Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, October 31, 2009

Bersantai di Pantai Teluk Senangin,Perak.

Bersantai bersama keluarga pada hari cuti adalah kemestian bagi aku sekeluarga jika cuaca dan keadaan mengizinkan.Bukan kata keluarga,jiran setempat pun aku pelawa sekali...
Bertempat di pantai Teluk Senangin Segari, Perak.Aku ngan famili mengadakan aktiviti wajib iaitu BBQ,berbekalkan ayam,sotong,ikan,udang dan jagung memang best giler.Dah habis makan apa lagi,mandi lautttttttt.
Keadaan laut disini aku kira agak safety sikit coz pantainya yg mendatar dan cetek disamping ombak lautnya yg tidak berapa kuat.Cuma yg kurang memuaskan hati aku ialah dari segi kebersihan dimana banyak sampah sarap yg ditinggalkan pengunjung yg aku rasa sedikit sebanyak boleh mencacatkan keindahan pantai tersebut.Selain itu banyak lalat yg berterbangan dan aku dimaklumkan oleh pengunjung lain yg lalat-lalat tersebut datang dari kawasan ladang ternakan ayam.Jadi aku berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu agar destinasi pelancongan ini terkenal dan terpelihara akan keasliannya.
Info..
1) Jalan tar mini..Tetapi sebelum tu jalan besar,melalui persimpangan Damai Laut Swiss Garden Resort.
2) Tandas awam ada..tp berkunci!Ada juga tandas yg dibina oleh peniaga tempatan tetapi bergantung kepada kehadiran peniaga tersebut..Jika mereka berniaga adalah!
3)Kelebihan pantai ini..Anda boleh parking hingga ke tepi pantai juga terdapat banyak pokok redup.Sangat sesuai bersantai.
4)Tempat penginapan..Chalet kecil-kecilan turut disediakan oleh penduduk tempatan,dlm lingkungan RM 40>.
5)Kedai2...Lebih baik bawa sendiri barangan yg anda rasakan perlu atau pun buat persediaan awal !(kedainya ada..tp peniaganya?kadang buka kadang tutup) Kedai terdekat jaraknya 10 km!





Wednesday, October 28, 2009

Awana Kijal ,Terengganu.

Kali nie aku ingin membawa anda ke salah satu lokasi menarik di negeri Terengganu iaitu kawasan peranginan Awana Kijal Resort.
Resort yang berstatus 5 bintang ini terletak di kawasan Kijal dan berdekatan dengan bandar Kertih iaitu kawasan yang terkenal dengan industri minyak dan gas negara.Selain mempunyai tarikan utama seperti pantai yg memutih,resort ini juga mempunyai pelbagai jenis prasarana yg lengkap yg aku kira memang berbaloi bagi yg mengunjunginya.Disebabkan hotel ini bertaraf lima bintang maka penyediaan ongkosnya kenalah lebih sikit!
Bagi yg berkeluarga besar yg ingin mengunjungi kawasan pelancongan tersebut,apartment
3 bilik turut disediakan cuma anda perlu check-in di kawasan apartment Angsana bukannya di kaunter hotel.








Anak2 aku begitu girang bersama Wan mereka....


Bersiar dimalam hari..

Mini market yg terdapat di kawasan tersebut.






Sunday, October 25, 2009

"Tressure Hunt" bersama keluarga ke C.Highlands

Sesekali mengadakan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan terasa seronok juga rasanya.
Mana taknya, sebelum ini mungkin cik adik dan cik abang yang kita kenali agak pemalu dan pendiam rupa-rupanya mempunyai kemahiran tertentu dan semangat yg lain macam apabila di beri tugasan...
Itulah kelebihannya apabila aktiviti yg berbentuk kekeluargaan dapat diadakan selain dapat mengeratkan lagi hubungan diantara keluarga dan rakan2.
Aktiviti mencari harta karun ini bermula dari Bandar Sitiawan Perak dan berakhir di pusat peranginan tanah tinggi Berinchang Cameron Highlands.Disepanjang perjalanan menuju ke pusat peranginan tersebut banyak soalan dan klu selain permainan yang perlu dilakukan oleh peserta bagi melengkapkan acara tersebut.Antara bandar2 dan pekan kecil yg terpaksa dijelajahi bagi mencari soalan2 tersembunyi tersebut adalah pekan Ayer Tawar,Seri Iskandar,Batu Gajah dan pekan Berinchang.
Pelbagai gelagat dan ragam peserta yg dapat disaksikan disepanjang acara tersebut.Hilai-tawa,lucu dan letih adalah sinonim kerana banyak soalan yg diberi melibatkan kawasan tumpuan orang ramai ,nak tak nak terpaksalah buat muka tak malu utk mencari jawapan...
Semua soalan ini berakhir di Hotel Cool Point Tanah Rata iaitu lokasi penginapan kami pada malam tersebut.Walaupun letih tetapi kesimpulannya aku sekeluarga puasssss!!!.

