Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label gunung. Show all posts
Showing posts with label gunung. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Taman Negara Pahang -Part 1

Program yang dirancang kali ini agak santai memandangkan peserta yang mengikutinya mempunyai pelbagai peringkat umur.Dari budak kecil hinggalah yang dah otai jadi aku pun rancanglah trip2 yg santai2 gitu....
Destinasi kali ini adalah Taman Negara yang terletak di Kuala Tahan Pahang yang terkenal dengan flora dan faunanya.Al-maklumlah hutan yang tertua dan dilindungi di kawasan semenanjung jadi masih terpelihara lah lagi kata orang.Nak dipendekkan cerita kumpulan kami bergerak dari Kertih dengan menaiki bas persiaran yang disewa khas untuk misi ini seawal pagi lagi.Alhamdulillah perjalanan agak lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dengan menyusuri jalan sehingga ke Kuala Tahan.Kalau waktu dulu2 untuk ke taman negara ini tiada lagi jalan raya bertar seperti sekarang kecuali jalan offroad melalui hutan sawit dan belantara.Dan untuk ke sini anda terpaksa menaiki bot melalui sungai Tembeling yang memakan masa berjam-jam lamanya,kini masa dah berubah.
Kami tiba disana tepat seperti masa yang dirancang dan untuk hari pertama ini aktiviti bebas menanti peserta.Ini bagi memberi peluang utk peserta menjelajah sendiri kawasan setempat dan merehatkan diri setelah menempuh perjalanan yang agak jauh tadi.

 Selamat datang kawan2..Siap bawa joran tu!
Kali ni ramai geng yang bawa joran jadi dapat lah juga aku makan ikan sungai Pahang ni..


 Selamat menjamu selera hj mat dan isteri..

Pada malamnya aktiviti night jungle trekking menanti peserta dengan menyusuri trek yang telah tersedia dengan ditemani guide yang terlatih.Kebiasaanya binatang akan keluar pada waktu malam untuk mencari makan jadi inilah masanya .Ular,labah2 dan rusa adalah binatang liar yang dapat kami lihat dan mejadi tarikan kami pada malam itu selain binatang2 kecil lain.


Keesokkan harinya adalah masa untuk meneroka kawasan taman negara ini berbekalkan permit yang diberikan oleh pejabat taman negara.Buat permulaan kami menaiki laluan kanopi yang agak panjang merentas pokok-pokok besar dikawasan tersebut.Bagi yang fobia dengan tempat tinggi,ini adalah cabarannya.Nampak senang tapi memang tinggi beb,berjalan tak boleh ramai dalam satu2 masa.Kena lepas sorang2,kalau depan lambat belakang lagi la lambat.....Tapi memang best!

Azuha & Adlin sedang mengkaji gambar yang diambil tadi,lepas ni ambil banyak2 tau!


Bergambar bersama dengan berlatarbelakangkan Sungai Pahang dan Taman Negara.


Haji Burn dan isteri,pasangan yg sporting dan ceria...


Sempat lagi posing depan kamera si Amer ni.Orang ramai dok tunggu nak jalan kat kanopi  ni!


Hafiz sedang menghayati keindahan alam dari jambatan gantung.

Selepas puas meneroka jambatan gantung atau canopy walkway ini,perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan mengikut denai yang telah tersedia.Kali ini kami ingin mendaki Bukit Terisek pulak kerana mengikut kata jurupandu arah kami.Dari puncak Bukit Terisek kita akan dapat melihat hampir keseluruhan kawasan taman negara dan jika cuaca mengizinkan puncak Gunung Tahan pun boleh nampak.Itu yang buat aku bersemangat kerana aku dah mendaki Gunung Tahan dulu jadi terasa rindu pulak nak tengok gunung ni.

Laluan ke puncak bukit ni dah moden siap ada tangga fibre lagi,canggih lagi daripada tangga Gunung Kinabalu.Aku rasa kos dia pun mungkin lebih tinggi lagi kot berdasarkan bahan yang digunakan.Bagi yang biasa mendaki mungkin tak ada masalah tapi bagi yang baru,semput jugak la nak ke puncak bukit ni.

