TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...
JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box
Sunday, January 6, 2013
Moh kita ke Gunung Kenderung,Perak
Untuk penggemar aktiviti lasak.....
Jom sertai kami pada 18-19 Januari ini dalam XPDC Gunung Kenderung bertempat di pekan Grik Perak.Penyertaan ini terbuka kepada semua lapisan umur dan jantina asalkan sihat tubuh badan dan biasa mendaki.
Untuk info lengkap sila ke FB-jeejoun travel & outdoor
Jika berminat sila emailkan ke jeejoun@yahoo.com atau sms ke 019-5744421/0192604425
Tuesday, October 16, 2012
10 Tanaman Yang Boleh Dimakan Ketika Tersesat di Hutan
Open Minda
Monday, February 20, 2012
Lesson Learnt: Kejadian pecah rumah
Sekian
-Jeejoun-


Assalamualaikum WBT/Selamat sejahtera,
Saya ingin berkongsi sedikit pengajaran (lesson learnt) daripada kejadian yang menimpa saya sekeluarga semalam supaya kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yg sama daripada berlaku.
Apa yang berlaku:
· Rumah saya di Bandar Baru Kerteh telah dipecah masuk semalam (15/11/2011) di antara pukul 2.00 – 6.00 pagi ketika kami sekeluarga berada di dalam rumah!
Barang yang dicuri:
· Beg tangan isteri berisi dompet, satu set kunci rumah dan sebuah netbook. Dalam dompet tersebut ada wang tunai (beberapa ratus ringgit), kad kredit, kad ATM, KP sementara dan lesen memandu isteri.
Kerugian lain:
· Gril belakang yang dipotong.
· Kunci mangga yang perlu diganti.
· Alat berkebun yang digunakan untuk mengumpil pintu rumah.
Bagaimana kejadian terjadi:
· Penceroboh mengumpil kunci pintu dapur, memotong bahagian gril yang lemah (corak daun) dan masuk melalui bukaan sempit yang dihasilkan.
· Menurut pihak polis, pencuri mungkin menggunakan seorang kanak-kanak untuk masuk melalui bukaan tersebut.
· Penceroboh melarikan diri dengan membuka pintu menggunakan kunci rumah.
Tindakan yang telah diambil:
· Melaporkan pada pihak polis.
· Menelefon semua bank untuk block semua kad.
· Menukar semua mangga kunci rumah memandangkan satu set kunci rumah turut hilang dalam kejadian.
Modus operandi Penceroboh:
“Lawatan Pertama”
· Beberapa hari sebelum Hari Raya Haji dua orang lelaki datang ke rumah menawarkan khidmat potong rumput.
· Salah seorang memperkenalkan diri sebagai ‘Din’ (suspek) dan memberi nombor telefon 09-8261433 bila diminta (panggilan tidak berjawab sejak pagi tadi)
· Suspek agak ‘ramah’ dan bertanya pelbagai soalan berkenaan rumah dan diri saya termasuk kampung asal, berapa lama tinggal, berapa orang ahli keluarga, keadaan rumah dsb.
· Suspek turut menawarkan perkhidmatan lain seperti pendawaian, menambak laman dan menanam rumput dan bertanya bila saya ada di rumah untuk membolehkan dia datang buat kerja.
· Saya membenarkan suspek memotong rumput dengan upah RM20.
“Lawatan Kedua”
· Beberapa hari selepas Hari Raya Haji, suspek tiba-tiba datang lagi sekitar Maghrib menawarkan pasir, kononnya ada lebihan dari kerja tempat lain. Saya menolak.
· Suspek cuba mendesak dengan menawarkan untuk membersihkan halaman, membuang batu-batu dan menambak pasir dan bertanya sama ada saya ada di rumah atau tidak pada hari esoknya.
· Setelah ditolak, suspek menawarkan pula ikan segar, kononnya dia baru pulang dari laut.
· Saya bersetuju untuk beli sikit (2kg dgn harga RM10/sekilo) dengan niat untuk membantu dan supaya dia cepat beredar dari rumah saya.
· Saya membayar dengan not RM50 memandangkan tiada duit kecil. Suspek menyatakan dia tiada duit kecil dan mahu ke stesen minyak berdekatan untuk menukar baki.
· Suspek tidak kembali selepas itu.
