Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Tuesday, June 30, 2009

Berkelah Di Rimba Jin Bara,Ulu Kelang

Namanya terkenal sebagai kumpulan rock yang menyampaikan pelbagai lagu rock yang shahdu dan meletup di pasaran!!
Itulah kumpulan Jin Bara, sebuah kumpulan anak muda yang berwawasan tinggi iaitu selain menyanyi kumpulan ini juga mengusahakan sebuah chalet di kawasan Ulu Kelang.
Untuk kesana agak mudah dengan melalui jalan bersebelahan Zoo Negara dan melalui satu perkampungan yang aku sendiri tak tahu apa nama kampong tersebut…Tanpa sebarang persimpangan anda akan nampak papan tanda RIMBA JIN BARA,jarak perjalanannya dari persimpangan zoo ke tempat tersebut dianggarkan 3 km kalau tak silap aku.…Senangkan? Takkan Zoo Negara pun tak tau!
Berbekalkan sedikit makanan yang dibawa bersama sudah cukup mengenyangkan dengan ditemani deruan air sungai yang mengalir jenih serta rimbunan pepohon yang menghijau.Aku tengok chalet yang dibina banyak menggunakan bahan2 dari hasil hutan dan pembinaannya boleh dikatakan tidak banyak menggangu struktur hutan dikawasan tersebut.
Kesimpulannya hutan tersebut masih kekal asli.
Mungkin sukar dipercayai kerana masih ada lagi tempat yang sedemikian rupa di pinggir kawasan kota yang sering dahagakan pembangunan .Harapan aku semoga kawasan ini dapat dikekalkan demi generasi anak cucu kita.. Moga2 mereka dapat merasai sebagaimana kita merasainya...
Terdapat banyak pondok yang diperbuat daripada batang pokok buluh telah didirikan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung...


Dalam hutan nie,makan apa pun habis...

No comments:

Post a Comment