Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Friday, December 12, 2008

Istana Negara,Kuala Lumpur

Posing dihadapan motorsikal berkuasa tinggi PDRM



Amacam?


Kemas dan Bergaya


Pengawal berkuda


Pintu Utama Istana Negara



Telah lama saya ingin ke tempat ini,tetapi ada saja urusan lain yang perlu saya selesaikan dahulu..
Walaupun selalu melaluinya tetapi kesempatan untuk mengunjunginya sentiasa terbatas jadi terpaksalah menangguhkannya dahulu.
Kini setelah meluangkan sedikit masa untuk bercuti bersama keluarga,saya telah memilih untuk bersiar-siar disekitar ibukota Kuala Lumpur dan diantara destinasi pilihan kami adalah Istana Negara.
Walaupun pengunjung tidak dibenarkan memasuki kawasan istana tetapi bilangan pengunjung yang ramai sudah memberi kita jawapannya iaitu 'ia adalah lokasi tumpuan pelancong'.
Di sini anda dapat melihat pengawal istana dengan kudanya yang tidak bergerak seperti pengawal istana di Britain(kalau tak silap).Selain itu jika anda bernasib baik,ketika para pengawal tersebut ingin menukar 'shiff'.Anda dapat saksikan pergerakan yang agak formal dimana semboyan akan dibunyikan dan diikuti dgn kawad daripada anggota tersebut.

No comments:

Post a Comment