Pengajaran/Langkah-langkah pencegahan:
· Jangan terima/benarkan orang yang datang untuk potong rumput/bertukang/kerja-kerja lain dengan tiba-tiba walaupun upah yang diminta murah.
· Sekiranya dia masih merayu/mendesak minta nama, nombor telefon, alamat dan tengok nombor plat kenderaan yang dinaiki oleh orang-orang berkenaan. Jika boleh, ambil gambar.
· Jangan melayan perbualan ‘ramah’ orang yang tidak dikenali supaya tidak mendedahkan perkara-perkara yang membolehkan dia mengagak bila rumah tidak berpenghuni, jadual harian kita dsb.
· Jangan tinggalkan kunci rumah dan barang berharga terutama wang tunai di ruang tamu, dalam kereta atau di tingkat bawah (sekiranya bilik tidur di tingkat atas).
· Kalau terdengar bunyi yang pelik, jangan abaikan sebagai bunyi kucing, angin atau sebagainya. Periksa sambil membawa sesuatu yg boleh dijadikan senjata, just in case.
· Sentiasa kunci pintu pagar rumah setelah masuk ke dalam rumah dan apabila keluar. Ketika “Lawatan Kedua”, suspek masuk terus sehingga pintu hadapan rumah ketika Maghrib.
· Jangan tinggalkan alatan berkebun seperti cangkul, garfu tanah, rake dsb di luar rumah.
· Sentiasa awasi dan selia kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor/tukang walaupun di kawasan luar rumah.
· Sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali. Jangan mudah percayakan orang.
· Simpan nombor balai polis berdekatan (Polis Kerteh: 09-8261222).
Langkah-langkah pencegahan lain (bergantung pada bajet/situasi)
· Pasang sistem penggera atau CCTV.
· Tukar gril kepada jenis palang biasa yang sukar dipotong atau dibengkokkan.
· Pasang kunci jenis selak pada pintu kayu.
· Menubuhkan rukun tetangga untuk kawasan perumahan.
Mujur…:
· Barang-barang berharga lain kebanyakannya berada di tingkat atas rumah.
· Penceroboh tidak naik ke tingkat atas rumah dan tidak mengapa-apakan anak-anak dan isteri.
Lain-lain:
· Ini merupakan kejadian ketiga pecah rumah di kawasan rumah saya yang mensasarkan rumah lot tepi. Cara pecah masuk hampir sama (melalui pintu belakang, dan gril dipotong)
· Penceroboh semakin berani kerana memecah masuk ketika ada orang di rumah. Kes-kes sebelum ini selalunya berlaku ketika tiada orang di rumah dan pada musim cuti.
· Penceroboh selalunya mencuri wang tunai, atau barang-barang berharga yang senang dibawa dan dijual seperti barang kemas, laptop dan telefon bimbit.
· Penceroboh berkemungkinan penagih dadah yang terdesak. Golongan sebegini adalah sangat berbahaya. Jangan ambil tindakan melulu sekiranya berhadapan dengan mereka.
Terima kasih,
MSA
Saturday, October 30, 2010
Penjaga kunci Gunung Merapi ditemui mati dalam keadaan sujud
| |
| MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunug berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - UTUSAN |
YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.
Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.
Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.
Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.
Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan
ARKIB : 19/05/2006
Kehebatan Maridjan meramal Merapi
GUNUNG MERAPI 18 Mei - Hampir empat minggu telah berlalu sejak banyak pihak mula meramalkan letupan Gunung Berapi Merapi.
Namun di sebalik semua ramalan tersebut, hanya seorang lelaki yang mampu meramalkan dengan tepat keadaan Merapi.
Beliau melakukannya tanpa bantuan saintifik melainkan bergantung kepada naluri dan hubungan ghaib selama bertahun-tahun dengan gunung berapi tersebut.
Beliau ialah Mbah Maridjan, 79, (gambar) yang dilantik oleh mendiang pemerintah Wilayah Khas Yogjakarta, Sultan Hamengkubuwono IX sebagai Penjaga Gunung Merapi pada 1983 berikutan kematian bapanya yang menjadi penjaga sebelum itu.
Maridjan telah menjadi perhatian kerana keyakinan yang disuarakannya bahawa “Merapi masih belum mahu meletup.”
