Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, December 14, 2008

4x4 offroad d' Ulu Yam,Selangor


Ini adalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan apabila dapat menyertai latihan 4x4 (offroad) di Ulu Yam.Sebelum memasuki ke kawasan belantara tersebut para peserta diwajibkan menjalani latihan asas 4x4 di Shah Alam terlebih dahulu seperti ujian mendaki bukit,ujian meredah kawasan berair dan becak,ujian bertulis dan pelbagai lagi ujian yang bersangkutan dengan kenderaan pacuan 4 roda tersebut.Ini bagi memahirkan peserta supaya lebih mengenali kemampuan dan kelemahan jentera tersebut.Kursus tersebut telah dijalankan dengan bantuan jurulatih2 yang berpengalaman daripada SADRA Shah Alam yang telah lama menceburi bidang permotoran di negara kita.(saya dimaklumkan yang kebanyakkan perfileman yang mempunyai babak-babak yang ada aksi kereta driff atau apa saja yg ada kena mengena dengan kereta @ motor dinegara ini yang menggunakan khidmat mereka..Wallahualam!!)



Banyak benda yang aku belajaq waktu nie yang sebelum nie aku tak tau ponnn!!
Antaranya bagaimana cara yang betul untuk menukar tayar ketika berada disituasi yang sukar(tukar tayar kereta dgn 4wheel lain beb!),bagaimana hendak mengeluarkan kenderaan yang sangkut dan banyak lagi...



Ketika merentasi sebahagian daripada sungai2 di Ulu Yam,Bestttt..!!
Tapi ada tekniknya,bukan boleh redah semacam saja.Silap cara sangkut dalam sungai kerana banyak batu ataupun enjin jentera rosak coz jatuh atas batu.Lambat sangat pun tak boleh takut air masuk enjin atau masuk dalam kenderaan.....



Sangkut pulak............


Haa...Ni kantin bergerak!!(penuh dengan benda makan,kerja dia menyediakan makanan untuk kami semua..)Pun sangkut jugak..
Yang bestnya ,untuk aktiviti2 seperti ini kerjasama daripada semua orang memang kena 100 peratus diperlukan .Kalau hang buat sombong nanti hang punya kereta sangkut,hang buatla sendiri........Sendiri ingatlaaaaaaa


Sangkut lagiiiiiii...
nyaris2 tak masuk gaung,sebelah tu gaung cik abang woi...



gagah dan bergaya...







Deretan kenderaan(lebih kurang 20buah) berkumpul di Plaza Tol Jalan Duta sebelum bergerak ke belantara,seronok ada berdebar pun ada coz tak pernah masuk hutan bawa 4 wheel..
kepala macam2 dok pikiaq,takut inila takut itula,ingat family kat rumahla,......


yg benar
Alien

No comments:

Post a Comment