Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label KEDAH. Show all posts
Showing posts with label KEDAH. Show all posts

Saturday, October 3, 2009

Santai Di Hari Raya...



















Sesekali bertemu pasti banyak yang dibualkan dengan kemeriahan hari raya aidilfitri yang masih lagi segar..
Dalam suasana santai dicerahi kerlipan lampu warna-warni dan keletah anak2 kecil menerima sampul duit raya menjadikan suasana bertambah ceria...


Berbekalkan sedikit juadah makanan yg ringkas sudah cukup rasanya bagi menghimpunkan rakan taulan,rakan2 setaman dan sanak saudara bagi meraikan ianya bersama.
Diharap dengan adanya majlis seperti ini akan mencambahkan lagi benih-benih persahabatan dan persaudaraan dalam menempuh hari-hari yg mendatang.

Dan kepada semua tetamu yg menghadirkan diri ke majlis tersebut diucapkan ribuan terima kasih ,terutama kepada warga Taman Selehong Tumpat...



















Otai2 Taman Selehong Tumpat...











































Sunday, December 14, 2008

Hotel Emerald Puteri Sg Petani,Kedah

Lokasinya terletak di Bandar Sungai Petani,Kedah.
Berhampiran dengan Plaza Tol SG Petani Selatan dan Hotel Park Avenue.
Nun jauh kelihatan Gunung Jerai iaitu gunung yg tertinggi di Kedah Darulaman.


Pemandangan dari dalam bilik hotel



Posing mahal dari Sufi di tepi kolam hotel



Amar dengan tabnya

Friday, December 12, 2008

'Laksa Kedah'P.Langkawi.

Si comel nie pun tak ketinggalan makan laksa


mai la makan..!!


Terliur tengok ayaq dia campoq dengan ayaq kotak Dutch Lady


hhmmm..Sedapnya sampai tak ingat orang sebelah!


Abang..! laksa tambah lagi satuuuuu..


Ketika asyik membeli-belah disekitar Kuah,terasa lapar pulak...!Tiba-tiba ternampak sebuah lori berwarna hijau tertulis 'Rojak Kedah' dihadapan deretan kedai bebas cukai.
'Cantik sangat la..'Apa lagi laju saja langkah ini menuju ke lori tersebut...
Rojak ada..Laksa ada...Buah pelam ada....ayaq pun ada(yang bestnya,ayaq dia campoq dengan ayaq kotak Dutch Lady tuuu!)
Bagi pengunjung yang kehilangan isteri ketika bershopping,jangan risau!!
Kita pekena dulu rojak dengan laksa bagi kenyang perut,sat lagi keluaq la bini dia pasai perut dia dah lapaq....hehe

"Pulau Sumpahan Mahsuri"Pulau Langkawi,Kedah

Pemandangan dari dalam kereta kabel
kelihatan pulau-pulau,lautan membiru dan kapal layar yang memutih , begitu memukau mata memandang....


Ammar dengan uncle dan untienya di atas feri'Langkawi'


Sufi pun nak posing...


Jambatan gantung antara puncak gunung..'gayatlaaaaa'
mana taknya dengan hanya menggunakan satu tiang sahaja....



Langkawi Oriental Village



Langkawi Cable Car


Nampak tak saiz coklat dibelakang si comel tu?


Dataran Lang


Jetti Kuah


Selamat Tinggal 'Pulau Langkawi'


Kunjungan ke Pulau Langkawi kali ini merupakan satu lagi aktiviti penjelajahan saya dan keluarga ke pulau2 di sekitar Malaysia(planning je!).Juga dikenali sebagai pulau bebas cukai dan juga Pulau Sumpahan Mahsuri..Tentu ramai yang masih ingat lagi tentang metosnya dimana pada zaman dahulu kala terdapat seorang perempuan yang cantik jelita(Mahsuri) telah teranaiya dan dijatuhi hukuman bunuh..Ketika hendak dijatuhi hukuman tersebut beliau telah bersumpah bahawa "Pulau Langkawi tidak akan maju selama 7 generasi ".......
Tetapi kini ,Langkawi telah pesat membangun sealiran dengan pembangunan negara.
Pelbagai tempat menarik yang terdapat disini yang mesti dilawati samada ianya semulajadi ataupun ianya diadakan semata-mata untuk menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara bagi mengunjunginya.
Bagi yang menggemari sukan air ,mandi pantai atau island hopping bolehlah ke Pantai Cenang,Pantai Kok dan Pantai Tanjung Rhu.Selain itu Pulau Payar dan Tasik Dayang Bunting adalah destinasi bagi yang menyukai aktiviti selaman dan snorkling.
Untuk yang kaki shopping bolehlah melaksanakan niat anda itu di pekan Kuah kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang terdapat disitu antaranya coklat,barangan dapur,pinggan mangkuk dan sebagainya dengan harga yang berpatutan(lokasi tumpuan ;Idaman Suri Imporium,Jetty point,Langkawi Fair dan Ismail Group)
Untuk yang meminati sukan lasak seperti mendaki gunung bolehlah melakukannya dengan mendaki Gunung Mat Cincang melalui Telaga Tujuh ataupun mendaki Gunung Raya bermula dari Lubuk Semilang melalui 'tangga seribu'.Jika anda malas sangat nak mendaki anda boleh berkereta untuk ke puncak Gunung Raya tetapi pastikan dahulu yang kenderaan anda itu benar-benar berada didalam keadaan yang baik terutamanya sistem brek(maklumlah kereta sewa!)Selain itu ,kereta kabel juga turut disediakan untuk ke Puncak Gunung Mat Cincang bermula dari Langkawi Oriental Village.Dari puncak kedua-dua gunung tersebut anda akan dapat saksikan keindahan kepulauan Langkawi yang dikelilingi oleh lautan membiru,begitu indah dan memukau mata memandangnya.
Bagi yang pertama kali ingin menjejak kaki ke Pulau Langkawi bolehlah memulakan perjalanan anda bermula dari Jetti Kuala Perlis(40min-1jam) ataupun Jetti Kuala Kedah (1 1/2jam - 2 jam)menuju ke Jeti Kuah.Di Jetti Kuah anda boleh memilih kenderaan apa yang suka untuk disewa bergantung kepada $$ anda.Bermula daripada motosikal keriss,kereta kancil hinggalah kereta mewah yang sering anda idam-idamkan.Selain pengangkutan laut terdapat juga pengangkutan udara terus dari KL atau luar negara kerana ianya merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa,semuanya atas pilihan dan kemampuan anda sendiri.