Beliau dipetik sebagai berkata, sebagai gunung berapi yang aktif ia adalah normal untuk berderam pada ketika tertentu dan mengeluarkan abu panas dan gas yang dikenali sebagai ‘wedhus gembel’ atau kambing yang berjurai.
Maridjan dipetik akhbar tempatan sebagai berkata, beliau tidak akan meninggalkan kawasan pergunungan itu kerana sebagai penjaga tidak boleh dilihat sebagai pengecut atau menyelamatkan diri sendiri ketika keselamatan penduduk sepatutnya menjadi keutamaannya.
Sementara itu, beribu-ribu penduduk yang bosan tinggal dalam khemah-khemah yang sesak, yang disifatkan sebagai ‘penjara’, pulang ke kampung mereka di lereng Merapi tanpa mempedulikan amaran ia masih berbahaya.
Merapi tenang semula hari ini selepas mengeluarkan debu dan gas panas semalam.
– Agensi
Tuesday, October 5, 2010
Camping Safety
- Plan your trip so that you arrive at your actual campsite with enough daylight left to check over the entire campsite and to set-up camp.
- Be sure to check the site thoroughly for glass, sharp objects, branches that could fall or are hung low.
- Check the contour of the land and look for potential trouble due to rain. Check for areas that could flood or become extremely muddy and cause problems.
- Look for level with enough room to spread out all your camping gear.
- Look for a site that has trees or shrubs on the side of the prevailing winds. This will help block the wind if it should gust or get quite strong.
- Check for potential hazards at the campsite such as: poison ivy, bees, ants, sharp objects and other dangerous areas.
- Fire is of prime concern at the campsite. Be sure you have an area for a fire that cannot spread laterally or vertically. When ever a fire is lit at the campsite be sure that someone is assigned to watch it at all times. Keep water nearby for emergencies. Be sure that when you put the fire out you use water and soil and be certain that the fire is completely out, cool to the touch. Embers buried within the pile of ashes have a tendency to reignite later.
- Keep your campsite fires to an absolute minimum at all times.
- Dispose of all trash properly in the proper recycling bins if available.
- Return the campsite to its original condition for the next camper if you disturb it in any way.
- Don't forget your good recycling habits on vacation. They are just as important camping as they are at home.
- RV campers should be extremely careful to travel on proper roads within the site so as not to get stuck. Not all roads within the site are made for an R.V.
- Check your R.V. before leaving home, on route, at the campsite upon arrival and before departure for any damage, repairs or maintenance problems.
- Make sure everyone in the R.V. is using seat belts whenever possible. That includes passengers as well.
- Your holding tanks should be using non-toxic chemicals at all times.
*RV-Rescue Volunteer
GUIDELINES FOR A SAFE & FUN CAMPING VACATION
Safety Outdoors
- Keep first aid supplies and emergency telephone numbers accessible at all times.
- Know where the nearest telephone or ranger station is located and if possible, carry a cell phone.
- Dress children in several layers of clothing. The inner layer should be a breathable, synthetic material that pulls moisture from the skin.
- Remember, a child’s body temperature changes faster than adults.
- Check the weather forecast before you leave.
- Pack essentials, such as flashlights, extra food, water, and rain gear in case of bad weather.
- Make sure sleeping bags are clean, warm and dry.
- Inform others where you are camping and when you’ll return.
- Teach kids these skills and how to be safe and responsible in the outdoors.
Thursday, September 2, 2010
Diskaun Tol Aidilfitri 2010
Diskaun Tol Aidilfitri 2010
BERIKUT adalah senarai syarikat konsesi yang bakal menawarkan pengecualian dan diskaun kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri.
1. LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10%) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 dan 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Kelas 1 – 13.60 sen/km
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kelas 1 – 11.02 sen/km
2. LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Kelas 1 –14.96 sen/km
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kelas 1 –12.11 sen/km
3. LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON(SPDH)
BENTUK PROGRAM CSR
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 3.20 Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.80
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol MambauKelas 1 – RM 2.60(Diskaun RM0.60) Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.60 (Diskaun RM0.20)
4. LEBUHRAYA KULIM-BUTTERWORTH (KLBK)
Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Kubang Semang/LunasKelas 1 – RM 1.60
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60 (20% rebat ke atas bayaran tol akan dimasukkan di dalam kad PlusmileJumlah RebatK. Semang = RM0.30 Lunas = RM0.30)
5. LEBUHRAYA LALUAN KEDUA MALAYSIAN-SINGAPURA (LINKEDUA)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang) di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.90 Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 2.30
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.20 (Diskaun RM0.70) Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 1.90 (Diskaun RM0.40)
sumber:-
Tuesday, May 18, 2010
Apa punya pendaki daaa.....
