Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, December 23, 2012

PNB Darby Park Executive Suite

3 hari 2 malam kali ni mana mau lepak? Ingat nak pusing KL pulak la..Gunung,hutan,dusun,pulau kita dah terjah so kali ni aku nak famili aku jalan-jalan kat kota metropolitan pulak.Kita alih angin sikit ke hotel yang berbintang sikit kali ni.Aku nak cari hotel yang betul-betul kat tengah kota dan senang aku nak berjalan kaki kesana sini nanti.

Check internet tengok..

 

PNB Darby Park Executive Suite  adalah lokasi yang terbaik aku rasa kali ni.Dekat dengan stesen LRT dan tak jauh dengan KLCC serta berada di dalam lingkaran emas ibukota. Maklumlah kalau lepak KL ni aku lebih suka berjalan kaki kesana sini sambil menaiki pengangkutan awam sahaja.Malas nak layan kesesakkan jalanraya dan mencari parking kereta....

 
Kemudahan yang ada dihotel ni pun banyak spt gym,kedai runcit, kolam renang,dobi layan diri, bilik karaoke dll. Cuma 1 saja yg tak syok,nak wifi kena turun ke lobby.


Makan pagi pun banyak pilihan.



Sambil nengok anak2 mandi kolam sempat lagi Umi dok update fb ye...

Kolam renang berlatarkan bangunan Tabung Haji.

Wasappp...

Lepas mandi kita makan..Malas nak turun order je la !

 

Sufi dan Ammar tgh bersantai di balkoni bilik,tgk kepesatan ibukota.

Dari bilik aku,bangunan ni jelas terpacak.

Rehat dulu...


2 comments: