Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Friday, February 27, 2009

Tol Naik Lagi.......

Ini yang paling aku tak suka....
Aku banyak gunakan tol....
Kalau nak melancong kena guna tol.......
Nak jalan selesa sikit kena tol...
Nak selamat sikit kena guna tol....

Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan - semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.

Tetapi, dimanakah 'perjanjian konsesi' dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.

Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.

Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.

Tahukah anda?

Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.

Tetapi, sedarkah anda?

Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan "tinggalan zaman penjajah" dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.

Tahukah anda?

Laluan bertol memang selesa, ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam (kalau kancil turbo boleh pecut sampai meter berpusing 2 kali..!)

Tetapi, sedarkah anda?

Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.

Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.

Contoh 2 : Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.

Contoh 3 : Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papan tanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2.

Tahukah anda?

Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.

Tetapi sedarkah anda?

Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya kerana tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.

Contoh 1 : Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.

Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda ditimpa kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai..?

Contoh 2 : Lebuhraya Persekutuan

Untuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.

Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya dalam jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.

Tahukah anda?

Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat dan rawat.

Tetapi sedarkah anda?

Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.

Contoh 1 : Lebuhraya KL-Putrajaya.

Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1.50 dan Putrajaya RM2.00

Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2.00 kemudian U-turn dan bayar sekali lagi RM2.00 untuk berpatah balik.

Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu...)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.

Contoh 2 :
Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong ataupun sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya dan sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.

Wednesday, February 25, 2009

Kelibat Buaya Di Tanjung Tuan,PD

tanjung tuan PD ada boya!!!
Kelibat buaya di Tanjung Tuan

TIMBUL...gambar buaya yang dirakamkan Khoo di perairan
Tanjung Tuan.


PORT DICKSON: Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.

buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,katanya di sini, semalam.




Note, petikan diatas diambil dari akhbar harian semasa dan utk makluman geng2 semua, aku baru saja kesana hujung tahun 2008(dlm blog terdahulu.."Berhari keluarga di Port Dickson")Dan lokasi penginapan juga di Tanjung Tuan (The Regency Tanjung Tuan Beach Resort)Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini terjadi.....







Pantai Tanjung Tuan,PD

Tuesday, February 24, 2009

Penerbangan "Air Asia"ke Sabah




Destinasi pengembaraan aku kali ini adalah ke Kota Kinabalu ibu negeri Sabah yang terkenal dengan gelaran negeri di bawah bayu....Dan kali ini aku ingin berkongsi pengalaman menaiki penerbangan tambang murah Air Asia dari LCCT Sepang ke LCCT Kota Kinabalu.
Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh syarikat tersebut yang boleh dipilih oleh penumpang mengikut destinasi. Dan harga yg ditawarkan pun agak berpatutan(booking online lagi murah..) bertepatan dengan slogannya "NOW EVERYONE CAN FLY".
Seperti biasa apabila semua dah ready dengan tiket dan barang2 pun dah dimasukkan ke bagasi,semua penumpang akan menunggu di terminal pelepasan mengikut pintu yang telah ditetapkan...Para penumpang digalakkan masuk awal ke balai pelepasan bagi mengelakkan kekalutan di saat akhir!

Apabila tiba masa untuk naik pesawat,keutamaan akan diberikan terlebih dahulu kepada kanak2, golongan emas dan ibu yang mengandung menaiki pesawat.Kemudian barulah kita-kita yang di ketegorikan sebagai orang yang sihat tubuh badan pula naik.......Ini kerana perkhidmatan Syarikat penerbangan ini berbeza dengan Malaysia Airline(MAS) dimana tiada nombor kerusi pada tiket masing-masing jadi pandai-pandailah kau orang cari tempat duduk...Kalau lambat naik,memang kena duduk dekat tandas la atau pun tempat yg tak sempoi...!

Selain itu ,sepanjang penerbangan tiada makanan free disediakan seperti MAS...
Ada sedia makanan tetapi kena beli...
Souvenier pun ada jual di atas tu!
Tapi bagi yang suka travel, benda tu tak penting sangat janji sampai..............






Ketika mendarat.....



Bumi SABAH



JEEJOUN INFO

AirAsia Berhad (MYX: 5099) is a low-cost airline based in Kuala Lumpur, Malaysia. It operates scheduled domestic and international flights and is Asia's largest low fare, no frills airline. AirAsia pioneered low cost travelling in Asia[1]. It is also the first airline in the region to implement fully ticketless travel and unassigned seats. However, as of 5 February 2009, AirAsia has finally implemented allocated seatings across all AirAsia flights, including in their sister airlines, Indonesia AirAsia and Thai AirAsia. Its main base is the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) at Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Its affliate airlines Thai AirAsia and Indonesia AirAsia fly from Suvarnabhumi Airport, Thailand and Soekarno-Hatta International Airport, Indonesia, respectively.