Alhamdulillah semua berjaya sampai dan cuaca agak baik untuk melihat kawasan sekitar dari puncak.Memang jelas kelihatan Gunung Tahan tapi nun sayup disana,kalau diikutkan memang jauh pun dari Kuala Tahan nak ke Puncak Gunung Tahan yang memakan masa 3-4 hari untuk sampai,itu pun bergantung kepada stamina peserta itu sendiri.Dulu aku mendaki dari Merapoh ke puncak Gunung Tahan dan turun melaui Kuala Tahan memakan masa 6 hari,jalan santai je...hehe

Bergambar di puncak Bukit Terisek.


Besar beb pokok ni,kalau dapat kat aku sebatang utk jual kaya sekejap..bleh sara aku daki gunung kat oversea..haha
Nama pokok aku tak ingat,aku panggil pokok cinta sebab ada love kat situ...Ada plok tangan gatal nak conteng.


Ini laluan pejalan kaki yang nak merentas hutan,canggih kan?

Aku rasa cukup sudah untuk aku berkongsi pengalaman kali ni,tapi aku ada lagi info tentang taman negara ni.Jadi tunggu episod kedua pulak le ye pasal tempat ni...

Sekian.

-Jeejoun-


Saturday, July 21, 2012

Gunung Bubu,Perak.


Gunung Bubu adalah sebuah gunung yang begitu terkenal dikalangan pendaki sebagai “gunung banyak pacat”.Terletak di negeri Perak dan boleh didaki melalui kawasan Rekreasi Ulu Kenas,Kuala Kangsar. Dikhabarkan terdapat banyak laluan untuk ke gunung tersebut tetapi laluan Ulu Kenas lebih menjadi pilihan memandangkan lokasinya dan prasarana yang lengkap untuk memudahkan pendaki dan pengunjung hutan lipur tersebut.Selain kemudahan tandas,gerai makan ,kawasan parking dan chalet terdapat juga kem Bina Negara disitu.

Gunung ini memang telah lama mejadi idaman aku untuk didaki tetapi pelbagai halangan dan perkara yang menidakkan aku memijak kaki kesitu.Perancangan asal bermula sejak dari tahun 2009 lagi,apabila tarikh dan peserta dak ok. Aku pulak yang K.O…Kerja penting pulak yang datang,nak tolak dah sumber rezeki  aku datang dari situ.Cancel dulu naik gunung ni..Tahun berikutnya  cari balik line up dan set lagi date,ada  hal lain pulak ,trip cancel lagi…Tahun silih berganti  akhirnya tahun 2012 juga yang menjadi  kenyataan  dan kejayaan ini dapat dikongsi bersama-sama  dengan anak sulung aku Sufi.

Tahun ini  usia Sufi Waliuddin telah mencecah 8 tahun dan ini adalah gunung yang ke -4 beliau daki setelah mendaki G.Tebu di Terengganu, G.Nuang di Selangor dan G.Stong di Kelantan ketika beliau berumur 7 tahun.Ini adalah gunung beliau yang pertama untuk tahun 2012 setelah berehat agak lama memandangkan jadual persekolahan yang agak padat dan xtvt yang lain.Kalau ikutkan  aku, malas nak bawa Sufi ke gunung ini memandangkan azab pacat yang akan menanti di sepanjang trek nanti.Tetapi setelah diasak dan dirayu oleh si Sufi ini terpaksalah aku bawa juga,dengan beberapa syarat yang perlu beliau patuhi antaranya .Kena pacat buang sendiri ye!!

 Sufi.

