Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, March 20, 2010

Haji Romli Family Trip To Cameron Highlands

HJ ROMLI@YUSOP FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLANDS.


Enjoy....Itulah gambaran yg boleh aku katakan takkala melihat riak wajah peserta2 'HJ ROMLI@YUSOP FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLANDS' pada 17-18 Mac 2010 baru-baru ini .Walaupun kebanyakkan peserta ini adalah tergolong daripada ahli keluarga aku dan jiran-jiran sekampung tetapi ini tidak bermakna aku akan membuat perjalanan program ini ala kadar sahaja.Jadi, segala persiapan telah disusun atur sejak dari awal lagi bagi melancarkan program yg dirancang ini.
Seramai 40 orang peserta telah mengikuti trip ini bermula seawal pagi, perjalanan bermula dari Perumahan Mata Air II dan seterusnya mengambil penumpang di destinasi kedua iaitu di Batu 4 Jln Sanglang.Perjalanan bas diteruskan lagi dengan menyusuri lebuhraya utara selatan (PLUS) dan berhenti rehat sebentar di kawasan R&R Gurun bagi mengisi perut dan service apa yg patut...Kemudian perjalanan diteruskan sehinggalah ke kawasan pelancongan tanah tinggi Cameron Highlands.Sepanjang 2 hari 1 malam kami menjelajah lokasi-lokasi menarik di sana antaranya MARDI,Ladang Teh Bharat,Pasar Malam Berinchang,Big Red Strawbbery Farm,Ladang Lebah dan lain-lain lagi.

Bersiar-siar di kawasan ladang Teh Bharat.




Meninjau kawasan kebun sayur ..Mana tahu kot-kot ada idea nak buat kat kampung halaman.



Ladang Strawberry

Sebahagian daripada peserta rombongan ini.


Pasar Malam Berinchang.


Sekalung ucapan terima kasih kepada semua peserta terutamanya..

  • Hj Romli @ Yusop seisi keluarga
  • Zulkifli dan Hazira seisi keluarga
  • Ismail dan Mazlina seisi keluarga
  • Johari dan Rabina seisi keluarga
  • Mutalip dan Zarina seisi keluarga
  • Norfatin Adila dan Mira Nabila
  • Mazlan dan Che Amah sekeluarga
  • Pn Aminah seisi keluarga
  • Dll lagi...
Semoga dipertemukan lagi di lain program di masa akan datang, insyaallah..


Sunday, March 14, 2010

Gunung Tahan (2187M d.p.l)





Berikut adalah catatan pendakian yang boleh aku kongsikan bersama anda semua.
Hari Pertama-13/2/10
Tiba di Stesen Keretapi Merapoh seawal jam 1.00 pagi setelah semalaman bertolak dari Wakaf Bharu.Sambil menunggu group KPHiker dari KL yg dijangka tiba dlm pukul 3-4 pagi, aku sambung balik tidur kat kerusi panjang stesen keretapi tersebut.Secara kebiasaannya jalanraya Kuala Lipis-Gua Musang selalunya agak lengang pada waktu sebegini tetapi mlm ni memang busy giler dek esok merupakan cuti umum Tahun Baru Cina.Pukul 4 pagi group KpHiker tiba dgn bas yg diketuai oleh Frost,pastu berkumpul dan bersarapan kat kedai makan berhampiran jln masuk ke Taman Negara Sg. Relau. Kami tiba di pejabat Perhilitan Taman Negara Sungai Relau seawal pukul 9 pagi . Selepas mengisytiharkan barang-barang yang akan dibawa, kami diperkenalkan dengan Faizal ataupun ‘Mat Besi’ yang akan menjadi jurupandu kami sepanjang XPDC ini.Kemudian perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki 4x4 ke Kuala Juram, kem ini boleh memuatkan ramai pendaki dan banyak kemudahan turut disediakan disini.Selain itu,sungai dikawasan ini juga dijadikan tempat pembiakan ikan kelah. Selepas ‘memanaskan badan’, kami mengatur langkah pertama dalam iringan doa. Permulaan perjalanan ini kami terpaksa merentasi empat anak sungai dan tiga bukit untuk sampai ke kem pertama iaitu Kem Kor.Dengar macam mudah tapi tak semudah yg disangka.Lewat petang layan acara ujian 'memikir dan mendengar' pastu zzzzzz……