History

An AirAsia Airbus A320 aircraft.

The airline was established in 1993 and started operations on 18 November 1996. It was originally founded by a government-owned conglomerate DRB-Hicom. On December 2, 2001, the heavily-indebted airline was purchased by former Time Warner executive Tony Fernandes's company Tune Air Sdn Bhd for the token sum of one ringgit. Fernandes proceeded to engineer a remarkable turnaround, turning a profit in 2002 and launching new routes from its hub in Kuala Lumpur International Airport at breakneck speed, undercutting former monopoly operator Malaysia Airlines with promotional fares as low as RM1 (US $0.27).

In 2003, AirAsia opened a second hub at Senai Airport in Johor Bahru near Singapore and launched its first international flight to Bangkok. AirAsia has since started a Thai subsidiary, added Singapore itself to the destination list, and commenced flights to Indonesia. Flights to Macau started in June 2004, while flights to Mainland China (Xiamen) and the Philippines (Manila) started in April 2005. Flights to Vietnam and Cambodia followed later in 2005 and to Brunei and Myanmar in 2006, the latter by Thai AirAsia.

A new budget terminal, the first of its kind in Asia was opened in Kuala Lumpur International Airport on 23 March 2006. Built at a cost of RM108 million (US $29.2 million) and spanning some 35,000 square metres (116,000 square feet), the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) is the new home for AirAsia Bhd. LCCT will initially handle 10 million passengers a year. AirAsia Group is expected to carry 18 million passengers in 2007.

AirAsia operates with the world’s lowest unit cost of US$0.023/ASK and a passenger break-even load factor of 52%. It has hedged 100% of its fuel requirements for the next three years, achieves an aircraft turnaround time of 25 minutes, has a crew productivity level that is triple that of Malaysia Airlines and achieves an average aircraft utilisation rate of 13 hours a day.[2]

AirAsia is currently the main customer of the Airbus A320. The company has placed an order of 175 units of the same plane to service its routes and at least 50 of these A320 will be operational by 2013. The first unit of the plane arrived on 8 December, 2005.

On 27 March 2006, the Government of Malaysia announced that AirAsia will take over 96 non-trunk routes, in addition to 19 domestic trunk routes. This was part of Malaysia Airlines route rationalization programme which saw a large number of its domestic sectors being transferred to AirAsia from 1 August 2006.

On December 27, 2006, AirAsia's CEO Tony Fernandes unveiled a five-year plan to further enhance its presence in Asia.[3] In the plan, AirAsia will strengthen and enhance its route network by connecting all the existing cities in the region and expanding further into Indochina, Indonesia, Southern China (Kun Ming, Xiamen, Shenzen) and India. The airline will focus on developing its hubs in Bangkok and Jakarta through its sister companies, Thai AirAsia and Indonesia AirAsia. Hence, with increase frequency and addition of new routes, AirAsia expects passenger volume to hit 18 million by end-2007.

On September 2007, AirAsia's Kuala Lumpur hub is fully operated with A320s while Thai AirAsia received its first Airbus A320 in October 2007. Indonesia AirAsia will receive its first Airbus by January 2008.

On April 5, 2007, AirAsia announced a three-year partnership with the British Formula One team AT&T Williams. The airline brand is displayed on the helmets of Nico Rosberg and Alexander Wurz, and on the bargeboards and nose of the cars. [4]

On September 27, 2008, has on its list 106 new routes to be added to its current list of 60 over the next few years.[5]

On 12 November 2008 AirAsia abolished fuel surcharges . In doing so claimed to be the ' first airline in the world to abolish fuel surcharges'. [6]


jeejoun@yahoo.com
http://jeejountravel.blogspot.com



Sunday, February 22, 2009

"Korban"

Mungkin aku agak terlewat untuk uploadkan gambar ini....
Tapi aku nak juga ianya diabadikan dalam aku punya blog,dan dikongsi dgn aku punya member..
oklah yea!! Tahun lepas kot rasanya .. Aku ada buat/join korban lembu di Masjid Kg Che Ok, Perlis (tempat arwah mak aku disemadikan..) bersempena dengan Hari Raya korban@Aidil Adha.
Memang dah lama aku niat nak buat tapi ada saja halnya,
so alhamdulillah..kali ni jadi!!
kali nie aku malas nak 'berpanjangan' sangat aku punya penulisan..kau orang tengok sajalah gambar yg sempat aku ambil!!