Lebih malang lagi, pendaki-pendaki yang dimaksudkan ini adalah rakyat Malaysia sendiri. Ini memang diakui oleh hampir semua pemandu arah gunung yang membawa pendaki-pendaki. Menurut mereka, segelintir pendaki-pendaki dari negara kita kurang menitikberatkan soal kebersihan terhadap persekitaran hutan dan sering sesuka hati membuang sisa-sisa seperti makanan,plastik dan suratkhabar(bukan semua..!!). Paling menyedihkan, puntung-puntung rokok berselerakan di tapak-tapak perkhemahan,papan-papan tanda dan kemudahan asas yang dibina dirosakkan,dibakar dan paling mudah cakap...Dijahanamkan!!
Bagi aku pendaki-pendaki yang mempunyai sikap buruk seperti ini tidak layak untuk menjejakkan kaki di atas puncak gunung. Mereka mendaki hanya untuk memenuhi aktiviti rekreasi sosial tanpa mempedulikan soal menghargai hutan kita. Seharusnya sikap seperti ini dihindari kerana ianya akan menjejaskan reputasi hutan tersebut. Adalah penting untuk setiap pendaki menanamkan kesedaran sendiri untuk memelihara hutan di negara kita supaya kita tidak akan malu untuk mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Jika masih juga mahu mendaki...Berubahlah!!
- Setiap org tu perlu menanamkan dlm dirinya .. mereka adalah ahli xpdc bukannya peserta.
- Barangan yg dibawa masuk hendaklah dibawa keluar.Cth. plastik,tin..
- Terapkan budaya menjaga kebersihan walau dimana kita berada..Tak tahu jangan malu bertanya.
- Rasa hormat dan cinta terhadap alam semulajadi merupakan permulaan yang baik sebelum melangkah lebih jauh ke dalam hutan.
- Ingat,jangan jadikan sungai sebagai tandas kita.Bertimbang rasa lah kepada pengguna yg lain.Seelok- eloknya galilah lubang kerana ia mudah ditimbus semula...

Kawasan perkhemahan dijadikan seperti tempat pengumpulan sampah..Terima kasih kepada kawan-kawan "Gunung Online".....
Friday, May 7, 2010
Bersyukur apa yang kita ada..
Alhamdulillah,
saya pun pernah terfikir macam ni,
bila baca artikel ni, baru berbaloi rasa kerja secara ikhlas..
Syukran..
Bersyukur apa yang kita dapat,
Sayangi apa yang kita ada.,
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Sunday, April 4, 2010
Laluan Besi Gunung Kinabalu
Hazran Mohamed (bminggu@bharian.com.my 2010/03/28).

Jalan alternatif pendakian Via Ferrata diiktiraf tertinggi di dunia
VIA Ferrata dalam bahasa Itali bermaksud laluan besi, kini cukup sinonim dengan pendakian di Gunung Kinabalu. Ia popular di kalangan pendaki gunung itu sejak terbinanya laluan di lereng Kinabalu sebagai satu lagi laluan alternatif kepada pendaki untuk sampai ke puncaknya.
Hakikatnya, tidak ramai yang tahu kewujudan Via Ferrata di Gunung Kinabalu itu sebenarnya meletakkan Malaysia di persada antarabangsa apabila diiktiraf Via Ferrata tertinggi di dunia oleh Guinness Book of Records, pada 16 Disember lalu. Apa tidaknya, pada ketinggian 3,776 meter dari paras laut, ia mengatasi Via Ferrata di banjaran Marmolada West di Itali yang terletak pada ketinggian 3,343 meter. Lebih membanggakan, Via Ferrata Kinabalu juga adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia.
Keseluruhannya, ada lebih 300 laluan Via Ferrata di seluruh dunia dengan kebanyakannya di Eropah, khususnya di Jerman, Perancis dan Itali. Ia dibina menggunakan kabel dan talian yang disangkut pada penyangkut yang dipahat ke batu di lereng gunung. Tidak ketinggalan, plat besi sebesar tapak tangan dan batang besi berbentuk U yang dipasak ke dalam batu di lereng gunung sebagai tempat pemijak kaki. Pendaki pula perlu memakai peralatan penyangkut pada badan sebagai komponen utama keselamatan diri.
