Kali nie aku nak berkongsi pengalaman bagi sesiapa yang inginkan percutian ke Cameron Highlands tetapi senantiasa berkira-kira tentang kos penginapan.Bagi aku, kau orang masih boleh kesana tetapi sebaik-baiknya cuba elakkan daripada menunjunginya ketika cuti umum kerana anda akan merasa akan kesengsaraanya ketika berada disana kerana aku sudah merasainya!!
Waktu tu cuti Hari Keputeraan Agong dan percutian aku ketika itu boleh dikelaskan sebagai percutian yang tidak dirancang,biasala kebanyakkan percutian dan aktiviti aku banyak yang tak rancang....
Dengan semua bilik hotel penuh,dari semurah2 ke berbintang2 ratingnya..
Sesaknya toksah dok cakapla terutama kawasan pasar malam Pekan Berinchang,jika kebiasaanya jarak perjalanan dari Ladang tea Bharat area pekan Tringkap ke pekan Berinchang mengambil masa 15 minit tetapi jangan terkejut jika kali itu aku mengambil masa 4 jam,siap berhenti di kedai tepi jalan tumpang pakai toilet coz anak aku dah tak tahan sangat dah dan ketika tu aku rasa berjalan lagi cepat daripada memandu kereta!
Itu belum tempat mana nak makan lagi dengan orang ramai di semua kedai makan...Lu pikir la sendiri! Jadi saranan aku kepada yang ingin bercuti kesana rancanglah percutian anda dengan sebaik-baiknya..
Opss..Panjang pulak ceritanya,ok lokasi penginapan ni agak mudah untuk dicari kerana ianya terletak di kawasan Masjid Berinchang Cameron Highlands berhadapan stesen minyak Petronas dan Balai Bomba..Jika nak ke pasar malam pun dekat, makan pun mudah dan yang paling dekat lagi mestilah masjidnya so tak reti-reti lagika nak buat apa?
Bilik yang aku duduk tu cukup murah RM50.00 satu bilik dan boleh muat sehingga 10 orang dalam satu2 masa cuma bilik airnya saja kat luar dan tiada tilam empuk cuma diberi tilam toto dan tiada tv(dah nak murah jangan la demand macam2!!)
Aku di maklumkan oleh orang situ yang harga bilik disitu tidak serupa dan ada yang biliknya ada bilik air didalam dan ada yang biliknya dikira kepala(contoh 2 orang RM 20.00 bergantung kepada jenis bilik)Dan duit2 sewa tersebut akan dimasukkan ke tabung masjid..OK jugakkan!
Boleh juga tambah pendapatan tabung masjid selain daripada derma orang ramai...Pada gambar atas sudah tertera nombor telefon yang patut dihubungi sekiranya kau orang berminat untuk stay kat situ,yea la selain bercuti dapat juga kita menderma (dua dlm satu..)
Sedikit gambaran didalam bilik penginapan..Tiada tv dan tiada katil tetapi cukup selesa untuk anak2 aku bermain guling-guling..
Cabaran Gunung Irau,Cameron Highlands
Jom Pekena Steamboat Cameron Highlands
Strawberry Ice Cream,C.Highlands
Reunion Polytech Kuching 98 at Cameron Highlands
No comments:
Post a Comment