Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Tuesday, July 12, 2011

Menjejaki Keindahan Gunung Irau.

Lokasi pilihan pada kali ini adalah Gunung Irau di Cameron Highlands, Pahang.Pada 6 -7 May 2011 seramai 30 orang peserta telah mengambil bahagian untuk misi ini dan ianya dimulakan dengan sesi ramah mesra serta permainan berkumpulan di hotel penginapan. Ianya bertujuan merapatkan hubungan sesama peserta dan memupuk semangat bekerjasama.Ini amat penting dalam program sebegini kerana tanpa kerjasama ,agak sukar untuk menuju ke puncak dengan jayanya.Selain itu,sesi penerangan tentang perjalanan program turut disampaikan pada malam tersebut.
Lokasi Gunung Irau terletak di antara dua buah negeri iaitu Perak dan Pahang.Berketinggian 2110 meter dan merupakan gunung yang tertinggi di tanah tinggi Cameron Highlands.
Ekspedisi bermula seawal pukul 5.00 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda dari hotel penginapan ke Gunung Berinchang. Laluan ke Gunung Brinchang adalah sempit, dan hanya satu kenderaan dapat melalui laluan tersebut dari satu hala pada satu-satu ketika. Ia adalah salah satu gunung di Semenanjung Malaysia yang dapat di tempuhi dengan kenderaan di mana ia juga adalah kawasan tertinggi dengan jalan berturap di Malaysia pada ketinggian 2032 meter. Cuaca ketika itu agak sejuk dan kabus tebal menyelubungi persekitaran.
Apabila sampai ke tempat yang dijanjikan, semua peserta berkumpul dan diberi sedikit penerangan oleh ketua ekspedisi. Setelah selesai bersarapan dan menunaikan solat subuh , semua peserta mula bergerak ke denai mengikut kumpulan masing-masing. Pada tahap pertama ini, kelihatan gah dengan laluan bertangga kayu serta beberapa buah pondok didirikan untuk pengunjung kira-kira 100 meter ke dalam. Kebanyakan spesis flora di dalam kawasan hutan Gunung Brinchang diselaputi lumut dan kewujudan lumut menyebabkan persekitaran merasa sejuk dan lembap. Lumpur dan akar pokok yang menjadi cabaran utama pada ketika ini.
Setelah hampir 2 jam mendaki ,perjalanan menjadi semakin sukar apabila kebanyakkan laluan memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang sepenuhnya daripada peserta.Laluan yg curam,licin, berakar kayu,berlumut,basah dan berlumpur adalah sinonim dengannya.Tetapi itu bukannya penghalang kepada kami semua kerana trek yang terkenal dengan panggilan Trail Lord Of The Rings...Boleh membuatkan kesemua peserta terpegun dan teruja dengan keindahannnya.Jadi tidak hairanlah apabila kesemua peserta berjaya sampai ke puncak Gunung Irau dengan jayanya dan terlupa akan keletihan dan halangan yang telah ditempuhi tadi.Dari puncak gunung ini jelas kelihatan pekan-pekan di sekitar Cameron Highlands seperti Tanah Rata dan Berinchang juga jalanraya Simpang Pulau-Cameron.
Akhir sekali ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran ini dan semoga ianya menjadi catatan kenangan yang menarik dalam suka dan duka untuk kita berkongsi bersama.



Laluan bertangga ke denai Gunung Irau


Bergambar di Puncak Gunung Irau


Kelihatan Gunung Berinchang


Laluannya yg licin dan berakar memberi cabaran kpd peserta.



Panjat jangan tak panjat.....


Berehat di puncak gunung....



Monday, July 11, 2011

XPDC PemBERSIHan Gunung Tebu 2011


Terlebih dahulu ingin aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh keberkatan ini.Dan salam kemaafan kepada semua pembaca2 blog cabuk aku ni andai kata ada part2 yg mungkin agak keterlaluan atau sikit2 terasa dlm penulisan aku yg terdahulu....perghhhh!!