Penulis sendiri amat bertuah kerana berpeluang mencuba laluan Via Ferrata kebanggaan negara ketika mendaki puncak Kinabalu bersama pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin serta dua ahli Kelab Kaki Redah TV3, Mohd Haizal Khamis dan Mohd Junaidi Suboh serta seorang kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), M Machdi Wismajaya, baru-baru ini. Pengalaman itu cukup bermakna selain mencabar ketahanan fizikal dan mental.
Perlu diingat, untuk ke Via Ferrata Kinabalu, pendaki perlu menginap di Laban Rata. Pilihan terbaik ialah di Pendant Hut yang menempatkan kabin syarikat pengendali Via Ferrata iaitu Mountain Torq Sdn Bhd. Sebelum memulakan pendakian, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengisi borang maklumat peribadi serta akuan dan pengesahan mengenai tahap kesihatan diri. Borang yang disediakan lengkap dengan butiran pertanyaan dari segi jenis penyakit bahaya yang jika dihidapi, pendaki akan larang menggunakan laluan Via Ferrata.
Selesai mengisi borang itu, pendaki perlu mengikuti kelas latihan pendakian lebih kurang 30 minit. Secara ringkasnya, pendaki akan diajar kakitangan terlatih Mountain Torq cara menggunakan peralatan mendaki seperti tali penyangkut dan prosedur keselamatan ketika mendaki laluan Via Ferrata. Tidak perlu risau, kerana latihan dan prosedurnya amat mudah difahami dan senang dipraktikkan.
Sejak dibuka pada pertengahan Disember 2007, lebih 5,000 pendaki sudah melalui Via Ferrata. Hanya mereka yang pernah melaluinya saja dapat berkongsi kenangan dan menceritakannya secara terperinci pengalaman yang dirasai cukup sukar digambarkan. Yang pasti, pendaki tidaklah bersendirian kerana mereka lazimnya disertai sekurang-kurangnya dua pendaki pengiring merangkap jurulatih yang disediakan Mountain Torq dalam setiap pendakian.
Pada pagi hari pendakian, perasaan penulis dan rakan begitu teruja untuk memulakan pendakian. Perasaannya berbeza biarpun sebelum ini penulis dan rakan-rakan sudah tiga kali menawan puncak Kinabalu, tetapi belum pernah menggunakan laluan Via Ferrata.
Hasrat kami bagaimanapun terbantut seketika sebaik keluar dari kabin penginapan, hujan renyai-renyai melanda dan kabus tebal mula kelihatan memenuhi persekitaran puncak gunung. Pengiring pendakian - Jinu@Ahimin Gupili mengarahkan kami berhenti di Gunting Lagadan untuk seketika sambil menunggu keadaan cuaca lebih baik. Ketika itu, perasaan kami bercampur–baur kerana khuatir pendakian terpaksa dibatalkan jika keadaan cuaca tidak berubah sekali gus tidak membolehkan kami melalui laluan Via Ferrata.
Antara sebab utama ialah laluan Via Ferrata akan menjadi laluan air terjun yang kuat jika hujan lebat melanda kawasan pergunungan itu.
Akhirnya, tepat jam 11.30 pagi, hujan renyai mula berhenti dan kabus tebal sudah menghilangkan diri, menceriakan kembali perasaan kami. Kami terus memulakan perjalanan menuju ke titik permulaan pendakian Via Ferrata kira-kira 400 meter jaraknya dari Sayat-Sayat.
Sebaik menyiapkan diri dengan peralatan penyangkut di badan, kami mulakan pendakian laluan besi dengan penuh bersemangat. Kira-kira jam 1.45 petang, kepuasan jelas terpancar dan berasa lega kerana pendakian di Via Ferrata berakhir dengan lancar dan selamat.
Via Ferrata Kinabalu mempunyai dua laluan. Setiap satu dengan jarak laluan berbeza. Laluan pertama atau dikenali sebagai “Walk The Torq” dengan jarak laluan lebih kurang 500 meter. Laluan ini berakhir kira-kira 250 meter jaraknya dari Sayat-Sayat, manakala laluan kedua atau ‘The Low’s Peak Circuit’ dengan jarak 1.2 kilometer, berakhir di Puncak Selatan.