Sebelum ke situ aku telah mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai  gunung tersebut bagi  memudahkan urusan dalam membantu aku nanti.Antaranya memakai stokin pacat atau mencari kaedah untuk mengelak daripada didatangi oleh pacat seminimum yang boleh seperti menggunakan air sabun atau air tembakau.Ini  adalah ikhtiar, jika tak kisah sangat dengan kumpulan pacat tu toksah la guna benda-benda tu…

Untuk trip ini kami seramai 12 orang peserta termasuk seorang wanita dan seorang peserta termuda iaitu Sufi  telah bergerak pada pukul 9 pagi dari Kem Bina Negara menuju ke destinasi.Dipandu arah oleh  saudara Wazir dan dibantu oleh rakan-rakan beliau antaranya Kudin dan Abg Rosli Grik.Permulaan perjalanan agak santai memandangkan laluannya melalui trek balak dan mendatar sebelum tiba ke kem Sungai Gading yang memakan masa hampir 3 jam berjalan.Memang diakui tentang kemeriahan sang pacat disini seolah-olah sedang berpesta dengan irama dangdut dari si kecil hinggalah ke besar yang sedang menantikan kehadiran kami semua .Jika kita berhenti untuk membuang pacat dikaki,lagi banyak pula pacat yang datang.Jadi petuanya adalah jalan je laa…


 Stesen hydro TNB,ketamadunan yg terakhir sebelum kita melangkah lebih jauh ke belantara..


 Sungai Gading.

Setelah berehat sebentar, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kem 2000 atau kem Y dimana bekas laluan balak lama ini telah mula mendaki .Dari sini kekuatan fizikal dan mental telah mula memainkan peranannya,jadi pastikan anda bersedia kearah itu.Aku dimaklumkan nama kem 2000 disebut kerana kem tersebut berada pada ketinggian 2000 kaki dari paras laut ataupun kem Y bersempena dengan tempat pertemuan 2 anak sungai menjadi 1.Kalau ada lagi nama lain untuk kawasan ini tak tau la pulak aku..

Setelah tiba dikem tersebut perjalanan kali ini agak mencanak dan disini kami disambut oleh deruan hujan yang sangat lebat serta  angin yang kadang kala agak kencang.Perjalanan perlu diteruskan juga tetapi  dengan langkah berhati-hati  dan  lebih member tumpuan kepada pokok-pokok mati dan laluan yang licin. Seboleh-bolehnya cuba berjalan dengan cepat ketika melalui pokok mati dan cuba mengelak daripada berehat dibawah pokok mati atau condong.Setelah tiba di last water point, hujan sedikit reda dan peluang ini diambil dengan menikmati maggi dan teh panas untuk memanaskan kembali badan yang telah pun basah kuyup ini.


 Pemandangan dari Last Water Point.


 Yop Kidal bergembira sakan dengan airnya sebelum catuan bekalan air dilakukan nanti.


Laluan dari last water point ke puncak gunung banyak menggunakan kudrat kaki dan tangan apabila akar-akar pokok dan batu menjadi peneman disepanjang laluan.Sungguhpun laluannya mencanak tetapi mental  aku  sedikit terubat apabila suasana dingin dan pokok bonsai  berlumut  menjadikan ianya klasik untuk digambarkan.Pada ketinggian ini pemandangan hampir serupa dengan gunung-gunung lain seperti G.Irau,G.Nuang dan lain-lain lagi.Akhirnya berjaya juga aku tiba di puncak Gunung Bubu yang selama ini bermain dibibir dan benak fikiran aku selama ini pada pukul 7 petang.Puncak gunung ini terdapat sebuah Beirut besi dan tidak digalakkan untuk berkhemah disini .Untuk bermalam kita terpaksa meneruskan lagi perjalanan selama 10-15 minit melalui permatang ke tapak perkhemahan yang dianggarkan boleh  menampung seramai 50 pendaki dalam satu-satu masa.Antara pemandangan yang jelas kelihatan dari sini adalah Pantai Remis,Laut Selat Melaka,Kuala Kangsar dan jajaran Banjaran Titiwangsa.


 Suasana tapak khemah di pagi hari.


 Kusyuk dok dengar cakap si Koden..

 Wazir n Raden sibuk menyediakan sarapan pagi.


