Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Showing posts with label kerja amal. Show all posts
Showing posts with label kerja amal. Show all posts

Monday, July 11, 2011

XPDC PemBERSIHan Gunung Tebu 2011


Terlebih dahulu ingin aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh keberkatan ini.Dan salam kemaafan kepada semua pembaca2 blog cabuk aku ni andai kata ada part2 yg mungkin agak keterlaluan atau sikit2 terasa dlm penulisan aku yg terdahulu....perghhhh!!

Ok,berbalik kpd tajuk diatas apa yang aku nak kongsi dengan semua adalah xtvt yg kami lakukan seminggu sebelum tibanya Ramadhan.Jumlah keseluruhan peserta 18 peserta tetapi yang ingin mengeluarkan peluh jantan dan menguji keupayaan diri sampai penat tahap gaban adalah 12 orang sahaja.Selebihnya akan menjadi penunggu setia di tapak khemah sambil melayan mata dan meneroka alam 'Ipad'.Maklumlah sekarang ni tgh dok demam dgn tren sana ipad sini ipad.

Daki Gunung Tebu,pasang tali di trek pacak dan laluan sungai serta kutip sampah(bersih,bakar dan bawa turun) adalah target dlm misi kali ini.Walaupun aku pernah menganjurkannya pada tahun lepas dilokasi yang sama (sila klik sini) .Dan tahun ini aku aku selitkan juga dgn kerja2 memasang tali di denai dan juga ingin melihat sendiri keadaan di sana,adakah Gunung tebu masih lagi bersih atau???
Secara ringkasnya Gunung tebu berketinggian 1039 meter/ 3408 kaki dan terletak di Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.

Untuk makluman semua, penganjuran xtvt ini tidak dibiayaai dari mana pihak dan semuanya atas kutipan yuran penyertaan peserta.Kecuali tali denai yang akan dipasang sahaja yang disediakan pihak Jabatan Perhutanan Negeri serta kerjasama penuh drp kakitangan terutama renjer Khairul yang turut sama menyertainya dari mula hingga selesainya program ini.

Selepas mengerjakan solat subuh dan menikmati makanan pagi.Kesemua peserta diberi taklimat ringkas serta tugasan khas agar proses yang dirancang berjalan dgn lancar.Selesai senaman ringan dan bacaan doa,misi diteruskan dengan membawa tali sepanjang dua ratus (200) meter yang telah dikerat kepada tiga (3) bahagian dan seberat dalam anggaran lapan puluh (80) kilogram telah kami pikul untuk diletakan di laluan yang curam.Tali pertama dipasang merentangi sungai pertama yang mana pendaki2 yang ingin ke puncak terpaksa melintasinya.Ini bertujuan memudahkan pendaki melintasi sungai tersebut apabila airnya berarus deras.

Setelah selesai memasang kami berehat sebentar di Sungai Cakah untuk menghilangkan rasa penat.Maklumlah dengan beban yang dibawa serta pergerakkan yang sekejap jalan sekejap stop mengalahkan bawa beg 65 liter.Apa tidaknya,dgn tali yang dibawa panjang dan berat serta dibawa secara beramai-ramai.Paham-paham je lahh...Slow tak boleh ,laju lagilah tak boleh..Penatt ooooooo.Depan stop belakang pun stop,belakang stop depan tarik sorang laa..haha
Nak paksa lebih-lebih tak bolehkan coz ini kan kerja amal..Hehehe

Tali yang selebihnya dipasang selepas Batu Mat Hassan memandangkan kawasan tersebut agak sesuai dan secara kebetulan kami pun dah penat sangat!!Andaikata ada pembaca blog ini yang rajin dan mempunyai ideal nak memasang tali ditempat lain atau membaiki cara pemasangan tali tersebut dipersilakan.Jasa anda amat kami hargai kerana pada waktu tersebut kudrat kami agak terbatas memandangkan puncak Gunung Tebu belum berjaya lagi kami daki dan masa pun agak suntuk.Akhirnya setelah tujuh (7) jam mendaki, tujuh (7) kilometer berjalan, kumpulan kami tiba di puncak Gunung Tebu pada pukul 2:00 petang 9 Julai 2011.Perjalanan yang memenatkan dan memakan tenaga yang banyak, itulah sebabnya kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke puncak Gunung Tebu.

Takkala kaki ini menjejaki puncak Gunung Tebu,perasaan aku bercampur aduk...gembira,terharu,sedih dan marahhh!!