Laluan pertama agak mudah dan tidak begitu menyeksakan pendaki. Biasanya mengambil masa selama 2 hingga 3 jam untuk melepasinya. Bagaimanapun, laluan kedua agak mencabar kerana selain jaraknya jauh, pendaki juga perlu berdepan dengan jarak pendakian secara menegak yang panjang. Ini agak sesuai untuk pendaki yang tegap dan kuat dengan tempoh masa pendakiannya antara 4 hingga 5 jam.
Yang pasti, satu kelebihan bagi pendaki Gunung Kinabalu jika melalui Via Ferrata berbanding menggunakan laluan biasa.
Keindahan dari pelbagai sudut pandangan berlainan dari lereng gunung menjangkau hingga ke lembahnya dapat dinikmati sepenuhnya sambil meniti laluan besi Via Ferrata. Nasihat penulis, ketepikan semua perasaan takut, gementar atau gayat dengan ketinggian rasai dan laluilah sendiri pengalaman meniti Via Ferrata tertinggi di dunia dan satusatunya di Asia. Saksikan sendiri keunikan dan keajaiban alam ciptaan Yang Maha Kuasa.
Selamat mendaki...
Sumber:
Laluan besi Kinabalu
Oleh Hazran Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2010/03/28
Thursday, February 11, 2010
Umai Rindu pada hutan.
Mungkin bingkisan cerita yg aku ambil daripada akhbar Kosmo ini dapat memberi sedikit maklumat yg boleh dikongsi oleh para peminat sukan/aktiviti mendaki secara amnya....
Mahu kembalike Gunung Tahan
izza.rosly@kosmo.com.my
Meskipun dua tahun berlalu, namun insiden tersesat selama 19 hari di Gunung Tahan masih tersemat kemas dalam memorinya. Bahkan, Umai menaruh harapan untuk kembali ke sana dan perkara pertama yang mahu dilakukanya ialah meneguk air sungai di situ.
TIGA hari lalu, genap dua tahun peristiwa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameaun sesat di Gunung Tahan.
Namun, bagi empunya diri yang kini berusia 23 tahun, memori yang tersemat di ruang sanubarinya menganggap kejadian menimpanya itu seolah-olah mimpi ngeri yang baru semalam terjadi.
Kini, Umai sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor dan bakal menamatkan pengajiannya pada pertengahan tahun depan.
Pada masa yang sama, dia menyimpan rindu dendam untuk menawan kembali Gunung Tahan yang pernah menjadi 'penjaranya' selama 19 hari sepanjang 7 hingga 26 Februari 2008.
"Saya tidak trauma atau serik untuk ke hutan selepas kejadian itu, malah terlalu teringin dan rindu untuk menjejakkan kaki semula ke sana. Cuma sehingga kini belum ada berkesempatan.
"Perkara pertama yang saya akan lakukan apabila berkunjung ke sana adalah meneguk air sungai di situ yang menjadi nadi kepada saya meneruskan kehidupan sepanjang bertungkus-lumus mencari jalan keluar," katanya yang turut berhasrat singgah semula di batu di tepi sungai yang menjadi 'tilam empuknya' dalam gelap malam.
Malah katanya, ibu dan ayahnya juga merancang ke Kuala Tahan di Taman Negara untuk berjumpa dengan kumpulan renjer pertama yang menjumpainya. Ibu bapanya ingin menyampaikan rasa terima kasih kerana kejayaan operasi mencari dua tahun lalu.
Ternyata pengalaman itu sungguh istimewa buatnya. Kalau tidak, masakan Umai mahu mengabadikan kisah sesat selama 19 hari ketika menyertai ekspedisi Komander Kesatria itu dalam sebuah buku.
Buku bertajuk 19 Hari Sesat di Gunung Tahan setebal 164 muka surat terbitan Buku Prima itu menceritakan setiap detik Umai bertarung nyawa di hutan itu.
"Buku itu menceritakan daripada hari pertama saya sesat sehinggalah saya diselamatkan. Ia berkisar tentang perkara yang saya lakukan demi survival, termasuk jerih payah meneroka seluruh pelosok hutan untuk mencari jalan keluar.
