Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label pulau. Show all posts
Showing posts with label pulau. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009

Hari Interaksi Bersama Keluarga 2009 di Pulau Pangkor

Pada 21 November 2009 baru-baru nie aku ngan famili ada mengikuti program tahunan keluarga ,yang diadakan di Pulau Pangkor Perak.Program ini telah dianjurkan oleh tempat kerja lama aku dan aku just follow je tak ada komitmen sangat kali nie..Bawa famili makan-makan angin saja.....Itu pun last minit baru aku nak follow disebabkan beberapa faktor yg memberatkan aku utk join this program.Antaranya ialah musim hujan dan banjir yg melanda negara pada waktu itu,tambahan pulak negeri Perak telah dikeluarkan amaran berjaga-jaga ataupun bendera oren oleh Jabatan Meteologi Malaysia.
Kalau dah hujan saja memanjang... Nak makan angin macam mana,baik dok rumah!
Kali ni Telok Dalam Resort Pulau Pangkor telah menjadi lokasi pilihan dan agenda programnya juga agak berbeza daripada program2 yg terdahulu.Ini bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan disamping memberi sedikit ilmu utk dikongsi dan dimanfaatkan pada masa yg akan datang.Kalau anda ada menonton filem terbaru 'Senario The Movie'-Beach Boy yg telah ditayangkan dipawagam baru2 nie.Haa..Di Resort inilah lokasi pengambarannya...!Dimana sebahagian daripada watak2 utama filem itu yg tak perlulah aku sebut nama pelakonnya telah berlakon menjadi staff resort tersebut.Kalau nak tau lebih lanjut kisahnya kenalah menonton filem ini..Sokonglah filem tempatan!!Chewah..
Ini merupakan kunjungan kali ke-3 aku ke Teluk Dalam Resort dimana kali pertama dan keduanya pada tahun 2003 dan aku dapati tak banyak sangat perubahan ketara yg aku nak cerita..Cuma yg pertama kali ke sana mungkin aku boleh berkongsi sedikit pengalaman untuk memudahkan anda kesana.Pertama kali mestilah booking dulu bilik dan apabila dah tiba masanya utk kesana...
Align Left
  1. Mencari tempat letak kereta di pekan Lumut.Bagi yg berkenderaan sendiri terdapat banyak pilihan tempat meletak kenderaan yg berbayar dan untuk keselesaan dan keselamatan aku syorkan Tempat Meletak Kenderaan Berbumbung MPM.
  2. Mencari tiket feri di Jeti Lumut.Sila lapurkan diri anda ke kaunter tiket khas Teluk Dalam Resort kerana feri yg akan anda naiki akan hanya terus ke jeti Teluk Dalam dan bukannya ke jeti Pangkor seperti kebiasaannya.
  3. Apabila tiba di jeti Teluk Dalam anda akan disambut oleh kakitangan Teluk Dalam Resort. Kemudian anda akan menaiki bas resort yg disediakan untuk ke resort.
Untuk ke Pulau Pangkor kita akan dapat melihat dengan jelas kapal-kapal perang kebanggaan negara kerana laluan feri yg kita naiki akan melalui Pengkalan TLDM Lumut.



Bot Klasik..


Jeti Teluk Dalam,Pulau Pangkor.Setahu aku kebiasaanya jeti ini hanya digunakan untuk pengunjung yg hendak ke Pan Pasific Hotel dan Teluk Dalam Resort sahaja.Penduduk tempatan
kebanyakkannya menggunakan jeti di pekan Pangkor.

Pihak resort menyediakan kemudahan bas untuk memudahkan pengunjung bergerak dari jeti ke resort.



Di ruang lobby resort


Pelbagai gaya dan ragam dapat disaksikan diatas pentas...



Keluarga bahagia...Amin.


BBQ


Tahniah Sufi!


Acara sukaneka untuk kaum ibu.


Gaya seorang juara cilik..Ada potensi untuk diketengahkan.

Adik dan abang,dua karaktor yg berbeza.


Teluk Dalam Resort.



Makannnn.....

Sambutan persembahan selamat datang oleh kakitangan resort.

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebanyak mungkin diatas feri.


Suasana didalam 'Mesra Ferry'.



Walau pun program kali di agak terganggu dengan faktor hujan tetapi masih lagi meriah disamping komitmen yg diberikan oleh para peserta.Juga jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yg sudi menjemput aku terutama Kak Awi yg tak putus-putus mempelawa aku menyertai program ini.
sekian,