Diantara hasil yang diperolehi oleh keluarga bahagia ini apabila berhempas-pulas berusaha..
Malamnya ada lagi hadiah...

Acara kanak-kanak






Diantara permainan yang perlu diselesaikan oleh peserta sebelum meneruskan lagi perjalanan..






Malam kemuncak..Makannnn!


Ucapan oleh my bosss....



Tengah berlegar-legar mencari jawapan..




Murad Jin Beruas sekeluarga...


Team Manjoi...


Team Anak Antu Lekir..


Bacaan doa didahulukan sebelum acara bermula..



Tiup sufiiiiiiii...........


Khusyuk mendengar taklimat daripada marsyal...












Thursday, October 22, 2009

Gunung Basor, Kelantan.




Penerokaan ke puncak gunung Basor bagi membuka kembali laluan yg telah lama tidak dikunjungi merupakan misi aku dan geng KHK(Kasih Hutan Kita) pada kali ini.Gunung ini terletak di Jeli Kelantan dan berketinggian 6038 kaki dari paras laut .Selain itu ianya juga merupakan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan harimau,jadi cabaran dan halangan pasti menanti peserta di sepanjang misi menawan gunung tersebut.
Bermula pada 17 Okt dan berakhir pada 19 Okt,pelbagai gelagat dan ragam peserta dapat disaksikan maklumlah kebanyakkan peserta kali ini tergolong dari kategori expert dan otai2 dlm bab penerokaan hutan dan gunung ini.

Dikelolakan oleh Cik Naza KHK (orang kampung aku..)dan dipandu arah oleh abg Mali yg berpengalaman luas tentang selok-belok hutan telah memberikan aku pengalaman dan kelainan daripada xpdc2 yg terdahulu.

Hari pertama kami bermula dari masjid Lubok Bongor Jeli dengan menaiki lori sawit untuk ke Hutan Simpan Basor.Perjalan tersebut mengambil masa 1 jam sebelum tiba ke Renyok 2 Intake(sebahagian daripada empangan Pergau).Perjalanan mendaki,meredah sungai dan menebas semak bermula dari sini sehingga ke base camp 1 .Sebenarnya kem ni tak wujud tapi disebabkan oleh lokasinya yg bertanah rata dan berhampiran dengan punca air (last water)maka operasi membuka kawasan pun diteruskan lagi,kemudian makan dan zzzzzz….


Hari kedua operasi menebas diteruskan lagi cuma kali ni agak teruk dan mencabar cikit memandangkan terpaksa melalui kawasan pokok buluh dan rotan,pacat dan duri toksah cakapla memang banyak.. Kekuatan fizikal dan mental peserta amat teruji pada waktu ini memandangkan target pada hari ini adalah untuk sampai ke puncak!Bayangkan berjalan tanpa laluan didalam hutan yg berpokok duri dan berbukit..Perghhh!
Yang pasti misi tersebut berjaya dengan jayanya…Alhamdulillah.! Ini kerana selain berjaya menawan puncak Gunung Basor kami juga berjaya mencari batu tanda gunung tersebut yg selama ini tertanam dibawah pepohon bonsai.Berkat kepakaran abg Mali and the gang akhirnya jumpa jua…..



"Renyok Intake 2"salah satu punca air empangan Pergau.


Diantara cabaran yg terpaksa ditempuhi....



Batu penanda di puncak gunung yg berjaya dicari oleh kami..


Pemandangan dari puncak gunung Basor..


Victory!!!


Walau dimana kita berada kewajipan tetap dilaksanakan.


Berehat sebentar.


chef naza dari kodiang,kedah.

menyusuri anak sungai...

mendaki untuk kepuasan diri......

untuk lihat lebih gambar lagi ,klick bawah
Sebarang maklumbalas dan cadangan ,sila emailkan ke











Friday, October 16, 2009

Perlis Darul Sunnah

Ladang Tebu Chuping


Apabila melancong ke sesuatu tempat yg jarang kita lawati pasti akan ada persoalan yg bermain dibenak fikiran kita terutama bagi orang yang amat teliti atau lebih senang dipanggil cerewet! Ya lah..Bila dah melancong ke sesuatu tempat yg baru, pasti kita akan tercari sesuatu yg istimewa atau special dikawasan tersebut. Contohnya dari segi makanan yg famous kat situ,bahan kenangan yg boleh dibawa pulang,tempat yg unik atau pun menarik untuk dipotretkan sebagai kenangan dan lain-lain lagi.