Sebenarnya, hasrat untuk membuat catatan diari terlintas ketika sudah seminggu Umai 'terjerat' dalam belantara itu.
| |
| KERATAN akhbar Kosmo! yang tidak ketinggalan melaporkan kes Umai yang sesat di dalam hutan. |
"Saya rasa, pengalaman tersebut perlu dibukukan supaya pembaca dapat membayangkan segala yang dialami oleh saya pada masa itu," katanya yang mula merangkaikan bibit-bibit pengalaman sesatnya tiga hari selepas diselamatkan.
Buku tersebut telah siap pada awal bulan Mac tahun lalu dan telah diterbitkan dua bulan kemudian.
Apakah momen yang paling terkesan dalam dirinya sepanjang menjadi 'penghuni' hutan Gunung Tahan, Umai yang mendapat jolokan Mai Komando memberitahu, saat bermalam di perut hutan amat diingatinya hingga kini.
Takut
"Keadaan malam begitu kelam dan sunyi hinggakan saya sentiasa dihantui perasaan takut. Setiap kali diuji dengan rasa sejuk dan lapar, hati saya meronta-ronta untuk segera kembali ke pangkuan keluarga
"Satu persatu wajah orang tersayang bermain di fikiran. Perasaan itu sungguh menginsafkan. Air mata sudah menjadi peneman setiap kali mahu melelapkan mata," ceritanya.
Tambahnya, apabila terkenang peristiwa itu dia pasti sebak dan tumpas untuk menahan air matanya daripada mengalir. Kisah itu umpama mimpi kerana dia tidak menyangka akan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang.
"Selepas seminggu sesat di dalam hutan, saya sudah berputus harap dan hilang keyakinan untuk mencari jalan keluar. Saya sering membayangkan dapat bertemu jalan keluar tetapi tidak pasti sama ada keluar dalam keadaan bernyawa atau tidak.
"Tipulah kalau saya kata tidak takut. Sudahlah berseorangan di dalam hutan yang gelap gelita yang menyeramkan, macam-macam adegan filem seram mengganggu dalam benak fikiran," katanya.
Masuk hari ke-15 terperangkap dalam rimba gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia itu, Umai masih belum menemui tanda-tanda bahawa dia akan meninggalkan kawasan tersebut. Sehinggalah Umai mendapat pertunjuk dalam mimpi.
| |
| PELBAGAI usaha dijalankan untuk menjejaki Umai yang hilang. |
Dalam mimpi itu kelihatan gurunya yang dipanggil Cikgu Nasri dan rakannya, Syed Zahir, bersila di atas batu yang menjadi tempat tidurnya.
Dalam mimpi itu, Umai memberitahu hasratnya untuk meninggalkan tempat tersebut, namun Cikgu Nasri menunjukkan nota di atas sekeping kertas yang bertulis 'jangan jalan dulu kerana bantuan akan sampai'.
Apabila Umai mahu mendapatkan penjelasan lanjut, kelibat Cikgu Nasri dan rakannya hilang begitu sahaja.
Walaupun sedar bahawa itu hanyalah mimpi, namun pesanan itu dipegangnya juga tetapi hanya untuk sehari. Dia bosan menunggu kerana bantuan yang dinantikan tidak kunjung tiba.
Perjalanan yang mencabar itu diteruskan sehingga kira-kira sejauh 30 kilometer sehinggalah dia tiba di sebuah tapak perkhemahan. Umai telah ditegur oleh seorang lelaki, Ubaidillah Deris yang ketika itu sedang menjadi jurupandu arah untuk dua orang pelancong asing. Itulah detik kebebasan buat Umai.
Pemakanan berubah
| |
| SAAT cemas setelah Umai berjaya dibawa keluar dari hutan dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. |
Selepas ini kata Umai, sebelum hendak memasuki hutan atau mendaki gunung, dia akan bawa bersama kelengkapan wajib iaitu lampu suluh, pemetik api, wisel, cermin dan pisau kecil bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Ibunya, Nur Azah Ismail, 45, ketika dihubungi memberitahu, sejak peristiwa anaknya sesat di hutan dua tahun lalu, corak pemakanan Umai mula berubah.
"Sebelum ini, Umai berbadan gempal, namun selepas kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram, dia hanya makan sedikit sahaja. Nak jaga badan katanya.
