Get Added Income Producing Homemade Panetones
-
Description
Make and Sell Homemade Panetones doing work at your home up coming to your
family members and complement your Revenue with earnings up to US$ ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengunjung Blog Indahnya Cameron
Highlands. Gatal pulak tangan nak post kat blog kesayangan saya nie.
Walaupun se...
::Jalan Jalan @ Grand Lexis, Port Dickson::
-
Salam sejahtera semua, Sebut nama "Grand Lexis" je pun dah ada perkataan
grand kan? Grand ke??? memang grand la sebab 5 star nye resort..tapi ape yg
saya b...
Post Pregnancy Update
-
Assalamualaikum. Syukran, alhamdulillah. I have safely delivered a baby boy
weighted 2.6kg at 9.14am on 7th August 2013.Take a breath, it's gonna be a
long...
Nuang Trail
-
Salam kembara 1 Malaysia...
Pada 12-14 Nov lepas... Floa bersama Kembara Ppd menawan puncak Nuang....
Pada ketinggian 4898kaki dari paras laut... Udar...
Angsi Ber Kelah 2010
-
Pihak ARC menganjurkan satu lagi trip ke Kenyir. Kali ini di beri tajuk "
Angsi Berkelah 2010. Keterangan lanjut seperti di bawah :
Tarikh : 011110 hingga...
Good Luck For CUS 2010
-
Salam...
For those who are joining Mt. Chamah and Mt. Ulu Sepat Xpdition,BEST OF
LUCK...28 participants and 1 local guide...Please pray for us...Chariyo....
Sambutan Tahun Baru 2010
-
Kemeriahan detik2 menyambut kedatangan tahun 2010 mungkin berbeza daripada
tahun2 sebelumnya ,dimana satu majlis BBQ telah dianjurkan hasil sumbangan
wang ...
Tentu anda tidak mengetahuinya malah aku pun pada mulanya agak was-was takkala terlihat papan tanda 'Pusat Pengurusan Penyu' dikawasan Segari Perak. Setahu aku negeri Terengganu lebih terkenal dengan kawasan Rantau Abang ,kerana ianya merupakan tempat pendaratan penyu untuk bertelur.
Jadi dah alang-alang sampai baik aku terjah tengok...Tempat ini terletak di Pantai Pasir Panjang, pantainya ok gak cuma agak terpencil kalau kaki pancing memang sempoila! Ada banyak pokok renek yg sesuai dijadikan kawasan berteduh atau berkhemah disekitar kawasan pantai ini. Ok,berbalik kepada pusat penyu tadi...Apa yg boleh aku kongsikan disini melalui pengamatan dan bacaan yg terdapat disitu.
Terdapat 2 jenis penyu yg mendarat disitu iaitu penyu agar dan penyu lipas.Penyu2 itu akan mendarat sekitar Mac hingga Julai setiap tahun.
Pusat penyu tersebut telah dibina pada tahun 1990 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF.
Jalan-jalan cari makan di bandar Kuala Terengganu tidaklah sesukar mana,memandangkan banyak restoran atau kedai makan terdapat disini.Cuma bezanya adalah dari segi masakannya,adakah memenuhi kritiria citarasa anda atau pun tidak.Disini aku memilih sebuah gerai nasi ayam yang terletak di medan selera Pantai Batu Buruk.Berdasarkan pengamatan aku, ramai pengunjung yang mengunjungi gerai tersebut.'Nasi Ayam Yunnan Al'Awal' adalah lokasinya dan ketika berada disitu, ramai pelanggan yang memesan nasi ayam..So aku ngan famili apa lagii...Nasi Ayam jugalahh.
Setelah habis makan,kesimpulan yang boleh aku katakan tentang nasi ayam tersebut.. Okla..
Dis sekitar Bandar Kuala Terengganu ini terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati antaranya ialah Masjid Kristal,Masjid Terapung Kuala Ibai,Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraf Noor Arfa.
Tidak terkecuali juga pantai dan pulau-pulaunya yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok danTelok Ketapang yang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.
Enjoy....Itulah gambaran yg boleh aku katakan takkala melihat riak wajah peserta2 'HJ ROMLI@YUSOP FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLANDS' pada 17-18 Mac 2010 baru-baru ini .Walaupun kebanyakkan peserta ini adalah tergolong daripada ahli keluarga aku dan jiran-jiran sekampung tetapi ini tidak bermakna aku akan membuat perjalanan program ini ala kadar sahaja.Jadi, segala persiapan telah disusun atur sejak dari awal lagi bagi melancarkan program yg dirancang ini. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti trip ini bermula seawal pagi, perjalanan bermula dari Perumahan Mata Air II dan seterusnya mengambil penumpang di destinasi kedua iaitu di Batu 4 Jln Sanglang.Perjalanan bas diteruskan lagi dengan menyusuri lebuhraya utara selatan (PLUS) dan berhenti rehat sebentar di kawasan R&R Gurun bagi mengisi perut dan service apa yg patut...Kemudian perjalanan diteruskan sehinggalah ke kawasan pelancongan tanah tinggi Cameron Highlands.Sepanjang 2 hari 1 malam kami menjelajah lokasi-lokasi menarik di sana antaranya MARDI,Ladang Teh Bharat,Pasar Malam Berinchang,Big Red Strawbbery Farm,Ladang Lebah dan lain-lain lagi.
