Pemandangan dari dalam kereta kabel
kelihatan pulau-pulau,lautan membiru dan kapal layar yang memutih , begitu memukau mata memandang....
kelihatan pulau-pulau,lautan membiru dan kapal layar yang memutih , begitu memukau mata memandang....
Jambatan gantung antara puncak gunung..'gayatlaaaaa'
mana taknya dengan hanya menggunakan satu tiang sahaja....
Kunjungan ke Pulau Langkawi kali ini merupakan satu lagi aktiviti penjelajahan saya dan keluarga ke pulau2 di sekitar Malaysia(planning je!).Juga dikenali sebagai pulau bebas cukai dan juga Pulau Sumpahan Mahsuri..Tentu ramai yang masih ingat lagi tentang metosnya dimana pada zaman dahulu kala terdapat seorang perempuan yang cantik jelita(Mahsuri) telah teranaiya dan dijatuhi hukuman bunuh..Ketika hendak dijatuhi hukuman tersebut beliau telah bersumpah bahawa "Pulau Langkawi tidak akan maju selama 7 generasi ".......mana taknya dengan hanya menggunakan satu tiang sahaja....
Tetapi kini ,Langkawi telah pesat membangun sealiran dengan pembangunan negara.
Pelbagai tempat menarik yang terdapat disini yang mesti dilawati samada ianya semulajadi ataupun ianya diadakan semata-mata untuk menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara bagi mengunjunginya.
Bagi yang menggemari sukan air ,mandi pantai atau island hopping bolehlah ke Pantai Cenang,Pantai Kok dan Pantai Tanjung Rhu.Selain itu Pulau Payar dan Tasik Dayang Bunting adalah destinasi bagi yang menyukai aktiviti selaman dan snorkling.
Untuk yang kaki shopping bolehlah melaksanakan niat anda itu di pekan Kuah kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang terdapat disitu antaranya coklat,barangan dapur,pinggan mangkuk dan sebagainya dengan harga yang berpatutan(lokasi tumpuan ;Idaman Suri Imporium,Jetty point,Langkawi Fair dan Ismail Group)
Untuk yang meminati sukan lasak seperti mendaki gunung bolehlah melakukannya dengan mendaki Gunung Mat Cincang melalui Telaga Tujuh ataupun mendaki Gunung Raya bermula dari Lubuk Semilang melalui 'tangga seribu'.Jika anda malas sangat nak mendaki anda boleh berkereta untuk ke puncak Gunung Raya tetapi pastikan dahulu yang kenderaan anda itu benar-benar berada didalam keadaan yang baik terutamanya sistem brek(maklumlah kereta sewa!)Selain itu ,kereta kabel juga turut disediakan untuk ke Puncak Gunung Mat Cincang bermula dari Langkawi Oriental Village.Dari puncak kedua-dua gunung tersebut anda akan dapat saksikan keindahan kepulauan Langkawi yang dikelilingi oleh lautan membiru,begitu indah dan memukau mata memandangnya.
Bagi yang pertama kali ingin menjejak kaki ke Pulau Langkawi bolehlah memulakan perjalanan anda bermula dari Jetti Kuala Perlis(40min-1jam) ataupun Jetti Kuala Kedah (1 1/2jam - 2 jam)menuju ke Jeti Kuah.Di Jetti Kuah anda boleh memilih kenderaan apa yang suka untuk disewa bergantung kepada $$ anda.Bermula daripada motosikal keriss,kereta kancil hinggalah kereta mewah yang sering anda idam-idamkan.Selain pengangkutan laut terdapat juga pengangkutan udara terus dari KL atau luar negara kerana ianya merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa,semuanya atas pilihan dan kemampuan anda sendiri.
mcm nk kenai ja budak baju kurung pakai tudung htm 2.....mana2 tempat mesti dia ada;-0
ReplyDeletehahaha..no komen
ReplyDeletekak mira jgn dok nak jeles k..........
ReplyDelete