 Cayalah sufi...Dah ada peminat!


 Bersama sebahagian drp. peserta.


 Antara laluan yang terpaksa dilalui.

 Puncak Gunung Bubu.


 Sufi dipuncak.

Pemandangan dari puncak.


Sekalung tahniah kerana bejaya mendaki gunung ini dengan selamat dan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang turut sama merealisasikan hasrat aku selama ini.Bagi sesetengah pendaki gunung ini adalah sama dengan gunung-gunung lain tapi bagi aku, ianya adalah sangat bermakna dan memberi  kepuasan yang sangat mendalam.

Jeejoun-2012.

Saturday, June 23, 2012

Menjelajah Gua Dan mendaki Gunung Stong

 
Gunung Stong di Dabong dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan mempunyai ketinggian 1,422 meter.
Pendakian ke puncak gunung itu sememangnya menjadi satu pengalaman yang amat bermakna dan sukar untuk dilupakan bagi sesiapa sahaja yg kesana.Mempunyai air terjun setinggi 457 meter dari paras laut dan dikatakan tertinggi di Asia Tenggara.Selain itu anda juga dapat merasai sendiri keunikan gua-gua yang terdapat dikawasan tersebut.
1st day bermalam di kaki gunung Stong! sejuk..sempoi..yang penting save bajet!


EKSPEDISI BERMULA
Program bermula dengan kesemua peserta berkumpul di stesen keretapi Dabong sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan rekreasi Gua Ikan.Di situ kami diberi taklimat ringkas mengenai rangkaian gua yang akan kami terokai antaranya Gua Ikan,Gua Keris,Gua Gelap dan Gua Pagar.Setelah hampir 3 jam menjelajah gua-gua tersebut, kami bergerak pula ke Taman Negeri Gunung Stong.
 Sesi taklimat ringkas dulu broo...



Batu menyerupai kasut gergasi di dalam gua.
Diantara lubang kecil yg wajib dilalui oleh peserta.
Terserempak dgn penghuni gua....

Setelah segala persiapan peralatan disediakan, kami diberi taklimat ringkas mengenai taman negeri itu serta laluan pendakian yang akan kami lalui nanti oleh jurupandu pendakian "Odie".
Cabaran pertama yang harus ditempoh ialah dua jam mendaki menuju ke Kem Baha, di mana kami akan mendirikan khemah untuk bermalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung keesokkan harinya.
Sepanjang perjalanan mendaki ke Kem Baha itu, kami disajikan dengan pemandangan indah dan menarik hutan Taman Negeri Gunung Stong yang kaya dengan hidupan flora dan fauna, serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.
Taman negeri tersebut juga tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia. Paling memukau adalah keindahan air terjun Jelawang, yang mempunyai ketinggian 457 meter dari paras laut dan mempunyai tujuh peringkat yang boleh ditemui semasa pendakian.
Di sini, pendaki tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan cantik air terjun tersebut selain merakamkan gambar kenangan.
Sepanjang perjalanan itu juga, peserta ekspedisi diuji dengan pelbagai rintangan, termasuk terpaksa melalui jalan yang sempit dan curam selain terpaksa memanjat batu yang tinggi serta berbahaya.
Namun semua itu tidak menjadi penghalang dan semua peserta selamat tiba diKem Baha. Kami akan bermalam disini sementara menantikan cabaran ke puncak gunung pada esok hari.

MENUJU KE PUNCAK STONG
Setelah bersarapan dan mempersiapkan diri dan peralatan, kesemua peserta meneruskan cabaran pendakian selama empat jam lagi bagi menuju ke puncak Gunung Stong.
Pendakian kali ini adalah lebih sukar dan mencabar. Peserta terpaksa melalui laluan sempit dan licin yang menyukarkan pendakian selain melintasi anak-anak sungai.