Hari Kedua-14/2/10
Hari ni misi agak sukar sikit..Tepat jam 8 pagi perjalanan diteruskan lagi dan melalui bebarapa buah kem iaitu Permatang,Kubang dan Berlumut.Laluan ini agak lembap dan berbecak disamping darjah ketinggian yg memenatkan…Mungkin juga stok bekalan makanan dalam bag untuk seminggu pun salah satu faktor aku cepat penat!(alasan..)
Kem Bonsai berada di ketinggian 1705m dan 5.5 km dari Belumut. Persekitaran dipenuhi pokok -pokok bonsai setinggi pinggang.Perjalanan diteruskan lagi ke Bukit Botak iaitu sebuah bukit yang lapang umpama botak. Kawasan lapang di sini boleh menjadi kawasan perkhemahan selain terdapat sumber air dari tadahan hujan dan lopak-lopak. Selain itu pemandangan disekitar bukit ini juga tidak kurang menariknya.Selesai makan malam disini,jam ditangan menunjukkan jarum ke pukul 11 malam.Pendakian diteruskan lagi memandangkan perancangan untuk bermalam adalah dipuncak dan kawan2 lain pun dah ada yg sampai,kecuali aku yg agak perlahan rentaknya.Tepat jam 1.45 pagi aku tiba di puncak Gunung Tahan setelah hampir 18 jam aku berjalan pada hari ini….Memang patut pun nama ‘Gunung Tahan’!!

Hari Ketiga-15/2/10
Berada pada ketinggian 2187m d.p.l ,puncak tertinggi ini ditandakan dengan papan tanda. Sebelum ini terdapat beirut dipuncak ini tetapi kini yang masih ada hanyalah sisa tinggalan tiangnya sahaja. Di sini terdapat juga kawasan perkhemahan yang boleh menampung 60 orang,sebuah tandas dan juga terdapat sumber air dari sebuah kolam kecil. Satu kesan tapak kaki gergasi yang dikatakan Sang Kelembai juga boleh dilihat disini. Dipuncak ini kami rakamkan sebanyak mungkin gambar sebagai kenangan. Selesai mengalas perut yang lapar, kami berkemas dan berjalan turun melalui laluan batuan yang curam ke Kem Padang.Dari sini pemandangan agak menarik memandangkan disepanjang laluan kiri dan kanan adalah tumbuhan renek.Tetapi panas terik dek pancaran matahari yg sedikit sebanyak terpaksa aku melajukan langkah.Laluan mula berubah-ubah dan langkah cermat kami atur ketika menyusuri laluan yang berselut dalam dan dilingkari akar-akar pokok. Bagaikan berada di alam mimpi, kami disambut dengan pemandangan memukau banjaran Tahan dan gunung-ganang serta lautan awan yang jelas kelihatan dari Kem Padang.Setelah berehat sebentar dibawah pancaran terik mentari tanpa sebarang pokok untuk berlindung,kami meneruskan pendakian menyusuri laluan batuan besar dan kecil yang ditumbuhi pokok bonsai daripada spesies Leptospermum flavescens dan Baeckea frutescens. Kelihatan juga pokok periuk kera, Nepenthes macfarlanei, di merata-rata tempat. Kami sempat juga bergambar di serpihan kapal terbang British yang terhempas sewaktu Perang Dunia kedua.



Hari Keempat-16/2/10
Dari Gunung Gedung perjalanan diteruskan lagi dengan meniti laluan batu-batu licin dan tegak menongkah hutan yang cantik ini.Langkah berhati-hati amat diperlukan di sepanjang laluan ini memandangkan laluannya yg agak curam dan berbatu hinggakan ada tempat yg mempunyai tangga 90 darjah.Dari sini kami melalui beberapa buah kem dan puncak gunung seperti Gunung Reskit (1216m d.p.l), Gunung Tangga 15 (1539m d.p.l) , Gunung Pangkin (1462 m d.p.l), Kem Pangkin Bawah, Wray's Camp , Kem Sarsi (Kem ini dikelilingi pokok sarsi, sejenis pokok yang kulitnya berbau dan berasa minuman sarsi) hinggalah ke Kem Kuala Teku (168m d.p.l). Kem ini agak luas,boleh menampung kira-kira 100 orang berkhemah dan jaraknya dari Wray's Camp adalah sejauh 5KM.Selain itu kem ini juga bersebelahan jeram sungai Teku jadi inilah masanya utk kami mandi-manda dengan sepuas-puasnya setelah beberapa hari sumber air dicatu.Malamnya sebelum masuk tidur layan dulu budak2 ngan sesi bercerita(kisah si kura-kura,kisah 2 biji bola ping-pong,kisah belalang...)pastu ZZZZZ