Bersiar-siar di kawasan ladang Teh Bharat.
Meninjau kawasan kebun sayur ..Mana tahu kot-kot ada idea nak buat kat kampung halaman.
Ladang Strawberry
Sebahagian daripada peserta rombongan ini.
Pasar Malam Berinchang.
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua peserta terutamanya..
Hj Romli @ Yusop seisi keluarga
Zulkifli dan Hazira seisi keluarga
Ismail dan Mazlina seisi keluarga
Johari dan Rabina seisi keluarga
Mutalip dan Zarina seisi keluarga
Norfatin Adila dan Mira Nabila
Mazlan dan Che Amah sekeluarga
Pn Aminah seisi keluarga
Dll lagi...
Semoga dipertemukan lagi di lain program di masa akan datang, insyaallah..
Lokasi nie aku kira agak menarik juga utk dilawati. Jika kau orang nak tahu macam mana teh BOH dihasilkan dari bermulanya daun teh dipetik dari ladang hinggalah teh tadi di bungkus utk dipasarkan,inilah tempatnya.Selain melawat kawasan kilang dan ladang teh,anda juga boleh membasahkan tekak anda dengan hidangan teh panas beraroma sambil disajikan pemandangan menghijau ladang teh ditiup angin sejuk tanah tinggi.Bestkan!!
Utk kesana mungkin ada sedikit masalah terutama pada musim cuti persekolahan memandangkan jalan utk kesana agak kecil dan berselekoh.Masalahnya apabila kenderaan berselisih diantara satu sama lain,ditambah pula jika pemandu tersebut tidak mahu bertolak ansur.Jika pemandu yg biasa melalui jln tersebut tidak ada masalah kerana mereka akan membunyikan hon dan tahu mana tempat yg sesuai untuk kenderaan berselisih.Apapun selalulah bunyikan hon kereta anda,tak rugi air bateri pun!
Jika anda ingin kesana ada papan tanda masuk ke Ladang Teh BOH atau ke Gunung Berincahang. Jika kita dari pekan Berinchang selepas Hotel Equatorial lebih kurang 500m simpang sebelah kiri.
Setelah seharian Melaka Bandaraya Bersejarah dijelajahi,pengembaraan Keluarga Hajjah Wan Zainab diteruskan lagi.....
Seperti yang dirancang, pantai peranginan Port Dickson menjadi lokasi yang seterusnya. Bandar yang ditabalkan menjadi 'Bandar Tentera' dan juga destinasi yg mencuri tumpuan rakyat Malaysia disebabkan bahang pilihanraya kecil DUN Sg. Pinang baru2 nie...
Lokasi penginapan kami sekeluarga kali ini ialah Residence Desa Lagoon PD
yg mana resort ini terletak di Pantai Tg. Tuan dan berdekatan dgn lokasi penginapan kami pada tahun lepas iaitu The Regency Tg. Tuan.Yg membezakannya adalah resort nie ala2 lagoon gitu!!
Bawah rumah ada kolam ikan,tepi rumah parking kereta,depan rumah ada kolam renang,belakang rumah ada pantai..Sempoikan? Anak2 mandi kolam..Umminya rehat kat anjung rumah sambil melihat anak2 mandi....Papa ngan bapa saudaranya mandi pantai..Peghhhhh...Complete! Cuma bapa2 saudaranya komen satu saja..Kolam renang tak dalam!
Malamnya acara BBQ kat pantai...Tak sangka pula mlm tu ramai lagi geng2 lain yg buat bbq,nasib baik banyak port baik punyaa...Siap ada yg buat unggun api!
Secara ringkasnya,aktiviti ini berjaya juga dilaksanakan walaupun ada juga serba sedikit kekurangan yg mana ianya disedari ataupun tidak dijangka.Seperti yg aku katakan,menganjurkan xtvt yg melibatkan keluarga adalah lebih sukar dan mencabar daripada aku menganjurkan xtvt yg melibatkan orang luar.Tetapi kemanisan,kemesraan dan pahala yg akan kita dapat hasil drp penganjuran ini mungkin berlipat kali ganda lagi, insyaallah.Moga inya akan menambahkan lagi pengalaman hidup aku dan jutaan kemaafan kepada semua ahli keluarga yg mengikuti percutian dan pengembaraan bersama Jeejountravel ini andaikata kelemahan dan kesilapan aku...Walau apa pun aku tetap enjoy this trip!