Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, December 20, 2009

The Mines..

Unik!! Itulah gambaran pertama dibenak fikiran ini tak kala pertama kali melangkah masuk ke dalam 'The Mines Shopping Fair' Seri Kembangan,Selangor.Dengan aliran terusan mengalir memasuki kompleks tersebut dan bot-bot persiaran menyusuri sungai tersebut...Walaupun sungai ataupun terusan tersebut merupakan tinggalan bekas lombong bijih timah tetapi ianya tetap memberi suatu kelainan.

Maknanya selain daripada membeli-belah boleh jugak kita merehatkan minda dan beriadah di sekitar kawasan The Mines memandangkan banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita pilih bersesuaian dengan minat masing-masing.Selain daripada aktiviti yg memang telah tersedia didalam The Mines itu sendiri seperti bowling,snooker dll. aktiviti luaran pun tidak kurang hebatnya seperti memancing dan menaiki bot.

PERNAH lihat HiPPO River Cruise, kenderaan berbentuk itik menyusuri Sungai Singapura untuk melihat pemandangan indah negara jiran itu? Keunikan pakej ini terletak pada penggunaan bas yang bertukar fungsi sebagai bot apabila memasuki permukaan air.

Kini, anda tidak perlu menyeberang sempadan semata-mata merasai pengalaman ini. Mines Cruise Management (MCM) memperkenalkan Wawa Splash Tour (WST), mengguna pakai konsep tour yang sudah lama popular dalam sektor pelancongan di Amerika Syarikat dan Kanada ini.

Bezanya, WST menawarkan pakej pesiaran bagi melihat keindahan tasik bekas lombong biji timah terbesar dunia dan pemandangan sebahagian besar Mines Resort City (MRC), dibangunkan hasil idea hartawan Tan Sri Lee Kim Yew, bermula akhir 80-an.

Tasik bekas lombong bijih timah terbesar dunia seluas 60 hektar itu menjadi rumah kepada tiga ikan arapaima melebihi dua meter. Selain itu, banyak spesies ikan lain termasuk keli kelihatan berhampiran dengan jeti “Palace of Golden Horses”.

Dari tasik WST akan membawa pengunjung melintasi Palace Beach & Spa, pusat peranginan berkonsepkan tropika dengan tarikan utama – pantai buatan seluas 2,100 kaki persegi. Pusat peranginan ini amat popular dengan aktiviti “wakeboarding”, sukan pantai di tengah kota raya.

Pemandangan bertukar kepada kehijauan rumput apabila bas melintasi Mines Resort & Golf Club, padang golf 18 lubang. Padang bertaraf dunia ini pernah beberapa kali menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij dan dikunjungi Tiger Woods pada 1999.

Di celah landskap taman dan tasik, rumah beberapa milik tokoh politik dan kenamaan tersergam indah. Antaranya, kediaman peribadi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain banglo merah jambu milik Nirvana Memorial Park.

Laluan melintasi padang golf yang lazimnya hanya digunakan pemilik banglo tepi tasik ini akan membawa ke Palace of Golden Horses dan Kelab Lumba Kuda Selangor. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina Moorish hotel lima bintang dibangunkan atas tapak seluas 11.2 hektar.

WST akan berpatah balik ke Palace Beach & Spa sebelum bertukar fungsi menjadi bot apabila memasuki tasik. Untuk 30 minit berikutnya, pengunjung dapat melihat pemandangan sebahagian besar MRC termasuk taman tema Mines Wonderland dan lif air bernilai RM15 juta.

Info

WST bertolak dari jeti Mines Shopping Fair dan mengambil masa kira-kira 60 minit. Tiket berharga RM45 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Pakej keluarga dengan harga berpatutan turut disediakan. Kapasiti 48 penumpang pada satu-satu masa.

Selain pakej ini, MCM turut menawarkan produk lain termasuk “DME Cruise”, pakej khas makan malam, mesyuarat dan hiburan atas kapal. “Massage Cruise” menawarkan belaian terapi urutan kaki, manakala, “Sunset Dining Cruise” pula untuk makan malam sambil menikmati keindahan suasana kawasan tersebut pada waktu malam.




Rehat jap..Setelah letih tawaf kawasan The Mines.





FAKTA SEJARAH

Tasik ini adalah bekas lombong Hong Fatt, diberi nama oleh pendatang Cina bernama Chan Wing. Selepas perlombongan dihentikan, lubang besar sepanjang dua kilometer (km) dan satu km lebar membentuk tasik sedalam kira-kira 200 meter (m) yang dilihat pada hari ini.


rujukan; http://minescruise.com/index1.htm

No comments:

Post a Comment