Tok Imam Masjid Kampung Che Ok, Perlis
'Pak Ngah'




Orang kampung sedang bergotong-royong membahagikan daging lembu korban

sekian,

jeejoun@yahoo.com
http://jeejountravel.blogspot.com

Saturday, February 21, 2009

Meronda Di Udara...

Kali nie aku ditugaskan oleh majikan aku untuk melaksanakan 'tugas2 yg diamanahkan'......
Disebabkan faktor lokasinya yg memerlukan pemantauan dari udara so khidmat helikopter diperlukan.Walaupun ini bukanlah pertama kali aku menaikinya tetapi untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua...............Aku persembahkan gambar2 ini kepada anda!



Stesen Janakuasa Lumut...salah sebuah stesen janakuasa yang terdapat di Perak.
Bersebelahan dengan tasik Segari dan Laut Selat Melaka.



Universiti Teknologi Petronas..
Terletak di Tronoh Perak dan berdekatan dengan bandar Seri Iskandar.




Jambatan Sg Perak yang menghubungkan Bota Kanan dan Bota Kiri..
Kelihatan pembinaan Jambatan kedua yang baru bagi melengkapkan kerja2 pelebaran
jalanraya Ipoh-Lumut(Highway)




Jalanraya Ipoh-Lumut dalam proses pembinaan
untuk dinaiktaraf ke 4 lorong..(lokasi Titi Gantung)




hehe...Co pilot



Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) merentasi kehijauan ladang kelapa sawit..


Tidak hairanlah jika sektor kelapa sawit merupakan sumber ekonomi yang penting kepada negara..Lihatlah keluasannya,belum lagi daerah lain!


Sg.Perak..........


Beginilah keadaan didalamnya.........



Mungkin sahabat2 lain mempunyai pengalaman yg lebih lagi daripada aku tetapi aku hanya ingin berkongsi sahaja....
sebarang maklumbalas sila emailkan kepada:

jeejoun@yahoo.com

http://jeejountravel.blogspot.com

Monday, February 9, 2009

Makan Petang Di Pantai Cahaya Bulan,Kelantan


Bagi yang pertama kali mengunjungi Kelantan tidak sah kiranya jika anda tidak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)..
11 km dari Kota Bharu untuk kesana dan anda akan disajikan dengan pemandangan deretan kedai batik .........Dari sekecil2 kedai hinggalah sebesar2 kedai, semuanya atas kemampuan dan citarasa masing2..


Di sepanjang pantai PCB ini anda akan lihat deretan kedai makan dan kebanyakkannya menjual makanan laut yang digoreng dengan tepung seperti udang, ketam, bebola ikan, ikan, sotong dll.
Itu adalah makanan yg 'famous' utk dimakan disamping air kelapa muda ..


Suasana angin pantai serta pemandangan Laut Cina Selatan akan memberi anda satu kelainan dan ketenangan jauh dari hirup piruk kota..




Peta untuk ke sana

Terkini Di Perak...


Apa yang ingin dikongsikan disini ialah kejadian yang aku saksikan sendiri di Perak....
Dimana Dewan India berhadapan kuil(kuil aku tak tau nama..kawasan dirahsiakan) kawasan penduduk india ,telah memasang bendera PAS
Mungkin sebagai sokongan kot...........
Tiada komen daripada aku, LU PIKIR LA SENDIRI..............



Sunday, February 8, 2009

MB Nizar

Minggu ini kita dikejutkan dengan suasana politik yg mengejutkan terutama yang melibatkan negeri Perak iaitu negeri yang aku duduki sekarang.
Tidak perlulah aku huraikan dengan lebih panjang apa yang berlaku,bagaimana dan kenapa ianya berlaku kerana aku bukannya ahli politik yg boleh menterjemahkan semua persoalan tersebut kerana aku hanya penduduk biasa dan akan menjawabnya melalui pilihanraya jika ianya berlaku.Dan aku hanya berharap dan berdoa agar ianya kembali tenang dan aman walaupun banyak perkara yang berkaitan berlegar-legar difikiran .Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi untuk berkongsi maklumat tentang apa yang aku tahu tentang MB Nizar....
Beliau merupakan wakil rakyat kawasan aku(DUN Pasir Panjang) dan kalau orang luar mungkin lebih kenal dengan Seri Manjung.Walaupun aku bukannya kategori kuat berpolitik tetapi aku banyak juga mengikuti perkembangan semasa tempat aku....
Semenjak beliau menerajui negeri Perak banyak juga perubahan dan kemajuan yg telah dilakukan oleh beliau melalui mata kasar aku..(apa yang aku tahu dan saksikan sendiri..) sepanjang 10 bulan ini...
antaranya ;

