Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, December 15, 2008

Gunung Berinchang,Cameron Highlands











related...

BBQ Sambutan Hari Merdeka 2008


Acara makan2 sampai ada isi ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan baru2 ini.Semua kakitangan tempat kerja aku menyibukkan diri dgn keluarga masing termasuk aku supaya majlis tersebut lebih kecoh dan ceria.Tidak seperti kebiasaan,acara ini sengaja diadakan dgn sedemikian rupa agar generasi muda dan tua boleh berkumpul untuk' membakar dan mengasapkan' kawasan pejabat demi mengenyangkan perut masing2.
Demi mengingati keringat pejuang2 kemerdekaan yang telah berjuang
untuk memerdekakan tanah air kita maka kami semua pun mengambil inisiatif juga untuk membakar ayam,ikan dan daging sepertimana pejuang kita membakar keringat dengan senjata........




Sunday, December 14, 2008

Birthday Sufi Waliuddin


Ha..Nie anak aku yang sulung
Namanya Sufi Waliuddin
Baru-baru nie aku ada buat ckit party utk dia tapi bukan party sosial macam kau orang fikirkan.
Sekadar jamuan ringan2 je....Tahun nie genaplah 4 tahun beliau berada dimuka bumi ini so ?
Tahun depan mulalah aku aku nak kena save money ckit utk dia punya sekolah(pra).Tapi itu semua untuk masa depannya.......



Nie kek ais coklat,sedapkan?


Ha..ha,ini angkara adiknya Ammar anak aku yang no2.....!!
Belum sempat Sufi potong kek tersebut adiknya terlebih dulu yang "memotongnya"
Apalagi kecoh dibuatnya hari tu..............


Kangar

Gambar ini diambil dari Putra Palace Hotel waktu aku ada urusan kerja disitu.
Kelihatan sebahagian daripada bandar Kangar ibu negeri Perlis Darul Sunnah.Bagi yang belum lagi mengunjungi Perlis ,anda tidak perlu risau untuk untuk melawat lokasi yang menarik di sekitar negeri Perlis kerana lokasinya yang kecil memudahkan anda untuk meronda satu negeri tanpa mengambil masa yang lama.
Diantara lokasi yang menarik untuk berekrasi atau beriadah adalah seperti Sg Batu Pahat,Lata Kekabu Bukit Air,Gua Kelam,Gua Wang Burma,Tasik Melati,Tasik Meranti dan Kuala Perlis

Bagi yang gemar membeli- belah bolehlah mengunjungi pekan sehari Wang Kelian dimana pekan sempadan itu akan dibuka kepada pengunjung kedua-dua negara (Malaysia Thailand)untuk membeli hasil kedua2 negara sepanjang 1km tanpa menggunakan pasport atau pass sempadan ( ahad sahaja).Selain itu,Pekan Padang Besar juga menjanjikan kepuasan yang tersendiri bagi penggemar sukan membeli-belah.Kalau tak caya cuba datang sendiri....


Hotel Emerald Puteri Sg Petani,Kedah

Lokasinya terletak di Bandar Sungai Petani,Kedah.
Berhampiran dengan Plaza Tol SG Petani Selatan dan Hotel Park Avenue.
Nun jauh kelihatan Gunung Jerai iaitu gunung yg tertinggi di Kedah Darulaman.


Pemandangan dari dalam bilik hotel



Posing mahal dari Sufi di tepi kolam hotel



Amar dengan tabnya

Bukit Ungku Busu Lumut,Perak


Sebelum memulakan pendakian aku ngan geng termasuk my wife pekena sarapan dulu kat Pekan Lumut.Apalagi orang melayu asli mestilah nasi ngan lauk++,kalau ikut aku nak makan ringan2 tapi dah bawa geng 'orang lama' terpaksalah aku ikut rentak lepa.......kalau tak aku sorang sajalah yg panjat bukit.Dah macam2 racun aku pakai utk pujuk geng2 tempat kerja aku untuk join aku panjat bukit nie,akhirnya berjaya juga .........
For your info,kali ni aku buat xtvt pendakian Bukit Ungku Busu Lumut Perak.Masa perjalanan untuk ke puncak 1-2 jam perjalanan bergantung kepada stamina masing2 dan jangan terkejut pulak kalau ada yang buat 1/2 jam.........Nama pun bukit so jangan pertikaikan pulak kenapa sekejap ja nak ke puncak!




Ini gambaran dari puncak bukit....
Dari sini,kita akan dapat lihat pemandangan Bandar Seri Manjung dan kawasan sekitarnya..
Bagi sesiapa yang baru hendak mendaki bukit ini dinasihatkan supaya membawa bekalan air sendiri memandangkan tiada sumber air di sepanjang laluan ke puncak.




Semut Giant



Pemandangan Pengkalan Tentera Laut Malaysia,Lumut dari puncak bukit...


