Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Jom Borak Dan Bowling di Mesra Mall...

Sesekali bertemu dengan rakan-rakan taulan amat bermakna dan manis takkala diri ini terasa dihambat oleh kesibukan yang entah dari mana datangnya,Samada sibuk semulajadi atau pun buat-buat sibuk yang pasti aku bukannya dan taknak langsung jadi penyibuk.Pertemuan yang agak santai bersama rakan-rakan yang mempunyai kelapangan masa telah diadakan di U-Bowl Kertih Mall.Keriangan,kelucuan dan keceriaan jelas terpapar diwajah apabila masing-masing ingin menonjolkan bakat terpendam dalam permainan bowling tersebut.Walaupun tiada hadiah istimewa yang dijanjikan tetapi semangat tetap ada beb...
Diketika inilah masa yang sesuai untuk berbual mesra dan bertanya khabar serta merancang program akan dilakukan nanti....Apa rancangannya???Tungguuu......
Kepada yang sudi meluangkan masa dan menghadirkan diri ,ribuan terima kasih diucapkan. Semoga kita dapat diketemukan lagi di lain masa.




Tinggi ke pointnya cik kak??





Kyusuk melihat keputusan perlawanan di screen.

Sunday, April 18, 2010

Pembukaan Kawasan Rekreasi dan Riadah...

Bersantai,berekreasi,berkembara dan beriadah jika kena pada cara dan gayanya tidak memerlukan modal wang yg besar.Tidak perlu mengeluarkan wang utk minyak kereta,wang utk tol,wang utk guide,wang utk sewa penginapan,sewa itu ,sewa ini....Yg penting,akal yg dikurniakan oleh Allah s.wt utk kita berfikir..
Nak dipendekkan cerita,ada satu kawasan hutan belukar kat kawasan perumahan aku yg kami semua (warga taman aku le..) rasakan amat sesuai utk diteroka bagi tujuan rekreasi.Daripada ianya menjadi sarang nyamuk , binatang berbisa dan sakit mata memandang.Lebih baik inya ditukarkan kepada kawasan utk kami berkhemah ka,beristirehat dibawah pepohon yg menghijau ka, acara bbq ka..Maklumlah sekarang ni musim panas kering,sekurang-kurangnya ada juga tempat utk dituju..Jadi utk tujuan itu,satu program gotong-royong telah diadakan pada cuti hujung minggu baru2 ini.Penglibatan kaum ibubapa serta anak-anak amatlah menggalakkan dan secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama jiran...Kitakan 1 Malaysia!
Lepas ni bolehla aku pasang hammock,kena pulak angin sepoi-sepoi bahasa,dibawah teduhan pokok-pokok.ZZZZZzzzzzzz
.
Ajk minuman..


Kaum ibu yg turut sama 'meramaikan suasana'








Si ammar yg "rajin membantu"...


Sunday, December 20, 2009

The Mines..

Unik!! Itulah gambaran pertama dibenak fikiran ini tak kala pertama kali melangkah masuk ke dalam 'The Mines Shopping Fair' Seri Kembangan,Selangor.Dengan aliran terusan mengalir memasuki kompleks tersebut dan bot-bot persiaran menyusuri sungai tersebut...Walaupun sungai ataupun terusan tersebut merupakan tinggalan bekas lombong bijih timah tetapi ianya tetap memberi suatu kelainan.

Maknanya selain daripada membeli-belah boleh jugak kita merehatkan minda dan beriadah di sekitar kawasan The Mines memandangkan banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita pilih bersesuaian dengan minat masing-masing.Selain daripada aktiviti yg memang telah tersedia didalam The Mines itu sendiri seperti bowling,snooker dll. aktiviti luaran pun tidak kurang hebatnya seperti memancing dan menaiki bot.

PERNAH lihat HiPPO River Cruise, kenderaan berbentuk itik menyusuri Sungai Singapura untuk melihat pemandangan indah negara jiran itu? Keunikan pakej ini terletak pada penggunaan bas yang bertukar fungsi sebagai bot apabila memasuki permukaan air.

Kini, anda tidak perlu menyeberang sempadan semata-mata merasai pengalaman ini. Mines Cruise Management (MCM) memperkenalkan Wawa Splash Tour (WST), mengguna pakai konsep tour yang sudah lama popular dalam sektor pelancongan di Amerika Syarikat dan Kanada ini.

Bezanya, WST menawarkan pakej pesiaran bagi melihat keindahan tasik bekas lombong biji timah terbesar dunia dan pemandangan sebahagian besar Mines Resort City (MRC), dibangunkan hasil idea hartawan Tan Sri Lee Kim Yew, bermula akhir 80-an.

Tasik bekas lombong bijih timah terbesar dunia seluas 60 hektar itu menjadi rumah kepada tiga ikan arapaima melebihi dua meter. Selain itu, banyak spesies ikan lain termasuk keli kelihatan berhampiran dengan jeti “Palace of Golden Horses”.

Dari tasik WST akan membawa pengunjung melintasi Palace Beach & Spa, pusat peranginan berkonsepkan tropika dengan tarikan utama – pantai buatan seluas 2,100 kaki persegi. Pusat peranginan ini amat popular dengan aktiviti “wakeboarding”, sukan pantai di tengah kota raya.

