam blog aku dulu (sila klik sini).Disebabkan segelintir inilah habis rosak semuanya,walaupun lebih ramai pendaki yang tidak bersikap sedemikian.
Setelah selesai menjamu selera makanan tengahari pada pukul 3 petang,kami melakukan kerja2 pembersihan dan setelah puas bergambar disekitar kawasan puncak.Kami bergerak turun agak laju memandangkan tiada lagi beban yang dipikul spt pagi tadi kecuali beg daypack dan 3 guni berisi sampah yg dikutip disepanjang laluan,puncak dan check point (Sg. Cakah,Batu Mat Hassan dan Punca Air).Kami tiba kembali ke tapak khemah dimana rakan2 lain sedang setia menunggu pada pukul 8.00 malam dan keseluruhan masa yang diambil adalah 13 jam,satu tempoh masa yang agak lama.Dan aku percaya dengan kekuatan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh semua peserta tadi,jika tanpa beban tali dan operasi pembersihan mungkin masanya akan kurang lagi daripada 13 jam.
Apapun misi ini telah berjaya walaupun dengan hanya kudrat 12 orang peserta sahaja tetapi itu sudah menjadi kepuasan bagi kami.Bukan wang ringgit yang kami pinta tetapi berharap agar keindahan kawasan tersebut kekal ke genarasi akan datang.Sekalung penghargaan dan tahniah kpd semua yang terlibat terutama kpd semua peserta yang tidak dpt aku tulis semuanya serta renjer Khairul ,renjer2 dari kawasan Lata Belatan dan juga Jabatan Perhutanan Negeri terengganu.
Sebarang maklumbalas ko email je ke
jeejoun@yahoo.com
jeejoun@yahoo.com
No comments:
Post a Comment