  • Gembira- kerana berjaya menjejaki lagi Gunung Tebu dgn selamat,sihat dan seronok melihat keindahan kawasan tersebut.
  • Terharu-dengan kerjasama semua peserta yang bertungkus lumus dan berpenat lelah melaksanakan misi sebentar tadi walaupun ada sebilangannya yang baru pertama kali mendaki gunung.Mereka juga tidak diupah untuk melakukanya,semuanya atas dasar tanggungjawap dan sayangkan alam ini.
  • Sedih-melihat masih ada lagi sampah sarap spt plastik,tikar,botol2 kosong,tin makanan dan lain-lain lagi yang ditinggal disepanjang laluan denai dan tapak perkhemahan serta puncak gunung.Dan masih segar di ingatan kenangan aku dan rakan2 lain membersihkannya pada tahun lepas.
  • Marah-dgn sikap segelintir pendaki yang masih dengan sikap lepas tangan dalam isu kebersihan.Dan bagi aku,pendaki2 sedemikian tidak dialu-alukan untuk menjejaki mana2 gunung!!Apa yang dicarinya diatas gunung jika tidak menikmati keindahannya.Sekurang-kurangnya sampah yang kau bawa naik tu kau bawa turun laa...Tak perlu kau bersih sampah orang,kalau dah malas sangat!!Kau ingat kau sorang saja ke nak naik gunung tu,cucu -cicit ko,generasi ko nanti tak nak naik ke?Seperti kata blogger ni(sila klik sini).Dan isu pendaki seperti ini telah aku huraikan didalam blog aku dulu (sila klik sini).Disebabkan segelintir inilah habis rosak semuanya,walaupun lebih ramai pendaki yang tidak bersikap sedemikian.

Setelah selesai menjamu selera makanan tengahari pada pukul 3 petang,kami melakukan kerja2 pembersihan dan setelah puas bergambar disekitar kawasan puncak.Kami bergerak turun agak laju memandangkan tiada lagi beban yang dipikul spt pagi tadi kecuali beg daypack dan 3 guni berisi sampah yg dikutip disepanjang laluan,puncak dan check point (Sg. Cakah,Batu Mat Hassan dan Punca Air).Kami tiba kembali ke tapak khemah dimana rakan2 lain sedang setia menunggu pada pukul 8.00 malam dan keseluruhan masa yang diambil adalah 13 jam,satu tempoh masa yang agak lama.Dan aku percaya dengan kekuatan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh semua peserta tadi,jika tanpa beban tali dan operasi pembersihan mungkin masanya akan kurang lagi daripada 13 jam.

Apapun misi ini telah berjaya walaupun dengan hanya kudrat 12 orang peserta sahaja tetapi itu sudah menjadi kepuasan bagi kami.Bukan wang ringgit yang kami pinta tetapi berharap agar keindahan kawasan tersebut kekal ke genarasi akan datang.Sekalung penghargaan dan tahniah kpd semua yang terlibat terutama kpd semua peserta yang tidak dpt aku tulis semuanya serta renjer Khairul ,renjer2 dari kawasan Lata Belatan dan juga Jabatan Perhutanan Negeri terengganu.

Sebarang maklumbalas ko email je ke
jeejoun@yahoo.com




Plak penghargaan daripada Renjer Khairol mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.


Beg sampah cap 'lembu'...



Menghayati keindahan dari batu 'jendela Dunia'


Di puncak gunung tebu...


Tarikkkkkk......


Gagah melangkah



Antara gambar-gambar yg sempat diambil ketika operasi tersebut....



Di Batu Mat Hassan


Peluh membasahi tubuh


Bapakk talii...


Orang lama sedang berkongsi cerita dan pengalaman.


Memasang tali merentangi sungai.


Bergambar kenangan dengan tali yang akan dibawa.


Sesi regangan



Hasil tuaian 'sampah'.




Friday, February 4, 2011

XPDC ANGSI KE ANGSI 2011.




Pada 14 Januari 2011 bertempat di hadapan pejabat Kompleks Operasi Petronas Kertih.Taklimat ringkas serta harapan Pelantar Angsi dan PMO telah diberikan oleh En. Mazlan Tamyis(bekas penguasa Pelantar Angsi) kepada peserta sebelum acara pelepasan peserta dilakukan.Seramai 40 orang peserta berlepas dari sini dengan menaiki sebuah bas sebelum berkumpul dengan baki peserta yang telah sedia berkumpul di Hutan Lipur Ulu Bendul. Disana setiap peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memberi peluang kepada semua peserta mengenali dengan lebih dekat diantara satu sama lain.Selain itu ianya juga bertujuan melicinkan perjalanan program yang dirancang seperti mendirikan khemah,memasak,mendaki dan sebagainya.Pada malam harinya, sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua XPDC kepada semua peserta serta disusuli dengan sesi suaikenal.