Thursday, December 3, 2009

Mengamit Nostalgia Di Puncak Bukit Bendera

Ini merupakan kali ke-3 aku menjejakkan kaki ke puncak Bukit Bendera iaitu salah satu tempat tarikan di negeri Pulau Pinang ini.Pertama kali aku kesini adalah pada tahun 1985 dikala aku masih lagi berumur 5 tahun,sewaktu tu aku mengikuti rombongan sekampung menaiki bas ngan abah aku.Bayangkanlah bas pada waktu itu..Ala-ala bas zaman JEPUN,aku kira pada masa kini mungkin sudah tiada lagi bas sebegitu mungkin juga dah masuk bengkel besi buruk!Walaupun begitu,best giler aku cakap apabila boleh join rombongan waktu tuu..
Tambah pulak ketika tu aku masih lagi kategori kanak-kanak hingusan yg masih lagi memerlukan pengawasan ibubapa.Senang cerita nak beli apa pun kena cakap ngan mak/abah..
Kini semuanya sudah berubah..Kaunter tiketnya,lanskapnya,keretapinya,pendek kata banyak dah berubah.Yg tak berubah adalah susahnya nak cari tempat nak letak kereta dan juga masih banyak lagi insan-insan yg mengambil upah parking kereta secara haram, walaupun hakikatnya kita meletak kereta kita dihadapan rumah orang.
Apa yg menarik di Bukit Bendera adalah keretapi bukitnya,sebut saja Bukit Bendera pasti ramai orang akan terbayangkan keretapi bukit yg berwarna merah putih kerana itulah identitinya.Bagi pengunjung yg belum pernah kesini aku syorkan supaya datanglah merasai sendiri keseronokkan dan keunikkannya kerana setahu aku cuma disini sahaja yg terdapat keretapi sebegitu rupa di Malaysia.
Untuk ke sana anda perlu mencari pekan Ayer Itam dan untuk menaiki keretapi tersebut harga tiket Rm 4.00 utk dewasa dan Rm 2.00 utk kanak2 akan dikenakan dan caj tersebut merangkumi perjalanan pergi balik.Jika anda merancang untuk bermalam diatas sana terdapat beberapa buah hotel terdapat diatas sana,apa nama hotel tu aku dah lupa..
Selain itu terdapat masjid,kuil,balai polis , pejabat pos dan medan selera untuk memudahkan pengunjung menikmati hidangan makanan ditempat yg tertinggi di Pulau Pinang.
Dari atas Bukit Bendera itu anda akan dapat saksikan sebahagian daripada kepulauan,jambatan Pulau Pinang,Gunung Jerai serta sebahagian tanah besar..

Kilauan cahaya menyinari Pulau Pinang..Gambar ini diambil selepas Maghrib berjemaah di Masjid Bukit Bendera.



Balai Polis Bukit Bendera yg didirikan pada tahun 1929.


Berehat sebentar setelah penat meneroka persekitaran kawasan puncak Bukit Bendera.


Tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan kepesatan pembangunan di Pulau Pinang


Nun sayup kelihatan Jambatan Pulau Pinang.


Sufi didalam keretapi kabel.

Menunggu giliran untuk menaiki keretapi kabel.Jika anda mengunjungi di waktu cuti sekolah/cuti umum alamatnya berasaklah!!!


Inilah identiti Bukit Bendera!


Pintu masuk utama





INFO

Kereta api Bukit Bendera adalah dua seksyen kereta api funikulus yang memanjat Bukit Bendera daripada pekan Air Itam, berhampiran George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Penumpang mengubah akan bertukar kereta api di stesen titik tengah. Kereta api mungkin akan singgah di stesen perantaraan lain atas permintaan.

Pembinaan kereta api itu di antara 1906 hingga 1923 dengan kos 1.5 juta Selat dolar. Kereta api itu telah dibuka untuk orang awam pada 21 Oktober 1923. Kereta baru ditukar pada 1977.
Sistem kereta api berusia 85 tahun itu menyediakan perkhidmatan sehingga 7 malam setiap hari. Bagi mereka yang tinggal di puncak Bukit Bendera, perkhidmatannya dilanjutkan sehingga 10 malam.








Saturday, August 8, 2009

Kepulauan Manukan, Sabah

Sapi, Mamutik dan Manukan

Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke kepulauan utama di sekitarnya iaitu Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan. Ketiga-tiga pulau ini tidak jauh dengan jeti Jesselton Point dan juga hanya memakan masa hanya 10-15 minit untuk tiba dari satu pulau ke satu pulau yang lain.


Anda boleh mendapatkan pekej di Jesselton Point dengan harga yang berpatutan untuk ke tiga-tiga pulau tersebut dalam masa sehari.

Satu lagi pulau yang boleh anda lawati ialah Pulau Gaya yang boleh dilihat apabila anda menyusuri jalan utama di KK bersebelahan dengan pantai. Namun Pulau Gaya adalah pulau penempatan rakyat Filipina, anda masih boleh melakukan aktiviti snorkeling tetapi tiada kawasan utama yang dijadikan resort.

Jika anda bercadang untuk menginap, Pulau Manukan yang merupakan pulau terbesar di antara ketiga-tiganya adalah tempat yang paling sesuai berdasarkan fasiliti yang baik serta dilengkapi dengan chalet dan restoran.

Aktiviti yang paling popular dilakukan di Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan ialah tidak lain & tidak bukan iaitu berenang dan snorkeling. Bagi mereka yang sudah biasa, snorkeling adalah aktiviti yang menyeronokkan tapi yang masih baru akan terkial-kial bagi mendapatkan rentak dan selalunya masa akan dihabiskan dengan menelan air laut melalui mulut dan hidung. Aku ni kategori pertengahan kot..Faham2 sendirila!

