Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 1430H

"ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD".

Inilah suara laungan takbir yang bergema di seluruh pelusuk alam sebaik saja terbenamnya matahari 30 Ramadhan. Ia bukti kesyukuran kita kepada Yang Maha Berkuasa. kesempatan yang Dia berikan sehingga kita dapat menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu, seterusnya bergembira di hari raya yang merupakan hari kemenangan umat Islam menentang Thagut.

Menzahirkan kesyukuran bukan terbatas kepada ucapan lisan semata-mata, tetapi ia perlu ditampilkan melalui amal perbuatan kita selaras dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T.walau di mana sahaja kita berada.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.” H. R. Tarmizi.Dengan pemergian Ramadhan yang digantikan dengan kehadiran Syawal ini, kita mengharapkan agar Allah S.W.T. menghapuskan segala dosa kita yang telah lalu, sama ada dosa yang melibatkan kita dengan Allah atau dosa yang melibatkan kita dengan sesama manusia, selari dengan tujuan tarbiah Ramadhan yang berperanan membersihkan hati dan jiwa kita daripada dosa dan maksiat.




















Selain itu, di bulan yang mulia ini, sewajarnya kita mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dengan amalan kunjung-mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Segala salah silap dan sengketa yang lalu eloklah dilupakan. Ambillah kesempatan yang masih berbaki ini demi menjalinkan sebuah persaudaraan. Anggaplah Aidilfitri yang hadir umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.



Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya serta memohon kemaafan kepada semua umat Islam khususnya kepada pelayar-pelayar laman jeejountravel ini serta semua sahabat yang mengenali diri ini .

Sekian,terima kasih.










No comments:

Post a Comment