Secara dasarnya program ini telah diserta seramai 79 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Petronas Carigali (PMO),pelajar Politeknik Port Dickson N.Sembilan dan FLO Adventure Team.Kombinasi ini terjalin bagi melaksanakan satu misi iaitu selain mendaki Gunung Angsi,pembersihan trek dan puncak turut akan dilakukan bagi mengeluarkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh pendaki-pendaki yang tidak bertanggungjawab.
15 Januari 2011..Setelah selesai menunaikan solat Subuh secara berjemaah dan mengadakan senaman ringkas.Seramai 70 orang peserta mula mengorak langkah membelah kesunyian pagi dengan menyusuri sungai Batang Terachi di hutan lipur tersebut. Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semula jadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik.Untuk mendaki sehingga ke puncak Gunung Angsi tidaklah semudah yang disangka jika tiadanya kerjasama dan toleransi sesama peserta selain kekuatan individu itu sendiri.Ini kerana cabaran rupa bentuk muka buminya yang serba lengkap seperti mengharungi anak-anak sungai, laluan mencanak sebaik sahaja kami menyeberangi anak sungai. Keadaannya amat kering, merekah dan berlubang-lubang. Lubang dan rekahan terhasil dari hakisan air hujan yang mengalir. Akar pokok yang terdedah dan berselirat pula merentangi laluan dan memanjat menggunakan tali di celahan bukit adalah cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh setiap peserta XPDC ini.Apabila berada di puncak segala keletihan ketika mendaki tadi terus hilang dek kealpaan menikmati keindahan gunung dari puncak selain keriangan dan kepuasan yang menguasai diri.

Setelah selesai menikmati jamuan makanan tengahari di puncak Gunung Angsi dan memasang papan tanda peringatan .Operasi pembersihan kawasan daripada tinggalan sisa-sisa sampah terdahulu dilakukan disekitar kawasan puncak ,seterusnya menuruni disepanjang laluan denai yang dilalui tadi sehinggalah ke kawasan Kem Tangga Batu yang boleh diketegorikan sebagai ‘amat bermasalah’. Dengan jumlah pendaki yang ramai ini agak mudah untuk melaksanakannya.Sebanyak 3 guni sampah berjaya dikutip dan dikeluarkan dari hutan tersebut .Dengan terlaksananya operasi pembersihan tersebut maka berakhirlah sudah perjalanan program ini selain berjaya mendaki gunung Angsi.Diharap gunung ini akan pulih seperti sedia kala tanpa tinggalan sampah sarap daripada pengunjung yang tidak berkesedaran lagi selepas ini.Insyaallah……
Dengan kehadiran penguasa Pelantar Angsi yang baru iaitu En. M.Adzlan Che Ojang untuk menyampaikan sijil kepada semua peserta.Secara tidak langsung telah memberi semangat dan motivasi kepada peserta kerana terasa diri ini begitu dihargai dan memdapat sokongan dalam program sebegini.

Secara amnya penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan kepada setiap peserta.Seperti pentingnya penjagaan kesihatan diri dan pemakanan bagi melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung.Jika aspek tersebut diabaikan oleh setiap individu nescaya misi untuk menakluki puncak gunung tersebut akan menjadi sukar dan tidak mustahil jika ianya gagal.Selain itu dari segi keselamatan peserta, itulah keutamaan memandangkan penyertaan pesertanya yang ramai dan banyak halangan muka bumi yang perlu ditempuhi. Dan Alhamdulillah,semuanya selamat.Selain dapat mendaki gunung tersebut sekurang-kurangnya dapat mendedahkan peserta dengan alam sekitar dan menyedari betapa pentingnya kita memeliharanya demi generasi akan datang.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang bersama-sama mengikuti program ini kerana kerja2 yg anda lakukan adalah kerja mulia tanpa mengharapkan balasan dunia tetapi insyaallah akan ada juga balasannya suatu hari nanti.Cuma antara sedar atau tidak saja balasan yang telah tertulis itu nanti.
Sekian...

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti xtvt2 akan datang,sila pantau di laman fb saya...
JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR

Wednesday, August 18, 2010

Operasi Cuci Trek Gunung Tebu



Kelihatan para peserta sedang kusyuk mendengar.....



Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pembaca2 blog ini yg seagama dengan aku,semoga di bulan yg mulia ini kita berjaya mengaut seberapa banyak bekalan di kemudian hari.Dan juga pengisian bulan ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas...Agak lama juga aku meninggalkan ruangan penulisan blog ini memandangkan banyak urusan yang perlu dilaksanakan.Kadang2 baru nak mengarang, internet plak problem...internet ok ideal plak kosong...ideal mari mood plak blahh!!Masalah tullll.....

