Tanggal 12 Dis 2012 atau lebih famous dgn 121212 tentu banyak agenda dan program yang berlaku
dan dirancangkan.Ini berdasarkan kpd status update di fb dan info2 yg diperolehi contohnya majlis perkahwinan la,mendaki gunung la atau apa saja la ye.Bagi aku sekeluarga kali ini adalah meronda kawasan Kuantan kerana agenda utama sebenarnya adalah nak ke Gambang Water Park.Tetapi setelah difikirkan lebih baik bermalam di Kuantan kerana jarak ke Gambang tidaklah jauh sangat.Kalau driving pun lebih kurang 40 minit je,lagipun suasana di kuantan lebih 'hidup'.
Lokasi hotel berada betul-betul didalam bandar Kuantan dan banyak bank disekitarnya,depan HSBC,tepi Standard Chartered dan OCBC.Masjid pun dekat,bawah hotel ada kedai makan MonRods.
Bagi aku hotel bajet ni dah ok kalau nak dibandingkan dengan harga dan kemudahan yg disediakan.Bilik bersih dan teratur,tv lcd, set minuman termasuk kemudahan wi fi. Hotel yang berbintang pun belum tentu ada wifi ,kalau nak kena turun ke lobby hotel ataupun dikenakan caj tambahan.
Bilik air pun bersih.
Ammar dah tak sabar nak mandi di Gambang,sabar ye...Kita check in dulu.
Umi tengah cari siaran tv,si anak dah tak sabaq....
Hari pertama ni tak banyak xtvt sangat nak dibuat maklumlah hujan seharian, jadi habis terbantut semua planning.Malamnya kami makan di Restoran Ikan Bakar Ismail ,Tanjung Lumpur. Memang sedap dan harganya pun berpatutan tapi tak sempat plok nak ambil gambar restoran ni kerana hujan. Aku dapat tahu tempat ni pun daripada kawan aku, cikgu Azlan dari Sek.Men Sg Isap.
Hari kedua baru kami bergerak ke Gambang Water Park,layan habisss....
Baru nampak muka anak aku senyum..hehe
Kami dah puas papa...Dari pukul 9 pagi hingga 4 petang tau.
No comments:
Post a Comment