Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label CHALET. Show all posts
Showing posts with label CHALET. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Agro Semuji Resort


Kali ni aku ingin berkongsi tentang sebuah resort ala-ala dusun gitu yang terdapat di kawasan Gambang Pahang.Kalau inginkan suasana dan persekitaran penginapan dalam dusun buah-buahan,inilah tempatnya "Agro Semuji Resort". Macam-macam buah ada, yang paling banyak aku tengok adalah pokok durian.Perghh.. kalau check-in musim buah memang tak larat la korang nak makan buah-buah tu..Belakang chalet,tepi chalet semua pokok buah.Kebiasaannya pihak hotel selalu beri minuman utk welcome drink tapi disini diorang kasi kita makan buahhhhh...hehe

Jika diperhatikan pada keadaan resort ni aku rasa tempat ni dah lama beroperasi berdasarkan kepada kemudahan yg ada agak lama.Tetapi kira ok la jika tahap kebersihan bilik dan persekitaran masih kekal bersih.Tak la geli sangat nak tidur kan!Harga bilik ada kat sini.

Berdasarkan kepada kemudahan yang ada untuk mengadakan team building,family day,tressure hunt dll. memang tak ada masalah,Cuma kalau nak check-in sorang2 je yg masalah coz kalau malam kawasan ni agak sunyi .
Contoh chalet yg terdapat disini.


Ni dalam bilik aku..


Ni diluar bilik aku..


Baca ni dulu sebelum masuk bilik ye...


Trade mark jeejoun..sebelum beraksi.


Tengok tepi chalet aku pun ada pokok durian.


Jambatan gantung,jalan short cut dari chalet aku ke surau dan cafe.


Cafe
Surau


Suasana cafe..Makanan panas pun ada

Bangunan untuk bilik dorm.

Antara aktiviti yang kami buat,main rakit.


My team


Sunday, August 5, 2012

KOBAIK CHALET,JANDA BAIK


Terletak di kampung Janda Baik Pahang. Jika anda baru pertama kaki kesini,pastikan anda mencari signboard D'Ark Resort kerana resort ini bersebelahan dengan Chalet Kobaik.Ataupun kalau dah tak jumpa juga signboard tu,cari masjid Janda Baik atau Sekolah Rendah Keb. Janda Baik kerana anda telah pun hampir dengan chalet tersebut. Bersebelahan dengan sungai utama kampung tersebut dan kos sewa yang agak berpatutan menjadikan ianya pilihan aku sekeluarga dan kawan-kawan. RM120.00 bagi chalet berhawa dingin dan RM50.00 bagi chalet kayu berkipas.Mempunyai sebuah dewan yang boleh disewa dengan kadar RM100 sehari dan sesuai digunakan untuk tujuan keramaian dan lain-lain lagi.



 Syok lepak cni...tgk sungai,dengar bunyi air ...layan bluess..

 Chalet RM120


Dewan..kt cni juga tempat nak register masuk bilik

Calling-calling...


Chalet kayu RM50 je...Ada kipas dan bilik air didalam.Khemah yg nampak tu khemah geng2 aku yang jenis tak suka dok chalet..konon2 tak trill,lantokkk!!


Gambar diambil dari dalam sungai,kan nampak chalet tu....




Sambil mandi kita layan makan dengan anak2.

 
Sufi..lepas mandi ..makan..lps makan mandi balik..pastu makan balik..


Acara bakar membakarrr...

Bakar ayam bang!!


Ayah mithali..Jgn tercekik sudah!