Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, October 5, 2009

Melawat Anak Sahabat di HSZII,Kota Bharu.




Hakim menangis...Kelihatan lengan kanannya patah.


Semalam aku n famili melawat anak sahabat aku Sani yakni sahabat sepermainan anak aku juga di Taman Selehong Tumpat yang kini telah dimasukkan di wad Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu.
Apa yg aku nak cerita bukannya tentang lawatan aku ke hospital tersebut tetapi tentang 2 perkara yg mungkin boleh kita kongsikan bersama terutama bagi ibubapa yg mempunyai anak2 kecil dan kedua perlunya kita berwaspada terutama di tempat awam.
Ahmad Amirul Hakim berumur 4 tahun merupakan rakan sepermainan anak aku si Sufi dan si Ammar,maklumlah sebelah rumah.Kebiasaannya pada petang hari seperti ibubapa lain akan melepaskan anak2 mereka bermain2 di hadapan rumah maklumlah dah seharian "berkurung' didlm rumah..Tak kisahlah main apa pun janji dibawah pengawasan ibubapa mereka lainlah macam zaman aku dulu..Budak kampung! Selagi tak lapar dan tak malam jawabnya tak balik rumah lagila....!
Bagi budak2 ni berbasikal adalah acara utama mereka.Nak dijadikan cerita dan malang tidak berbau dalam si ibu bapa tgh dok jaga waktu dok main tu pun masih boleh terjatuh basikal.
Apa lagi nangis la si budak Hakim tu,belek2 nampak la lengan kanannya terseliuh..
So,bawalah ibubapa Hakim ke Hospital Tumpat dgn ditemani Lah yg juga warga Taman Selehong.Apabila sampai di wad kecemasan Hospital Tumpat si Sani dan isterinya bergegaslah membawa masuk Hakim dan si Lah ni pun mulalah mencari kawasan meletak kereta ..
Dipendekkan cerita apabila ujian x-ray dilakukan pada tangan Hakim didapati lengan kanan Hakim patah!!!Nampak macam simple saja ..Bukannya main ganas sangat cuma terjatuh basikal!
Kejadian kedua pula apabila Lah datang semula ke keretanya didapati cermin belakang sisi telah pun dipecah PENYANGAK!!!!!! Inilah bab yg paling aku benci coz aku dah kena dulu!
Dan yg mendukacitakan ialah bag si Sani iaitu bapa si Hakim yg patah lengan tu telah hilang!
Sudahlah anaknya patah lengan,Setan bertopengkan manusia pula memecahkan kenderaan dan mencuri bag yg tidak perlulah aku nyatakan jumlah kehilangan tersebut tetapi bagi aku memang banyak..
So kesimpulan daripada cerita ini aku rasa eloklah kita sebagai ibubapa senantiasa mengingatkan anak2 kita ketika bermain dan yg kedua tu sama2lah kita fikirkan selain drp berdoa dan berserah kpd Allah s.w.t.

2 comments:

  1. Sabar Bro.....
    Kalu kita dapat penyangak tu, kita potong "ANU" dia!!! (Mr Iceberg)

    ReplyDelete
  2. moga anak sani cepat sembuh....amin....(pt600)

    ReplyDelete