Sedikit catatan sejarah tentang Bukit Ungku Busu yang boleh dikongsi oleh pengunjung


Diantara laluan yang terpaksa ditempuh oleh para pendaki






Info untuk ke sini:

Anda boleh kesana menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan tar mini dihadapan Balai Polis Lumut yang berhampiran Hotel Orient Star Lumut.Dan dipenghujung jalan tersebut terdapat tanah lapang yang merupakan tempat meletak kenderaan utk para pendaki ataupun starting point to climb.......So ,selamat mendaki

Jeejoun
10/1/2009

Angkara 'penyangak'!!

Kejadian ini berlaku pada tahun lepas (tak ingat tarikh...)Dimana cermin kereta aku dipecahkan oleh penyangak demi untuk mendapatkan sesuatu didalam kereta aku.Kejadian ini berlaku di tempat letak kereta belakang MYDIN Kajang,lebih kurang pukul 10 mlm .......
KOS kerugian dianggarkan RM5++ .00 pada mlm tu .
Apa yang ingin aku kongsikan disini bukan pasal kereta aku tetapi utk membuatkan rakan2 semua lebih peka dimasa akan datang,mungkin kejadian ini akan berulang kepada sesiapa sahaja..
Pada malam tersebut aku ngan family nak shopping ckit barang2 kat MYDIN Kajang coz dah datang ke Kajang lepas makan Sate Hj Samsuri,nak dijadikan cerita aku parkingla kereta aku belakang MYDIN dah depan nya dah penuh.Mungkin aku tak was2 dgn tempat yg aku parking tu coz tempatnya terang lagipun kereta aku bawah tiang lampu dan banyak lagi kenderaan lain yang parking kat ctu.
Lepasja round MYDIN aku gi simpan barang2 dlm bonet kereta,aku tengok okja kereta aku...
Aku ngan family gi pulak minum kat STARBUCK depan MYDIN coz dah kering tekak aku melayan anak2 dlm emporium tadi..
Selepas dimasukkan sedikit cecair dan pepejal kedalam kerengkong sehingga membasahi tekak dan berpuas hati dengan jawapan tubuh badan.Aku ngan family pun nak balikla ke kereta..
Alamak!!
Terkejut!!
Geram!!
Marah!!
Habisla aku.......!!
Cermin kereta aku dah dipecahkan orang...
Semuanya ada dalam fikiran aku waktu tu...Aku check semua sudut kereta aku,nasib baik bonet kereta tak buka(banyak barang yg shopping tadi..)Aku tanya wife aku,apa barang dia yg hilang..
Dia cakap ada #^%$&$^&$^&%$ hilang............

So,kesimpulan daripada cerita ini...
1) Jangan sesekali menampakkan barangan berharga seperti beg duit,beg pakaian,beg laptop walaupun isinya tiada .Walaupun itu hanyalah beg pakaian budak@lampin budak.
2)Pilihlah tempat parking yang selamat,cerah dan tidak tersembunyi.Jgn kedekut utk membayar jika tempat tersebut selamat.
3)Pastikan tiada barangan berharga disimpan didalam kereta(geran kereta,ic,buku bank..)
4)Pastikan stering kereta anda dikunci @ tambahkan lagi security kenderaan tersebut..walaupun penjenayah mempunyai pelbagai ilmu utk mencuri sekurang-kurangnya ianya boleh melambatkan pergerakkan penjenayah tersebut!



Habis pecah!!



Pusat Santuari GajahTasik Kenyir,Terengganu

Sedap namanya"SURIA" macam nama kawan aku.....


Ha ..Di sini ada lagi satu tempat menarik waktu aku p 'Ghanuu'baru-baru nie..
Tempat yang aku maksudkan ini ialah Pusat Santuari Gajah Tasik Kenyir..
Lokasinya adalah bersebelahan dengan Lebuhraya Gua Musang-Kuala Berang
(Hulu Terengganu) dan berdekatan dengan Tasik Kenyir.

Tempat ini baru saja dibuka dan dijangka akan banyak lagi gajah yang akan ditempatkan disitu pada masa akan datang..Saya dimaklumkan yang di Malaysia ini cuma terdapat 2 tempat sahaja pusat santuari gajah iaitu di tempat ini dan yang terbesar ialah di Pahang(Kuala Gandah)


Tanda hormat kepada tetamu




Sufi dan Suria(tengah makan tebu)

Strawberry Ice Cream,C.Highlands


Keberangkatan aku ngan famili ke Cameron Highlands baru2 tidakku lepaskan peluang untuk merasai keenakkan ais krim strawberi segar dari ladang.
Kepelbagaian menu berasaskan buah strawberi menambahkan lagi nafsu makan aku...
Aku memilih untuk merasa ais krim strawberi,memang sedap rasanya dengan suasana persekitaran yang dingin serta angin sepoi2 bahasa.............



Lokasi pilihan aku kali ini ialah Green View Garden,berdekatan dengan simpang Gua Musang-Simpang Pulai- Berinchang.Selain tempat makan terdapat juga jualan sayur segar dan cenderamata dijual disitu.Sebelum aku terlupa jangan kekok untuk mencuba biskut keladi "Yam Cookies"rasanya yang enak dan rangup pasti memberi kesan kepada deria rasa anda.......