1)Pembinaan Masjid Baru Seri Manjung
2)Memberi 'wajah' baru kepada Stesen Bas Seri Manjung
3)Menurap tar kembali jln2 dlm taman perumahan termasuk taman aku...hehe
4)Perkongsian dewan orang ramai tanpa mengambil kira fahaman politik yg berbeza...
5)Majlis2 anjuran MB Nizar dlm keadaan sederhana...Tiada polis pengiring.Orang ramai boleh bertemu tanpa sekatan dan perasaan takut.Senang diajak berbual walaupun MB
6)Yg paling aku suka, selalu turun kawasan aku....dan boleh menyampaikan kuliah agama.

So,itu yg aku tahula jika kawasan lain aku malas campur....
Walaupun pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada beliau yg pasti aku sudah mengenali beliau..









Biodata MB Perak (Copy fromPerak.Daily.Com)



YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Education :

- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant


Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Family :
- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat
- Children : 5 boys, 3 girls

Sunday, February 1, 2009

Perginya Seorang Sahabat..........



Al Fatihah.....

Mohd Azrin Bin Mohd Saad
Umur 29 tahun
Asal Langkawi Kedah


Telah kembali ke rahmatullah pada pagi 29 Januari 2009......
Dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Titi Serong Kuala Perlis,Perlis.
Kampung datuknya
Bersebelahan makam arwah abangnya(dimaklumkan sebegitu....)

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
AMIN..

Meninggalkan seorang...
Isteri Idayasni bt Romli
Mempunyai 2 cahayamata
Muhammad Haziq Nurhan Setahun 4 bulan dan Muhammad Shahmi Nazhan Setahun...








Sedikit Bingkisan Ringkas....
Kehilangan beliau(arwah) sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku....

Tiada ayat dan bahasa yang dapat diterjemahkan hanya Allah s.wt sahaja yang mengetahuinya..
Bukan untuk menidakkan panggilan ilahi kerana MATI itu adalah Benar , dunia adalah persinggahan dan apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman...........
Mungkin kerana aku amat rapat dengan arwah......

Mungkin kerana aku berasal dari satu negeri ketika belajar dahulu

Mungkin aku pernah repeat bersama...
Mungkin kerana aku tinggal serumah di Sarawak dulu...
Mungkin kerana aku banyak melakukan aktiviti bersama ketika diSarawak dulu...
daki gunung,lepak di Kuching,jalan2,tengok wayang,satu kelas,naik van catar sekali.......
Mungkin aku banyak memori bersama...... (akan aku simpan ianya sebagai kenangan)
Mungkin kerana aku pernah tinggal dirumah arwah ketika aku bekerja di Langkawi dahulu... Mungkin kerana arwah yang bersusah payah mencarikan aku kerja ketika aku diLangkawi dulu..
Mungkin kerana arwah senang dibuat kawan...

Mungkin kerana arwah selalu berkunjung kerumah aku dikampung..

Mungkin kerana arwah yang bersusah-payah bersama spoon.jinggo,birch dan rudi ketika aku melangsungkan perkahwinan dulu (jurugambar,pelayan,pengapit,basuh belanga)

Mungkin juga aku baru saja bertemu arwah ketika Reunion tempoh hari..

Mungkin juga kerana arwah tahu yg itu adalah pertemuannya yg terakhir dengan rakan-rakan.. Mungkin juga kerana selepas Reunion tersebut Arwah terus datang ke rumah aku walaupun semalam saja......
Mungkin juga arwah tahu itu adalah kunjungannya yg terakhir kerumah aku...
Mungkin kerana ketika arwah terlantar sakit di hospital aku sempat melihat penderitaan yang dialaminya.....Allahuakbar.
(Lihat blog aku yg terdahulu...Melawat Sahabat Baikku Azrin Saad 31Dec2008 )

Kesemua kemungkinan tersebut menyebabkan aku begitu terasa akan kehilangannya..

Tetapi itulah kehidupan
Setiap yang hidup itu pasti akan mati...
Aku redha....

Dan kepada rakan-rakan yang membaca bingkisan ini,aku bagi pihak arwah berharap agar dimaafkanlah segala kesalahan yg dilakukan sepanjang arwah berada didunia ini dan sama-samalah kita sedekahkan doa kepadanya......
Dan kepada rakan-rakan yang ingin sedekahkan wang ringgit untuk keluarga arwah berikut adalah no akaun isterinya:-

IDAYASNI BINTI ROMLI
157072393170-MBB
TEL NO. 012-5099379



Sekian
Zulkifli Bin Romli @ Yusop