Ok,berbalik kpd tajuk diatas apa yang aku nak kongsi dengan semua adalah xtvt yg kami lakukan seminggu sebelum tibanya Ramadhan.Jumlah keseluruhan peserta 18 peserta tetapi yang ingin mengeluarkan peluh jantan dan menguji keupayaan diri sampai penat tahap gaban adalah 12 orang sahaja.Selebihnya akan menjadi penunggu setia di tapak khemah sambil melayan mata dan meneroka alam 'Ipad'.Maklumlah sekarang ni tgh dok demam dgn tren sana ipad sini ipad.

Daki Gunung Tebu,pasang tali di trek pacak dan laluan sungai serta kutip sampah(bersih,bakar dan bawa turun) adalah target dlm misi kali ini.Walaupun aku pernah menganjurkannya pada tahun lepas dilokasi yang sama (sila klik sini) .Dan tahun ini aku aku selitkan juga dgn kerja2 memasang tali di denai dan juga ingin melihat sendiri keadaan di sana,adakah Gunung tebu masih lagi bersih atau???
Secara ringkasnya Gunung tebu berketinggian 1039 meter/ 3408 kaki dan terletak di Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.

Untuk makluman semua, penganjuran xtvt ini tidak dibiayaai dari mana pihak dan semuanya atas kutipan yuran penyertaan peserta.Kecuali tali denai yang akan dipasang sahaja yang disediakan pihak Jabatan Perhutanan Negeri serta kerjasama penuh drp kakitangan terutama renjer Khairul yang turut sama menyertainya dari mula hingga selesainya program ini.

Selepas mengerjakan solat subuh dan menikmati makanan pagi.Kesemua peserta diberi taklimat ringkas serta tugasan khas agar proses yang dirancang berjalan dgn lancar.Selesai senaman ringan dan bacaan doa,misi diteruskan dengan membawa tali sepanjang dua ratus (200) meter yang telah dikerat kepada tiga (3) bahagian dan seberat dalam anggaran lapan puluh (80) kilogram telah kami pikul untuk diletakan di laluan yang curam.Tali pertama dipasang merentangi sungai pertama yang mana pendaki2 yang ingin ke puncak terpaksa melintasinya.Ini bertujuan memudahkan pendaki melintasi sungai tersebut apabila airnya berarus deras.

Setelah selesai memasang kami berehat sebentar di Sungai Cakah untuk menghilangkan rasa penat.Maklumlah dengan beban yang dibawa serta pergerakkan yang sekejap jalan sekejap stop mengalahkan bawa beg 65 liter.Apa tidaknya,dgn tali yang dibawa panjang dan berat serta dibawa secara beramai-ramai.Paham-paham je lahh...Slow tak boleh ,laju lagilah tak boleh..Penatt ooooooo.Depan stop belakang pun stop,belakang stop depan tarik sorang laa..haha
Nak paksa lebih-lebih tak bolehkan coz ini kan kerja amal..Hehehe

Tali yang selebihnya dipasang selepas Batu Mat Hassan memandangkan kawasan tersebut agak sesuai dan secara kebetulan kami pun dah penat sangat!!Andaikata ada pembaca blog ini yang rajin dan mempunyai ideal nak memasang tali ditempat lain atau membaiki cara pemasangan tali tersebut dipersilakan.Jasa anda amat kami hargai kerana pada waktu tersebut kudrat kami agak terbatas memandangkan puncak Gunung Tebu belum berjaya lagi kami daki dan masa pun agak suntuk.Akhirnya setelah tujuh (7) jam mendaki, tujuh (7) kilometer berjalan, kumpulan kami tiba di puncak Gunung Tebu pada pukul 2:00 petang 9 Julai 2011.Perjalanan yang memenatkan dan memakan tenaga yang banyak, itulah sebabnya kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke puncak Gunung Tebu.

Takkala kaki ini menjejaki puncak Gunung Tebu,perasaan aku bercampur aduk...gembira,terharu,sedih dan marahhh!!