Pemandangan bertukar kepada kehijauan rumput apabila bas melintasi Mines Resort & Golf Club, padang golf 18 lubang. Padang bertaraf dunia ini pernah beberapa kali menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij dan dikunjungi Tiger Woods pada 1999.

Di celah landskap taman dan tasik, rumah beberapa milik tokoh politik dan kenamaan tersergam indah. Antaranya, kediaman peribadi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain banglo merah jambu milik Nirvana Memorial Park.

Laluan melintasi padang golf yang lazimnya hanya digunakan pemilik banglo tepi tasik ini akan membawa ke Palace of Golden Horses dan Kelab Lumba Kuda Selangor. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina Moorish hotel lima bintang dibangunkan atas tapak seluas 11.2 hektar.

WST akan berpatah balik ke Palace Beach & Spa sebelum bertukar fungsi menjadi bot apabila memasuki tasik. Untuk 30 minit berikutnya, pengunjung dapat melihat pemandangan sebahagian besar MRC termasuk taman tema Mines Wonderland dan lif air bernilai RM15 juta.

Info

WST bertolak dari jeti Mines Shopping Fair dan mengambil masa kira-kira 60 minit. Tiket berharga RM45 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Pakej keluarga dengan harga berpatutan turut disediakan. Kapasiti 48 penumpang pada satu-satu masa.

Selain pakej ini, MCM turut menawarkan produk lain termasuk “DME Cruise”, pakej khas makan malam, mesyuarat dan hiburan atas kapal. “Massage Cruise” menawarkan belaian terapi urutan kaki, manakala, “Sunset Dining Cruise” pula untuk makan malam sambil menikmati keindahan suasana kawasan tersebut pada waktu malam.




Rehat jap..Setelah letih tawaf kawasan The Mines.





FAKTA SEJARAH

Tasik ini adalah bekas lombong Hong Fatt, diberi nama oleh pendatang Cina bernama Chan Wing. Selepas perlombongan dihentikan, lubang besar sepanjang dua kilometer (km) dan satu km lebar membentuk tasik sedalam kira-kira 200 meter (m) yang dilihat pada hari ini.


rujukan; http://minescruise.com/index1.htm

Tuesday, December 15, 2009

Ikea..Lain daripada yg lain.


Di musim cuti persekolahan ni aku mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bersiar-siar di sekitar ibukota memandangkan sebelum ini banyak masa aku dihabiskan ditempat kerja. Maklumlah orang makan gaji katakan,lainlah jika ada perniagaan sendiri macam kawan2 aku yg lain...Walaupun anak aku belum memasuki alam persekolahan (rendah) dan tak payah kalut-kalut kata orang Kedah nak jalan mana-mana tapi sengaja juga aku menyibukkan diri nak jalan2 dikala ini.Apa taknya waktu cuti ni la ada sale!!!


Peluang yg ada ni aku gunakan sebaik mungkin untuk bercuti bersama keluarga dan diantara destinasi pilihan aku kali adalah gedung IKEA yang terletak Mutira Damansara,PJ. Untuk memudahkan anda yang baru pertama kali kesana sila klik sini!

Showroom.


Nak kata beli banyak barang tak juga, saja syok tengok-tengok orang!







Nyam-nyam..Asal boleh!





Monday, November 23, 2009

Sepetang Di Kijal....

Bertempat di Awana Kijal Beach & Golf Resort Terengganu,aku ngan geng berkumpul bagi mengikuti satu program yg dirancang oleh majikan aku.Kebiasaannya apabila sesekali berkumpul pasti banyak benda yg akan diperbualkan daripada bab kereta,cuti nak pi mana,cuaca hinggalah sampai ke bab politik.Terima kasih aku ucapkan kepada pihak2 yg terlibat dalam penganjuran program tersebut dan kepada rakan2 semoga berjumpa lagi di lain masa....




Rezzo..Chip 'Angsi Family Club' ngan radio kesayangannya..


Bla-bla...Turbo..Turbo..


Saturday, April 25, 2009

Bowling Friendly Tournament

Baru2 nie aku ngan geng2 telah mengadakan perlawanan bowling persahabatan diantara keluarga masing2 dengan tujuan merapatkan lagi hubungan yg telah terjalin......
Meriah dan mesra adalah kesimpulan yg dapat aku berikan pada hari tersebut bermakna objektif penganjuran permainan tersebut telah berjaya..Dengan keletah anak2 kecil yg bermain disekitar kawasan menjadikan suasana di 'Armada Bowling TLDM Lumut' agak kecoh ditambah dengan ragam si ibubapa yg sekali-kala bermain bowling.......................Gaya dan suara saja lebih,main..?Aku pun ketegori tu jugak..maklumlah sekali-sekala berkumpul ngan family ramai2 syok jugak


Bergaya dengan trofi kejuaraan apabila mengungguli kategori Johan Kumpulan.

Inilah acara tetap si ibu....berbicara dimana jua!!


Sufi dok posing............


Gaya dah ada...........


Geng bapa...