Kali ni aku nk bercerita secara ringkas tentang program yg aku baru laksanakan seminggu sebelum bermulanya puasa.Sebelum terlaksananya program ini banyak cakap-cakap belakang yg kurang enak didengar terpaksa aku tanggung tetapi atas dorongan kawan2 dan keluarga aku teruskan juga.Biarlah cakap2 itu terbakar dan tenggelam dengan sendirinya seperti mana sampah-sarap yg kami pungut di Gunung Tebu ini dibakar oleh kumpulan kami tempoh hari.Tidak perlulah aku memanjangkan lagi isu kerana bagi aku program ini telah pun berjaya...
Walaupun tidak sebersih 100% tetapi kumpulan kami telah cuba dengan kudrat yang ada untuk membantu membersihkan gunung tersebut.

Program pembersihan Gunung Tebu ini dianjurkan oleh Angsi Family Club yang berpengkalan di pelantar Angsi dan setiap peserta diwajibkan membayar yuran penyertaan tidak kira peserta itu pekerja Petronas atau pun tidak.Tujuan xtvt ini diadakan adalah selain mendaki gunung tersebut sekurang-kurangnya para peserta dapat membantu membersihkan kawasan gunung dan denai.Segala urusan dari A ke Z utk. program ini adalah wang hasil kutipan peserta dan aku berterima kasih kepada Petronas Carigali(PMO) kerana menyediakan pengangkutan kepada kami walaupun pada asalnya pakej pengangkutan tidak disediakan pada peserta.Kepada Kedai Emas Salfinah Hj Yunus Kuala Krai Kelantan kerana menaja khemah untuk kegunaan kami serta Local Engineering yang menyediakan papan tanda untuk diletakkan di puncak gunung.
Selain itu jutaan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan pihak Renjer Lata Belatan kerana banyak membantu dalam menjayakan program ini dan turut sama mendaki bersama-sama kami.

30 Julai hingga 1 Ogos 2010 kami berkampung di sana bagi mendekatkan kami dengan alam semulajadi.Bermula dengan hari pertama di Hutan Lipur Lata Belatan,xtvt disini lebih kepada bersifat santai seperti sesi taklimat drp. penganjur bersama Jabatan Perhutanan Negeri,makan durian,bbq,mandi manda di jeram serta persiapan peralatan.



Untuk hari kedua barulah kekuatan mental dan fizikal para peserta diuji dengan faktor2 semulajadi kawasan tersebut.Untuk hari ini para peserta diberi tugas untuk mencari sampah disekitar laluan rentis dan meninggalkannya ditengah laluan trek.Sampah2 ini akan dipungut ketika kami menuruni gunung pada keesokkan harinya.Operasi pembersihan hari kedua lebih tertumpu kepada kem-kem utama seperti Sg. Cakah Dua,Batu Mat Hassan dan Punca Air.





Papan tanda moral diletakkan sebagai peringatan kepada pengunjung lain..



Untuk hari ketiga operasi pembersihan tertumpu kepada tapak perkhemahan itu sendiri dan puncak Gunung Tebu.Sampah sarap yang dipungut dikelaskan mengikut jenis sampah itu sendiri spt. sampah yg boleh dibakar atau tidak boleh dibakar.Yg mana boleh dibakar akan kami bakar dan yg mana tidak akan kami bawa turun ke bawah dan diserahkan kpd Jabatan Perhutanan.Kebanyakkan sampah yg tidak boleh dibakar adalah spt messtin,cerek air,tin-tin,botol,tin gas dll. yang ditinggalkan.

Pemandangan kepulauan di Laut Cina Selatan dari tapak perkhemahan di puncak Gunung Tebu pada awal pagi.

Pak Syed dan Eliyas sedang mencari sampah di kawasan puncak..


Dengan hasil pencarian masing-masing...

Contoh sampah yg ditinggalkan...Akan kami bawa turun..


Yang Dibakar.....


Disini aku selitkan sedikit maklumat ringkas tentang gunung ini. Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,039 meter dan Gunung Tebu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal.
Keunikan Gunung Tebu ialah di puncaknya terdapat sebuah kubur dan tempat yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa. Lokasi Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalan Raya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari Pekan Jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Hutan Lipur Lata Belatan, adalah titik permulaan untuk mendaki Gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki.
Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah dan bersiar-siar. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
SUMBER- MAJLIS DAERAH BESUT


Doa mengiringi perjalanan....

'SAYANGILAH HUTAN KITA DAN BERSAMA KITA MEMELIHARANYA'
diletakkan di puncak Gunung Tebu.

Peserta dengan sampahnya...Tahniah!!!


Dengan dorongan daripada rakan2 sekalian.Insyaallah akan ada lagi program seumpama ini tidak lama lagi.

.....jeejoun...