"Terasa hati juga apabila Umai yang pulang sekali sekala ke rumah dari UiTM tidak berselera seperti selalu. Dia hanya makan nasi sedikit tidak seperti selalu," kata Nur Azah.
Tambahnya, tingkah laku Umai juga berubah. Umai sangat selektif apabila melakukan aktiviti dengan rakan-rakannya supaya ia tidak berunsur hiburan yang melalaikan.
Tambah ibunya lagi, kalau ada kawan Umai yang sekadar mengajak ke karaoke pun, Umai berat hati untuk penuhi hasrat kawannya. Umai mungkin ada sebabnya sendiri.
"Umai sekarang rajin berpuasa. Apabila ditanya mengapa, dia hanya menjawab mahu merasai semula rasa lapar seperti dia sedang sesat di hutan tanpa bekalan makanan.
"Dia sepertinya tidak mahu mensia-siakan peluang kedua yang diberikan oleh Allah setelah selamat kembali ke pangkuan keluarga," ujarnya.
Sementara itu, dalam buku 19 Hari Sesat di Gunung Tahan, Ubaidillah memberitahu, sebelum Umai sesat di hutan kawasan tersebut ada seorang wanita berketurunan India mengalami masalah yang sama tetapi dia hanya sesat sepuluh hari sahaja.
"Wanita tersebut merupakan seorang doktor yang pakar dalam bidang tumbuh-tumbuhan.
"Walau sesat, dia masih tahu memilih makanan yang tidak beracun untuk mengalas perut. Namun ketika wanita itu ditemui dan diselamatkan dia dalam keadaan terbaring dan nyawa-nyawa ikan," katanya.

Sumber rujukan:
Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my
Sunday, January 24, 2010
Ish..Ish..Medan Selera Berinchang
Semalam cuti hujung minggu 23/01/2010 aku saja membawa famili makan angin kat tanah tinggi Cameron Highlands, lagipun nak survey lokasi utk aku bawa group bulan 3 kesana nanti..
Orang cakap 2 dalam 1, sambil nyelam sambil minummm!
Nak ringkaskan cerita..Medan Selera Berinchang lokasi tumpuan pelancong terutamanya kaum muslim seolah- olah tiada langsung tukang sapu @ tukang cuci yg nak cuci kawasan tersebut. Dengan sampah sarap berlonggokkan disatu sudut, sinki tersumbat serta puting rokok bersepah dilantai membuatkan sakit mata memandang dan bau yg kurang menyenangkan...
Takkan MDCH terlepas pandang kot! Inikan lokasi tumpuan,dahla tempat makan muslim bukannya banyak sangat kat atas sana...Lagi satu ,takkan peniaga kat situ tak nampak sampah sarap kat situ, jangan asyik nak cari untung saja...Tolong la apa yg patut dan termampu, jika tempat bersih dan layanan mesra..Aku rasa ramai pelanggan yg akan datang dan datang dan datang lagiiiii...Kalau tak jangan haraplah! Sekali tu saja la kot.
Aku bukannya nak terjah tak tentu pasal lagipun isu ni dah lama tapi masih tak ada perubahan...Nak kata selalu kesana takut orang kata berlagak pulak tapi boleh check balik blog aku yg terdahulu, itu belum termasuk yg saja aku tak mau nak masukkan! Dah lama aku nak highlight kan isu ni tapi bila balik saja ke rumah terus terlupa..Cuma kali ni aku kena bongkarkan isu ini,mana tau kot2 ada pihak2 tertentu yg terbaca dan tertengok blog cap ayam aku ni dan boleh membuat sesuatu utk. menyelesaikan masalah ini.Kitakan 1 Malaysia!!
Untuk makluman bulan Mac nanti aku akan kesana lagi atas urusan kerja dan 'aku akan tinjau semula lokasi kejadian'...Insyallah.
Bukan nak memalukan dan mengaibkan pihak-pihak tertentu tetapi demi kebaikkan kita bersama.Andai kata penulisan aku agak kasar dan mengguris perasaan sesetengah pihak harap maaf yea!!!
Wednesday, December 30, 2009
Cuti-cuti Malaysia & Selamat Hari Natal
Wednesday, November 4, 2009
Kewajipan pelihara bumi Allah(cintai keindahan bumi kita)
Terima kasih kepada penulis rencana ini yang begitu perihatian mencatatkan ilmu tentang alam dan agama.



