Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 1430H

"ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD".

Inilah suara laungan takbir yang bergema di seluruh pelusuk alam sebaik saja terbenamnya matahari 30 Ramadhan. Ia bukti kesyukuran kita kepada Yang Maha Berkuasa. kesempatan yang Dia berikan sehingga kita dapat menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu, seterusnya bergembira di hari raya yang merupakan hari kemenangan umat Islam menentang Thagut.

Menzahirkan kesyukuran bukan terbatas kepada ucapan lisan semata-mata, tetapi ia perlu ditampilkan melalui amal perbuatan kita selaras dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T.walau di mana sahaja kita berada.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.” H. R. Tarmizi.Dengan pemergian Ramadhan yang digantikan dengan kehadiran Syawal ini, kita mengharapkan agar Allah S.W.T. menghapuskan segala dosa kita yang telah lalu, sama ada dosa yang melibatkan kita dengan Allah atau dosa yang melibatkan kita dengan sesama manusia, selari dengan tujuan tarbiah Ramadhan yang berperanan membersihkan hati dan jiwa kita daripada dosa dan maksiat.




















Selain itu, di bulan yang mulia ini, sewajarnya kita mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dengan amalan kunjung-mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Segala salah silap dan sengketa yang lalu eloklah dilupakan. Ambillah kesempatan yang masih berbaki ini demi menjalinkan sebuah persaudaraan. Anggaplah Aidilfitri yang hadir umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.



Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya serta memohon kemaafan kepada semua umat Islam khususnya kepada pelayar-pelayar laman jeejountravel ini serta semua sahabat yang mengenali diri ini .

Sekian,terima kasih.










Thursday, September 10, 2009

Chef Noodle House

Bagi anda yang berkunjung ke Bandar Manjung Perak yang masih lagi tercari-cari tempat untuk mengisi perut bersama keluarga terutama masakan barat dan makanan yg berasaskan mee/bihun.Aku syorkan Chef Noodle House yg terletak di jln Kampong Cina berhampiran persimpangan lampu isyarat Kamdar-Jln Teluk Rubiah-Lekir.Kedainya berada diantara deretan kedai-kedai makan bersebelahan dgn Restoran Ramli Tom Yam.
Masakannya memang kena dengan selera aku dan keluarga terutama masakan baratnya tetapi jika ianya tidak menepati selera anda..Maafla yea!
Di bulan Ramadhan ini,tempat ini juga menyediakan masakan ala buffet dan kebiasaannya tempat memang penuh.Ini kerana harganya yg berpatutan dan jika tak silapa aku harga bagi seorang dewasa cuma
Selain daripada restoran ini anda juga boleh ke tempat yg lain di daerah Manjung juga..
Pagi
nasi kari ikan-kuala permatang/kg dato seri kamaruddin
restoran bawah pokok-belakang hotel kristal
kedai2 mamak
Tgh
rojak manjung-arked mara sitiawan
restoran 3r-pantai remis/pgkln baru
restoran silaturahim-teluk muruh
medan selera astaka-padang bola sitiawan
restoran bawah pokok-belakang hotel kristal sitiawan
Mlm
restoran mailto:d
restoran fauzira tom yam sitiawan
restoran 3r-pantai remis/pgkln baru
deretan kedai Lumut waterfront
hasnah tom yam-venice@fasa 1c
hotel lead view-makanan barat
restoran tom yam berhampiran dgn persimpangan siput(lumut-tlk batik-manjung)
sebarang maklumbalas sila emailkan ke


Saturday, September 5, 2009

Santapan Ramadan Di New Horizon Garden


Di bulan Ramadan ini ramai yang sudah berkira-kira untuk menikmati hidangan diluar bersama keluarga dan kawan-kawan.

Manakan tidak??
Ini kerana kebanyakkan hotel,restoran,kafe dan bistro banyak menyediakan pelbagai jenis hidangan lauk-pauk dan pemanis mulut yang enak- enak.
Sajian ini biasanya dipelbagaikan bagi menarik perhatian pengunjung sehingga tidak terjamah akibat kekenyangan....

Dan kali ini, aku dan famili ingin membawa pembaca ke sebuah restoran di Kota Bharu
yang boleh dikatakan agak elit bagi golongan yang seperti aku...Kalau macam kawan aku yang buka kedai emas tu lain laaaa..Tiap2 hari pun boleh!
Aku mengenali akan kewujudan restoran ini daripada bantuan sahabat aku dari Kelantan yang memang dah tahu semua selok-belok tempat menarik kat negeri serambi Mekah ni. Thank to Salman dan isterinya yg sudi tunjuk tempat dan siap belanja makan lagiiiii...
Lain kali boleh pi tempat lain pulak!

New Horizon Garden Restoran..
Lokasinya agak strategik dan bagi yang ingin kesana...
Terletak bersebelahan dengan persimpangan lampu isyarat Wakaf Che Yeh/Kota Bharu-Machang-Highway P.Mas/Tendong



Dengan suasana deko yang menarik dan ditambah pula keenakkan masakkannya pasti akan membuatkan anda mengunjunginya lagi....


Untuk berbuka puasa disini aku sarankan agar anda menghubungi dahulu pihak restoran bagi membuat tempahan,Ini bagi menjamin akan kekosongan meja untuk anda !





Selamat menjamu selera...



kinabalu ditawan part 4










Wednesday, September 2, 2009

Kinabalu Di Tawan..Part 3

Sedikit maklumat untuk dikongsi bersama....


Laban Rata..Tempat penginapan kami.
Menggunakan mesin generator bagi kegunaan tenaga elektrik.Dalam semalaman tu ada 2-3 kali gangguan bekalan elektrik...

Berlatarbelakangkan lokasi penginapan dengan pemandangan gunung kinabalu dan deruan air terjun yang mengalir.

Inilah satu-satunya restoran yang ada kat atas Gunung Kinabalu...
Siap duit saja..nasi goreng rm 13.00 ,teh panas rm 4.00.
Kalau dah lapar, bedal saja labuu.....


Makan di atas gunung apa saja habis..Tolak batu dan kaca saja.
Dengan suhu sejuk,kena pulak masakan panas...pehhhhh!


Sayat-sayat..Check point/pondok terakhir diatas gunung tersebut.


Aik..! Atas gunung pun ada telefon?


Sejuk bang?


Untuk ke puncak,pendaki2 dikehendaki mendaki seawal pukul 3 pagi bagi mengelak angin kencang di siang hari.




Kinabalu Ditawan -Part 1

Kinabalu Ditawan -Part 2