Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, September 5, 2009

Santapan Ramadan Di New Horizon Garden


Di bulan Ramadan ini ramai yang sudah berkira-kira untuk menikmati hidangan diluar bersama keluarga dan kawan-kawan.

Manakan tidak??
Ini kerana kebanyakkan hotel,restoran,kafe dan bistro banyak menyediakan pelbagai jenis hidangan lauk-pauk dan pemanis mulut yang enak- enak.
Sajian ini biasanya dipelbagaikan bagi menarik perhatian pengunjung sehingga tidak terjamah akibat kekenyangan....

Dan kali ini, aku dan famili ingin membawa pembaca ke sebuah restoran di Kota Bharu
yang boleh dikatakan agak elit bagi golongan yang seperti aku...Kalau macam kawan aku yang buka kedai emas tu lain laaaa..Tiap2 hari pun boleh!
Aku mengenali akan kewujudan restoran ini daripada bantuan sahabat aku dari Kelantan yang memang dah tahu semua selok-belok tempat menarik kat negeri serambi Mekah ni. Thank to Salman dan isterinya yg sudi tunjuk tempat dan siap belanja makan lagiiiii...
Lain kali boleh pi tempat lain pulak!

New Horizon Garden Restoran..
Lokasinya agak strategik dan bagi yang ingin kesana...
Terletak bersebelahan dengan persimpangan lampu isyarat Wakaf Che Yeh/Kota Bharu-Machang-Highway P.Mas/Tendong



Dengan suasana deko yang menarik dan ditambah pula keenakkan masakkannya pasti akan membuatkan anda mengunjunginya lagi....


Untuk berbuka puasa disini aku sarankan agar anda menghubungi dahulu pihak restoran bagi membuat tempahan,Ini bagi menjamin akan kekosongan meja untuk anda !





Selamat menjamu selera...



1 comment:

  1. Salam,
    wah makan besar nampak...
    ado komisen ke promote horizon( siap ada map lagi)
    silo buat perkara yg sama utk kedai emas yg berwajah baru !!!
    sila tgk
    http://salmantariq-salman.blogspot.com/

    ReplyDelete