Gambar ini diambil dari Putra Palace Hotel waktu aku ada urusan kerja disitu.
Kelihatan sebahagian daripada bandar Kangar ibu negeri Perlis Darul Sunnah.Bagi yang belum lagi mengunjungi Perlis ,anda tidak perlu risau untuk untuk melawat lokasi yang menarik di sekitar negeri Perlis kerana lokasinya yang kecil memudahkan anda untuk meronda satu negeri tanpa mengambil masa yang lama.
Diantara lokasi yang menarik untuk berekrasi atau beriadah adalah seperti Sg Batu Pahat,Lata Kekabu Bukit Air,Gua Kelam,Gua Wang Burma,Tasik Melati,Tasik Meranti dan Kuala Perlis
Bagi yang gemar membeli- belah bolehlah mengunjungi pekan sehari Wang Kelian dimana pekan sempadan itu akan dibuka kepada pengunjung kedua-dua negara (Malaysia Thailand)untuk membeli hasil kedua2 negara sepanjang 1km tanpa menggunakan pasport atau pass sempadan ( ahad sahaja).Selain itu,Pekan Padang Besar juga menjanjikan kepuasan yang tersendiri bagi penggemar sukan membeli-belah.Kalau tak caya cuba datang sendiri....
3 langkah cara guna kompas SILVA
-
*LANGKAH 1*
Letakkan kompas pada peta supaya tepi pembaris membentuk garis lurus antara
kedudukan semasa anda dan tempat yang anda mahu tuju ke destinasi...
1 year ago
No comments:
Post a Comment