Disebabkan itulah laman blog Jeejountravel ini diwujudkan supaya ianya boleh dijadikan panduan memandangkan aku ngan famili memang minat berjalan-jalan @ melancong walaupun cuma dalam negara saja.Maklumlah bajet tak banyak…

Diharap dengan adanya laman blog ini sedikit sebanyak akan memberi anda informasi dan gambaran sebelum anda menuju ke lokasi atau tempat tersebut,jauh sekali difikiran ini mengatakan yg aku nak menunjuk-nunjuk.Ini kerana aku pun seperti anda semua ….


Kali ni aku nak cerita pasal kawasan utara pulak,maklumlah kawasan aku dibesarkan.
Negeri Perlis adalah antara negeri yg terkecil dan terletak nun di hujung semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Negara Thailand manakala di sebelah selatan Perlis pula berjiran dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 810km persegi dengan jumlah penduduk 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 10 km dari bandar Kangar. Adalah tidak keterlaluan jika aku mengatakan dengan anda mengunjunginya selama 2 hari 1 malam, segala destinasi menarik disekitar negeri tersebut telah pun anda kunjungi…


Pasar Hari Ahad,Wang Kelian.



Bersempena dengan cuti raya Aidilfitri baru2 nie ,aku mengambil peluang tersebut dengan mengunjungi destinasi2 yg aku rasakan wajib dikunjungi ketika anda berada negeri tersebut. Bermula dengan hidangan makan tengahari di ‘Warung Pokok Sawa’ yg menyajikan hidangan masakan kampung seperti ulam-ulaman,ikan-ikan darat dibakar dan digoreng(ikan keli,puyu,temenung..hehe)Dan pelbagai lagi hidangan yg pasti membuatkan selera anda terbuka,harganya pun agak berpatutan.Warung ini terletak berdekatan dengan pekan Mata Ayer dengan dikelilingi pokok sawa yg menyejukkan mata memandang.Di kawasan utara pokok ciku dikenali sebagai pokok sawa.





Perjalanan diteruskan lagi ke Wang Kelian,sebuah pekan kecil di pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand.Pekan ini akan menjadi sibuk dan meriah pada setiap hari ahad kerana terdapatnya pekan sehari di kedua-dua negara dan pintu sempadan akan dibuka tanpa perlu kita mengemukakan pasport untuk mengunjungi ke Thailand dan begitu juga rakyat dari sana.Pelbagai jenis barangan boleh kita perolehi disana antaranya barangan2 dapur,kain baju,buah-buahan dll.Bagi aku yg bestnya pulut ayam yg digoreng panas2,selain itu jika anda ingin membeli barangan disitu anda digalakkan supaya menawar..Jika kena dengan harganya,okla..Kalau tawar tak beli pun tak apa,bukan macam Petaling Street!
Tapi ingat ya,hari ahad saja tau!Jika anda anda datang pada hari sebaliknya,anda disarankan mengunjungi pekan Pekan Padang Besar.Terdapat kompleks membeli-belah kat sana yg banyak menjual barangan terutama pakaian..Kalau yg minat baju jersi/sukan inilah tempatnya.Yg penting harganya mesti ditawar.



Sebelah malamnya pula,anda boleh menjamu selera dengan ikan bakar Kuala Perlis.Kedengaran ombak menghempas pantai dan tiupan angin dari laut Selat Melaka sudah cukup untuk menggambarkan yang destinasi makan malam ini amat menarik sekali.Terletak dihadapan Hotel Berasmana Kuala Perlis,kelihatan deretan medan ikan bakar yg boleh anda pilih.Dalam bab harga aku tak jamin,ada yg cakap mahal ada yg cakap murah…Kalau nak try tak ada masalahkan?Selain itu,terdapat satu lagi kawasan medan selera ikan bakar yg sering aku kunjungi iaitu berdekatan dengan stesen minyak Shell Kuala Perlis,aku dimaklumkan kat sini murah sikit cuma bezanya tak ada pemandangan laut.
Terdapat lagi destinasi –destinasi menarik yg boleh anda kunjungi ketika berada di Perlis antaranya:-
Gua Kelam,Tasik Melati,Sungai Batu Pahat,Taman Ular Batu Pahat,Lata Bukit Air,Bukit Jernih,Ladang Tebu Chuping,Gua Wang Burma,Bukit Lagi,Kawasan Rekreasi Pokok Assam dan sekitar bandar Kangar.



Pelbagai jenis hidangan laut segar yg sedia menanti pengunjung..


Sebarang maklumbalas sila email ke...