Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, December 13, 2008

Bukit Fraser,Pahang

kedai cenderamata yang terdapat diBukit Fraser,pada hari minggu atau cuti am terdapat 'mini pasar malam di sekitar kawasan ini'.


Masjid Bukit Fraser


Sejarah Bukit Fraser





Dihadapan tempat penginapan'Silverpark'



















































































Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah tinggi Bukit Fraser ini terasa suatu kelainan berbanding dengan tanah tinggi yang lain.Boleh dikatakan keaslian semulajadinya masih lagi terpelihara dan bilangan tempat penginapan yang terhad menyebabkan jumlah kenderaan pun agak terhad.Mungkin juga pihak yang terlibat sengaja menghadkan kemasukkan pelancong kesitu untuk mengawal keindahan alam semulajadi dikawasan tersebut dan langkah tersebut dirasakan amat bersesuaian demi generasi akan datang.
Bagi yang inginkan ketenangan dan kedamaian tanpa sebarang gangguan hirup piruk kota bolehlah mengunjungi tempat ini terutama yang baru menjadi 'raja sehari'.Gerenti tempat ini adalah pilihan yang tepat jika anda adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.
Antara lokasi yang boleh anda lawati ketika berada disini ialah air terjun,taman bunga,padang golf,smoke house dan view point.
Tetapi sebelum anda memulakan perjalanan ke Bukit Fraser,pastikan kenderaan berada di dalam keadaan 'tip top' dan minyak kenderaan separuh penuh atau penuh kerana di atas sana tiada Workshop dan stesen minyak!!
Begitu juga dengan kedai runcit,seingat saya cuma ada 1 atau 2 kedai sahaja diatas sana so saranan saya supaya belilah dahulu segala keperluan yang dirasakan perlu dibawah sebelum menaiki Bukit Fraser.
Untuk kesitu terdapat 2 laluan samada melalui Raub ataupun Kuala Kubu Baru dan kedua-dua bandar tersebut merupakan bandar yang terakhir sebelum anda tiba ke Bukit Fraser.
"Selamat Bercuti"


Jeejoun
2008

8 comments:

  1. assalamualaikum..

    terima kasih maklumat mengenai BUKIT FRASER..
    minta jasa baik en. memberi maklumat detail mengenai laluan ke bukit fraser menggunakan pengangkutan awam melalui raub pahang ,kerana saya rancang untuk bercuti ke tempa berikut... sila emailkan ke : scudmissile81@yahoo.com secepat mungkin sekian

    ReplyDelete
  2. sy baru turn dari bukit tu... menurut org lama disitu tanah disitu hijau..tapi tanah tu semua dah bertuan. sikit hari lagi kalau ekonomi pulih semua akan gondol sebab nak buat rumah banglow....

    ReplyDelete
  3. setahu saya tiada pengangkutan awam terutama bas utk kesana kecuali bas rombongan yg disewa khas...lagi satu option saudara boleh sewa teksi dari pekan raub dan berbincang dgng driver teksi tersebut tentang perjalanan pergi balik saudara..ini kerana tiada stesen bas@teksi diatas sana kecuali menumpang kenderaan yg hendak turun kebawah terutama penduduk yg ingin mengambil bekalan mereka!!
    Selamat Bercuti.......

    ReplyDelete
  4. harap2 kerajaan dengarlah suara rakyat...

    ReplyDelete
  5. kak mira tu sibuk jer nak
    suruh bawa dia.......

    ReplyDelete
  6. sapa2 pun boleh saja...janji simpan duit ada cuti,cakap banyak tak mau!

    ReplyDelete