Lipan bara ..besar lagi drp saiz tangan aku

Sesekali kedengaran juga suara serangga hutan yang seolah-olah menyambut kedatangan kami ke situ. Selepas hampir dua jam mendaki, keletihan semakin dirasai, namun keindahan hutan Gunung Stong dan suasana nyamannya seolah-olah memberi semangat kepada peserta untuk meneruskan pendakian.
Pemandangan memang menarik bagi siapa saja yang mencintai alam dan aktiviti luar. Taman negeri ini tidak hanya memiliki nilai-nilai eko-pelancongan tetapi juga berfungsi sebagai kawasan pemuliharaan yang signifikan bagi flora dan fauna.Taman negeri itu juga merupakan 'tempat tinggal' bagi beberapa jenis haiwan liar termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.
Selepas lebih empat jam mendaki, akhirnya puncak Stong berjaya tiba dengan selamatnya.
Walaupun keletihan, rasa puas dan gembira jelas terpancar di wajah setiap peserta yang berjaya mendaki puncak gunung tersebut.Dari puncak Gunung Stong, peserta ekspedisi dapat melihat pemandangan cantik dan mengujakan Taman Negeri Gunung Stong itu. Dari situ kami juga boleh melihat puncak Gunung Ayam dan Baha yang begitu cantik diselaputi kabus tebal.Suasana di puncak gunung itu juga sangat nyaman dan menenangkan dengan suhu antara 15 dan 18 darjah selsius.
Seketika menikmati pemandangan cantik dan suasana nyaman itu, memang sesuai dijadikan terapi untuk melupakan sementara kekusutan minda dan masalah serantau.

Di puncak Gunung Stong.



Jika anda ingin merasai pengalaman seperti kami di Gunung Stong..

-Pakej G.Stong
-Pakej G.Ayam
-Kem Baha
-Pakej Gua & Gunung Stong

atau emailkan ke jeejoun@yahoo.com


Thursday, May 17, 2012

XPDC G.Kinabalu 2011-siri 2 (part-2)

Setelah menjamah makanan pagi di cafĂ© Mersilau Resort dan mempersiapkan peralatan dan barangan yang akan dibawa mendaki nanti.Senaman ringan serta taklimat ringkas oleh Jeejoun dan jurupandu arah sedikit sebanyak dapat mengurangkan debaran dan kemuskilan bagi pendaki baru.Seramai 23 orang peserta dan  4 orang pemandu arah merangkap porter kami yang akan mengikuti  xpdc ini.
Bagi sesetengah peserta,khidmat porter digunakan untuk mengangkut barangan mereka dan caj yang dikenakan tidaklah terlalu mahal.Dan saranan aku kpd yg lain,gunakanlah khidmat yang tersedia.Buat apa nak menyiksa diri sendiri..Haha..

Apabila pas untuk mendaki telah berada ditangan, kami pun memulakan langkah pada pukul 9 pagi dari starting point Mersilau.Laluan yang dilalui agak santai dan disajikan dgn pemandangan  pergunungan yg memukau mata memandang menyebabkan para peserta terlupa sejenak akan keletihan mendaki.Laluan bertangga dan melalui jambatan gantung untuk melintasi  anak sungai dan air terjun menjadikan ianya sesuatu yang  menarik.Di sepanjang laluan ini terdapat pondok-pondok rehat yang turut disediakan pili air untuk kemudahan pendaki dan disesetengah pondok terdapat juga kemudahan tandas.
Kebiasaannya masa yang diambil untuk mendaki dari starting point Mersilau ke Laban Rata adalah 6 jam dan jangkaan ini juga bergantung kpd stamina pendaki itu sendiri,mungkin kurang atau mungkin juga lebih lagi.Sendiri mau tauu!!

'Pack lunch'yang disediakan oleh pihak hotel untuk bekalan perut kami ketika mendaki nanti.
Boleh ke?? Ini je?? Hahahaha...
Bergambar sakan dipuncak Gunung Kinabalu.

 
Sedang mengemas apa yang patut di Laban Rata house sebelum mengucapkan 'sayonara' pada tempat ini...


Sehingga ketemu lagi kita di lain trip..Bye