Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Kewajipan pelihara bumi Allah(cintai keindahan bumi kita)


"Sedang aku melayari internet dan terbaca rencana ini ( Kewajipan pelihara bumi Allah ) yang begitu menarik untuk dibaca dan difahami. Disebabkan ia berkaitan dengan alam dan kehidupan kita maka aku ambil dan letakan dalam blog Jeejountravel ini. Oleh itu jika rakan-rakan yang mencintai alam ini, bacalah dan sebarkanlah dalam blog masing-masing agar menjadi pedoman untuk kita dan generasi akan datang.

Terima kasih kepada penulis rencana ini yang begitu perihatian mencatatkan ilmu tentang alam dan agama.


"Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).."
Kewajipan pelihara bumi Allah SEBAGAI khalifah Allah di muka bumi, manusia memikul amanah cukup besar. Manusia bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi). Sebenarnya, semua ciptaan Allah yang terdiri daripada haiwan, tumbuhan, lautan, gunung-ganang malah virus yang amat kecil itu mempunyai faedah tersendiri buat kehidupan manusia. Semua diciptakan Allah untuk dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi memudahkan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Begitulah kehebatan dan rahmat Allah SWT yang tidak sesekali membiarkan manusia hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan. Dengan sifat ar Rahmaan dan ar Rahim-Nya, manusia sama ada yang beriman atau kufur terus diberi nikmat. Hal ini sewajarnya menjadikan manusia semakin tunduk patuh kepada-Nya. Bagi hamba yang memiliki iman yang sempurna, segala kejadian ciptaan Allah menjadikan mereka sentiasa berfikir mengenai kehebatan Allah SWT. Penciptaan makhluk di langit dan di bumi menjadi antara tanda jelas membuktikan kewujudan dan kehebatan Allah s.w.t.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3). Secara jelas, Islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi. Kerosakan yang dimaksudkan termasuk melakukan perbuatan maksiat dan keji oleh mereka yang alpa akan larangan Allah serta kerosakan yang membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.


Dewasa ini, sesetengah pihak bersifat rakus menghimpun kekayaan dunia dengan menjalankan projek pembangunan mega sehingga sanggup merosakkan ekosistem alam. Gunung-ganang ditarah tanpa kajian dan penelitian, pokok balak ditebang secara haram, kawasan tadahan hujan dibotakkan sewenang-wenangnya sehingga seluruh hidupan termasuk manusia dan haiwan menderita menanggung akibatnya.

Disebabkan kerakusan serta sifat tamak manusia yang mengabaikan tanggungjawab memelihara alam semula jadi ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan bencana yang akan mengganggu kehidupan mereka sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).


Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77).


Penciptaan kehidupan di atas muka bumi yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis flora dan fauna memerlukan penjagaan dan pemeliharaan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan lancar dan baik. Aturan kehidupan tersebut yang seimbang adalah menurut sunnatullah yang sentiasa beroperasi untuk memastikan manusia mendapat faedah daripadanya. Sistem yang amat istimewa diciptakan Allah ini dikenali ekosistem yang sangat unik dan sistematik.

Justeru, manusia sebagai khalifah tidak terlepas daripada tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi yang boleh menjejaskan perjalanan sistem ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu." (Surah Ibrahim, ayat 32-33).


Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan. Fenomena seperti tanah runtuh, banjir kilat dan jerebu haruslah dijadikan renungan agar kita dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap kerakusan mengaut keuntungan dunia yang tidak berkesudahan. Maka, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan alam semula jadi agar generasi akan datang akan terus mendapat nikmat yang tidak ternilai ini.


Oleh sebab itu selain daripada meneroka keindahan alam,jika tidak kemana-mana aku sekeluarga lebih suka bercucuk tanam di halaman rumah yang sebesar sekangkang kera dengan pelbagai jenis tanaman sayuran.Sekurang-kurangnya dapat juga kita berbudi pada tanah dan hidupan yg memakannya..

Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Azmi yg sudi menyiram tanaman aku ketika ketiadaan aku sekeluarga dikala aku menjelajah bagi mendapatkan bahan2 utk dimuatkan di jeejountravel ini!


Tomato
Bayam Merah



Kangkong



Kubis Bunga yg masih baru beberapa minggu...




Serai diapit oleh jagung!



Sawi



Kacang Panjang



Jagung Manis



Pegaga.



Pandan



Pokok Buah Naga



Lengkuas



cili



lada @ cabai burung



Peminat setia tanaman aku....



Kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dilakukan oleh kontraktor cilik!!!!





Sumber:Lusuh Adventure










Monday, August 17, 2009

Maklumat Influenza A H1N1

Maklumat Influenza A H1N1 (Selsema Khinzir @ Babi?)
Sebagai panduan kita bersama...Terutama bagi orang yang suka travel,kaki jalan, kaki melancong atau apa saja yang seangkatan dengan.....

Apa itu Influenza A H1N1?
Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan@manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Perlu Tahu

Asal virus ini:
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrakedi Mexico .

Virologi Virus H1N1
Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko:
1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)


Simptom-Simptom
hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya.
hari 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam).
hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
hari 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera.
hari 5 - and above lung collapse @ koma.

Langkah-langkah kawalan
1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akanmengakibatkan resistan (lali) kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober 09 dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di malaysia, mengambil masa 6 jam untuk run test kepada satu batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…


Sumber Rujukan:
Untuk maklumat lanjut pertanyaan/kemusykilan/soaljawab layari lamanweb Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Influenza A H1N1
http://h1n1.moh.gov.my

Monday, May 25, 2009

PENYAKIT MENINGITIS

PENYAKIT MENINGITIS

Apakah Penyakit Meningitis ?

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.Salah satu bakteria
penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai
jangkitan eningococcal eningitis.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh
juga melibatkan pelbagai umur.Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah,kontak
terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi
mendapat jangkitan.


Cara Jangkitan
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari
hidung dan tekak orang yang dijangkiti.


Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis
5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-

- Demam
- Sakit kepala yang teruk
- Loya
- Muntah
- Ketegangan atau sakit pada tengkuk
- Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
- Ruam pada badan
- Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)

Just to sharing......
Jeejoun@yahoo.com