Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Tuesday, May 18, 2010

Apa punya pendaki daaa.....

Gunung- ganang dan hutan belantara adalah ciptaan Allah s.w.t kepada umat manusia. Keindahannya memang sukar digambarkan dengan kata-kata hinggakan keletihan ketika mendaki dan meredah belantara terus lenyap dari minda.Walaupun pendakian menuju ke puncak adalah mencabar, namun ianya dikira berbaloi kerana disajikan dengan pemandangan-pemandangan yang menyentuh hati.Tetapi agak malang sekali apabila terdapat segelintir pendaki-pendaki yang tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah dalam memelihara anugerah Allah ini.
Lebih malang lagi, pendaki-pendaki yang dimaksudkan ini adalah rakyat Malaysia sendiri. Ini memang diakui oleh hampir semua pemandu arah gunung yang membawa pendaki-pendaki. Menurut mereka, segelintir pendaki-pendaki dari negara kita kurang menitikberatkan soal kebersihan terhadap persekitaran hutan dan sering sesuka hati membuang sisa-sisa seperti makanan,plastik dan suratkhabar(bukan semua..!!). Paling menyedihkan, puntung-puntung rokok berselerakan di tapak-tapak perkhemahan,papan-papan tanda dan kemudahan asas yang dibina dirosakkan,dibakar dan paling mudah cakap...Dijahanamkan!!

Bagi aku pendaki-pendaki yang mempunyai sikap buruk seperti ini tidak layak untuk menjejakkan kaki di atas puncak gunung. Mereka mendaki hanya untuk memenuhi aktiviti rekreasi sosial tanpa mempedulikan soal menghargai hutan kita. Seharusnya sikap seperti ini dihindari kerana ianya akan menjejaskan reputasi hutan tersebut. Adalah penting untuk setiap pendaki menanamkan kesedaran sendiri untuk memelihara hutan di negara kita supaya kita tidak akan malu untuk mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Jika masih juga mahu mendaki...Berubahlah!!

  • Setiap org tu perlu menanamkan dlm dirinya .. mereka adalah ahli xpdc bukannya peserta.
  • Barangan yg dibawa masuk hendaklah dibawa keluar.Cth. plastik,tin..
  • Terapkan budaya menjaga kebersihan walau dimana kita berada..Tak tahu jangan malu bertanya.
  • Rasa hormat dan cinta terhadap alam semulajadi merupakan permulaan yang baik sebelum melangkah lebih jauh ke dalam hutan.
  • Ingat,jangan jadikan sungai sebagai tandas kita.Bertimbang rasa lah kepada pengguna yg lain.Seelok- eloknya galilah lubang kerana ia mudah ditimbus semula...


Papan tanda dibakar sesuka hati...


Papan tanda dirosakkan..

Kawasan perkhemahan dijadikan seperti tempat pengumpulan sampah..


Terima kasih kepada kawan-kawan "Gunung Online".....

No comments:

Post a Comment