Airnya yang jernih membolehkan anda melihat ikan-ikan berkeliaran riang di dalam laut, satu pemandangan yang mempesonakan…Kalau nak best lagi jangan lupa bawa roti kerana ianya boleh di jadikan umpan untuk ikan-ikan tersebut datang menghampiri anda.Kalau boleh bawalah lebih sikit,bukan apa takut belum ikan makan anda yang makan dulu…Maklumlah apabila terlampau asyik dengan aktiviti sebegini perut akan cepat benar terasa lapar.

Disini anda akan merasai sendiri bagaimana rasanya apabila badan anda dibelai oleh kumpulan ikan2 yg jinak.... Jadi sayangi dan peliharalah hidupan dimuka bumi ini.





Memang puas beb!!


Tapi ada juga peraturannya...So hati2 yea!


Peninggalan bom zaman perang dunia kedua 1941-1945.
Tengok saiz bom tu dengan saiz badan Haji Sulur.

Penerbangan "Air Asia"ke Sabah

Friday, December 12, 2008

"Pulau Sumpahan Mahsuri"Pulau Langkawi,Kedah

Pemandangan dari dalam kereta kabel
kelihatan pulau-pulau,lautan membiru dan kapal layar yang memutih , begitu memukau mata memandang....


Ammar dengan uncle dan untienya di atas feri'Langkawi'


Sufi pun nak posing...


Jambatan gantung antara puncak gunung..'gayatlaaaaa'
mana taknya dengan hanya menggunakan satu tiang sahaja....



Langkawi Oriental Village



Langkawi Cable Car


Nampak tak saiz coklat dibelakang si comel tu?


Dataran Lang


Jetti Kuah


Selamat Tinggal 'Pulau Langkawi'


Kunjungan ke Pulau Langkawi kali ini merupakan satu lagi aktiviti penjelajahan saya dan keluarga ke pulau2 di sekitar Malaysia(planning je!).Juga dikenali sebagai pulau bebas cukai dan juga Pulau Sumpahan Mahsuri..Tentu ramai yang masih ingat lagi tentang metosnya dimana pada zaman dahulu kala terdapat seorang perempuan yang cantik jelita(Mahsuri) telah teranaiya dan dijatuhi hukuman bunuh..Ketika hendak dijatuhi hukuman tersebut beliau telah bersumpah bahawa "Pulau Langkawi tidak akan maju selama 7 generasi ".......
Tetapi kini ,Langkawi telah pesat membangun sealiran dengan pembangunan negara.
Pelbagai tempat menarik yang terdapat disini yang mesti dilawati samada ianya semulajadi ataupun ianya diadakan semata-mata untuk menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara bagi mengunjunginya.
Bagi yang menggemari sukan air ,mandi pantai atau island hopping bolehlah ke Pantai Cenang,Pantai Kok dan Pantai Tanjung Rhu.Selain itu Pulau Payar dan Tasik Dayang Bunting adalah destinasi bagi yang menyukai aktiviti selaman dan snorkling.
Untuk yang kaki shopping bolehlah melaksanakan niat anda itu di pekan Kuah kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang terdapat disitu antaranya coklat,barangan dapur,pinggan mangkuk dan sebagainya dengan harga yang berpatutan(lokasi tumpuan ;Idaman Suri Imporium,Jetty point,Langkawi Fair dan Ismail Group)
Untuk yang meminati sukan lasak seperti mendaki gunung bolehlah melakukannya dengan mendaki Gunung Mat Cincang melalui Telaga Tujuh ataupun mendaki Gunung Raya bermula dari Lubuk Semilang melalui 'tangga seribu'.Jika anda malas sangat nak mendaki anda boleh berkereta untuk ke puncak Gunung Raya tetapi pastikan dahulu yang kenderaan anda itu benar-benar berada didalam keadaan yang baik terutamanya sistem brek(maklumlah kereta sewa!)Selain itu ,kereta kabel juga turut disediakan untuk ke Puncak Gunung Mat Cincang bermula dari Langkawi Oriental Village.Dari puncak kedua-dua gunung tersebut anda akan dapat saksikan keindahan kepulauan Langkawi yang dikelilingi oleh lautan membiru,begitu indah dan memukau mata memandangnya.
Bagi yang pertama kali ingin menjejak kaki ke Pulau Langkawi bolehlah memulakan perjalanan anda bermula dari Jetti Kuala Perlis(40min-1jam) ataupun Jetti Kuala Kedah (1 1/2jam - 2 jam)menuju ke Jeti Kuah.Di Jetti Kuah anda boleh memilih kenderaan apa yang suka untuk disewa bergantung kepada $$ anda.Bermula daripada motosikal keriss,kereta kancil hinggalah kereta mewah yang sering anda idam-idamkan.Selain pengangkutan laut terdapat juga pengangkutan udara terus dari KL atau luar negara kerana ianya merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa,semuanya atas pilihan dan kemampuan anda sendiri.