  • Gembira- kerana berjaya menjejaki lagi Gunung Tebu dgn selamat,sihat dan seronok melihat keindahan kawasan tersebut.
  • Terharu-dengan kerjasama semua peserta yang bertungkus lumus dan berpenat lelah melaksanakan misi sebentar tadi walaupun ada sebilangannya yang baru pertama kali mendaki gunung.Mereka juga tidak diupah untuk melakukanya,semuanya atas dasar tanggungjawap dan sayangkan alam ini.
  • Sedih-melihat masih ada lagi sampah sarap spt plastik,tikar,botol2 kosong,tin makanan dan lain-lain lagi yang ditinggal disepanjang laluan denai dan tapak perkhemahan serta puncak gunung.Dan masih segar di ingatan kenangan aku dan rakan2 lain membersihkannya pada tahun lepas.
  • Marah-dgn sikap segelintir pendaki yang masih dengan sikap lepas tangan dalam isu kebersihan.Dan bagi aku,pendaki2 sedemikian tidak dialu-alukan untuk menjejaki mana2 gunung!!Apa yang dicarinya diatas gunung jika tidak menikmati keindahannya.Sekurang-kurangnya sampah yang kau bawa naik tu kau bawa turun laa...Tak perlu kau bersih sampah orang,kalau dah malas sangat!!Kau ingat kau sorang saja ke nak naik gunung tu,cucu -cicit ko,generasi ko nanti tak nak naik ke?Seperti kata blogger ni(sila klik sini).Dan isu pendaki seperti ini telah aku huraikan didalam blog aku dulu (sila klik sini).Disebabkan segelintir inilah habis rosak semuanya,walaupun lebih ramai pendaki yang tidak bersikap sedemikian.

Setelah selesai menjamu selera makanan tengahari pada pukul 3 petang,kami melakukan kerja2 pembersihan dan setelah puas bergambar disekitar kawasan puncak.Kami bergerak turun agak laju memandangkan tiada lagi beban yang dipikul spt pagi tadi kecuali beg daypack dan 3 guni berisi sampah yg dikutip disepanjang laluan,puncak dan check point (Sg. Cakah,Batu Mat Hassan dan Punca Air).Kami tiba kembali ke tapak khemah dimana rakan2 lain sedang setia menunggu pada pukul 8.00 malam dan keseluruhan masa yang diambil adalah 13 jam,satu tempoh masa yang agak lama.Dan aku percaya dengan kekuatan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh semua peserta tadi,jika tanpa beban tali dan operasi pembersihan mungkin masanya akan kurang lagi daripada 13 jam.

Apapun misi ini telah berjaya walaupun dengan hanya kudrat 12 orang peserta sahaja tetapi itu sudah menjadi kepuasan bagi kami.Bukan wang ringgit yang kami pinta tetapi berharap agar keindahan kawasan tersebut kekal ke genarasi akan datang.Sekalung penghargaan dan tahniah kpd semua yang terlibat terutama kpd semua peserta yang tidak dpt aku tulis semuanya serta renjer Khairul ,renjer2 dari kawasan Lata Belatan dan juga Jabatan Perhutanan Negeri terengganu.

Sebarang maklumbalas ko email je ke
jeejoun@yahoo.com




Plak penghargaan daripada Renjer Khairol mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.


Beg sampah cap 'lembu'...



Menghayati keindahan dari batu 'jendela Dunia'


Di puncak gunung tebu...


Tarikkkkkk......


Gagah melangkah



Antara gambar-gambar yg sempat diambil ketika operasi tersebut....



Di Batu Mat Hassan


Peluh membasahi tubuh


Bapakk talii...


Orang lama sedang berkongsi cerita dan pengalaman.


Memasang tali merentangi sungai.


Bergambar kenangan dengan tali yang akan dibawa.


Sesi regangan



Hasil tuaian 'sampah'.




Monday, July 4, 2011


Sape2 yg minat boleh layannnnn....