Hari Kelima- 17/2/10
Seawal pagi, kami memulakan perjalanan bagi menempuh lapan sungai yang sebahagian kedalamannya mencecah paras paha. Kami amat beruntung kerana cuaca panas dan paras air tidak naik tinggi. Menurut ‘Mat Besi’, paras air boleh naik sehingga dada selepas hujan dengan arus deras. Kami melintasi sungai-sungai itu dengan penuh berhati-hati. Ada juga sungai yang memerlukan tali direntang selain kerjasama semua peserta menjadikan kami menyeberangi sungai-sungai tersebut dengan mudah walaupun sesekali terdengar peserta yg terjatuh kedalam air.Kami berehat sebentar di Kem Putih untuk menjamah makanan tengahari yg telah siap dibungkus dari Kem Teku tadi.
Perjalanan diteruskan lagi dan segala kudrat diri ini perlu dikerah untuk menuju ke Gunung Rajah yang menegak. Walaupun ketinggiannya hanya 576 meter, kekuatan mental dan fizikal kami cukup teruji. Mujurlah panorama indah mengubati keletihan yang mencengkam diri. Dari situ, jelas kelihatan barisan gunung-ganang yang telah kami tempuhi seperti G. Tahan, G. Gedung, G. Reskit, G. Tangga 15 dan G. Pangkin.Dari sini kami akan melalui Kem Tengah, kem ini berada pertengahan diantara Kem Putih dan G. Rajah. Terdapat mata air yang cukup jernih di kem ini selain kawasannya yang agak luas untuk bermalam..Ketika ini hujan lebat dan disusuli renyai telah mula membasahi baju selain angin yg agak kencang membuatkan langkah kami menjadi lebih laju. Memandangkan hari telah mula gelap dan seboleh-bolehnya kami cuba mengelak untuk tidak berjalan pada waktu malam.Akhirnya kami tiba di Kem Melantai ketika alam sudah di ambang senja (kem ni banyak pacat!).Acara malamnya seperti biasa adalah acara berkongsi cerita,malam nie tibalah pulak giliran 'Mat Besi'.Kisahnya???(sulit sikit) Pastu ZZZZZ.


Hari Keenam – 18/2/10
Kem Melantai adalah kem yang terakhir sebelum ke Kuala Tahan yang mana ianya terletak di tepi sungai kecil. Perjalanan dari kem ini ke Kuala Tahan adalah landai umpama melata di lantai. Pendaki boleh terserempak dengan hidupan liar sepanjang perjalanan ke Kuala Tahan seperti kesan tapak kaki atau tahi rusa, babi dan gajah.Akhirnya kami tiba juga di check point yang terakhir iaitu pejabat Perhilitan Taman Negara Kuala Tahan tepat pukul 2 petang setelah berjaya menempuh halangan dan cabaran selama beberapa hari ini. Selepas mengisytiharkan barang-barang yang dibawa masuk ke Taman Negara ini tidak tertinggal,kami menaiki bot pula merentas Sungai Tembeling untuk ke Aki Chalet bagi merehatkan diri .Selain ingin merasai makanan dan minuman(ABC,Coke etc.)yang selama ini begitu diidamkan-idamkan selama berada dirimba ini.



Hari Ketujuh- 19/2/10
Berjalan-jalan disekitar Kuala Tahan seperti menaiki bot ke Canopy Walk dan Rapid Shooting selain bermandi-manda disalah satu jeram yang terdapat disepanjang Sungai Tembeling.Lewat petang menaiki bas henti-henti ke Bandar Jerantut sebelum menaiki keretapi ke Wakaf Bharu pada pukul 3.00 pagi. Kejayaan menawan puncak Gunung Tahan ini telah melakar satu episod sejarah yang akan kami simpan dalam ingatan selama-lamanya.Walaupun agak sukar bagi aku pada mulanya tetapi ianya cukup-cukup berbaloi….
Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pendaki yang mengikuti pengembaraan dan berjaya dengan jayanya terutama gogonya Froz dan kekawan yang lain..Semoga di lain pengembaraan kita di ketemukan lagi.....
]
C
lim
bers

1. Frost
2. Ameer Khan
3. Eta
4. Pakli
5. Azman aka Mawi
6. Jeejoun
7. Proli
8. Amin
9. Ridzuan
10. Mie
11. Karim
12. Ucop
13.Mat besi (guide)




Sebarang maklumbalas sila emailkan ke..

jeejoun@yahoo.com