Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, December 23, 2012

PNB Darby Park Executive Suite

3 hari 2 malam kali ni mana mau lepak? Ingat nak pusing KL pulak la..Gunung,hutan,dusun,pulau kita dah terjah so kali ni aku nak famili aku jalan-jalan kat kota metropolitan pulak.Kita alih angin sikit ke hotel yang berbintang sikit kali ni.Aku nak cari hotel yang betul-betul kat tengah kota dan senang aku nak berjalan kaki kesana sini nanti.

Check internet tengok..

 

PNB Darby Park Executive Suite  adalah lokasi yang terbaik aku rasa kali ni.Dekat dengan stesen LRT dan tak jauh dengan KLCC serta berada di dalam lingkaran emas ibukota. Maklumlah kalau lepak KL ni aku lebih suka berjalan kaki kesana sini sambil menaiki pengangkutan awam sahaja.Malas nak layan kesesakkan jalanraya dan mencari parking kereta....

 
Kemudahan yang ada dihotel ni pun banyak spt gym,kedai runcit, kolam renang,dobi layan diri, bilik karaoke dll. Cuma 1 saja yg tak syok,nak wifi kena turun ke lobby.


Makan pagi pun banyak pilihan.



Sambil nengok anak2 mandi kolam sempat lagi Umi dok update fb ye...

Kolam renang berlatarkan bangunan Tabung Haji.

Wasappp...

Lepas mandi kita makan..Malas nak turun order je la !

 

Sufi dan Ammar tgh bersantai di balkoni bilik,tgk kepesatan ibukota.

Dari bilik aku,bangunan ni jelas terpacak.

Rehat dulu...


Saturday, December 22, 2012

121212@Kuantan

Tanggal 12 Dis 2012 atau lebih famous dgn 121212 tentu banyak agenda dan program yang berlaku
 dan dirancangkan.Ini berdasarkan kpd status update di fb dan info2 yg diperolehi contohnya majlis perkahwinan la,mendaki gunung la atau apa saja la ye.Bagi aku sekeluarga kali ini adalah meronda kawasan Kuantan kerana agenda utama sebenarnya adalah nak ke Gambang Water Park.Tetapi setelah difikirkan lebih baik bermalam di Kuantan kerana jarak ke Gambang tidaklah jauh sangat.Kalau driving pun lebih kurang 40 minit je,lagipun suasana di kuantan lebih 'hidup'.

Nak dipendekkan cerita tiada persediaan sangat pun untuk kesana coz adhock punya agenda kan. Bawa sajala pelampung anak2 aku, baju mandi,pakaian sikit untuk 3 hari 2 malam dan yang paling penting pitih dgn kamera.Sebelum kesana aku google dulu lokasi penginapan utk aku bermalam nanti,kalau dapat yang selesa tapi murah kira dah ok.Lagipun kalau main redah je susah jugak coz aku bukannya biasa sangat dengan kawasan Kuantan.Cari punya cari aku dapat satu tempat nama dia Espikay Hotel . Apa lagi calling selalu, dapat bilik harganya rm100 semalam.Oklahhh....Nanti aku sampai!


 
 Lokasi hotel berada betul-betul didalam bandar Kuantan dan banyak bank disekitarnya,depan HSBC,tepi Standard Chartered dan OCBC.Masjid pun dekat,bawah hotel ada kedai makan MonRods.


 
Bagi aku hotel bajet ni dah ok kalau nak dibandingkan dengan harga dan kemudahan yg disediakan.Bilik bersih dan teratur,tv lcd, set minuman termasuk kemudahan wi fi. Hotel yang berbintang pun belum tentu ada wifi ,kalau nak kena turun ke lobby hotel ataupun dikenakan caj tambahan.

 Bilik air pun bersih.

 Ammar dah tak sabar nak mandi di Gambang,sabar ye...Kita check in dulu.

 Umi tengah cari siaran tv,si anak dah tak sabaq....





 Hari pertama ni tak banyak xtvt sangat nak dibuat maklumlah hujan seharian, jadi habis terbantut semua planning.Malamnya kami makan di Restoran Ikan Bakar Ismail ,Tanjung Lumpur. Memang sedap dan harganya pun berpatutan tapi tak sempat plok nak ambil gambar restoran ni kerana hujan. Aku dapat tahu tempat ni pun daripada kawan aku, cikgu Azlan dari Sek.Men Sg Isap.
Hari kedua baru kami bergerak ke Gambang Water Park,layan habisss....

 Baru nampak muka anak aku senyum..hehe


Kami dah puas papa...Dari pukul 9 pagi hingga 4 petang tau.


Friday, December 21, 2012

Agro Semuji Resort


Kali ni aku ingin berkongsi tentang sebuah resort ala-ala dusun gitu yang terdapat di kawasan Gambang Pahang.Kalau inginkan suasana dan persekitaran penginapan dalam dusun buah-buahan,inilah tempatnya "Agro Semuji Resort". Macam-macam buah ada, yang paling banyak aku tengok adalah pokok durian.Perghh.. kalau check-in musim buah memang tak larat la korang nak makan buah-buah tu..Belakang chalet,tepi chalet semua pokok buah.Kebiasaannya pihak hotel selalu beri minuman utk welcome drink tapi disini diorang kasi kita makan buahhhhh...hehe

Jika diperhatikan pada keadaan resort ni aku rasa tempat ni dah lama beroperasi berdasarkan kepada kemudahan yg ada agak lama.Tetapi kira ok la jika tahap kebersihan bilik dan persekitaran masih kekal bersih.Tak la geli sangat nak tidur kan!Harga bilik ada kat sini.

Berdasarkan kepada kemudahan yang ada untuk mengadakan team building,family day,tressure hunt dll. memang tak ada masalah,Cuma kalau nak check-in sorang2 je yg masalah coz kalau malam kawasan ni agak sunyi .
Contoh chalet yg terdapat disini.


Ni dalam bilik aku..


Ni diluar bilik aku..


Baca ni dulu sebelum masuk bilik ye...


Trade mark jeejoun..sebelum beraksi.


Tengok tepi chalet aku pun ada pokok durian.


Jambatan gantung,jalan short cut dari chalet aku ke surau dan cafe.


Cafe
Surau


Suasana cafe..Makanan panas pun ada

Bangunan untuk bilik dorm.

Antara aktiviti yang kami buat,main rakit.


My team