Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, January 24, 2010

Ish..Ish..Medan Selera Berinchang

Kali nie aku nak memperkatakan sikit tentang satu tempat yg aku kira tak sepatutnya berlaku dan membiarkannya ianya terus dan terus berlaku..........
Semalam cuti hujung minggu 23/01/2010 aku saja membawa famili makan angin kat tanah tinggi Cameron Highlands, lagipun nak survey lokasi utk aku bawa group bulan 3 kesana nanti..
Orang cakap 2 dalam 1, sambil nyelam sambil minummm!

Nak ringkaskan cerita..Medan Selera Berinchang lokasi tumpuan pelancong terutamanya kaum muslim seolah- olah tiada langsung tukang sapu @ tukang cuci yg nak cuci kawasan tersebut. Dengan sampah sarap berlonggokkan disatu sudut, sinki tersumbat serta puting rokok bersepah dilantai membuatkan sakit mata memandang dan bau yg kurang menyenangkan...
Takkan MDCH terlepas pandang kot! Inikan lokasi tumpuan,dahla tempat makan muslim bukannya banyak sangat kat atas sana...Lagi satu ,takkan peniaga kat situ tak nampak sampah sarap kat situ, jangan asyik nak cari untung saja...Tolong la apa yg patut dan termampu, jika tempat bersih dan layanan mesra..Aku rasa ramai pelanggan yg akan datang dan datang dan datang lagiiiii...Kalau tak jangan haraplah! Sekali tu saja la kot.

Aku bukannya nak terjah tak tentu pasal lagipun isu ni dah lama tapi masih tak ada perubahan...Nak kata selalu kesana takut orang kata berlagak pulak tapi boleh check balik blog aku yg terdahulu, itu belum termasuk yg saja aku tak mau nak masukkan! Dah lama aku nak highlight kan isu ni tapi bila balik saja ke rumah terus terlupa..Cuma kali ni aku kena bongkarkan isu ini,mana tau kot2 ada pihak2 tertentu yg terbaca dan tertengok blog cap ayam aku ni dan boleh membuat sesuatu utk. menyelesaikan masalah ini.Kitakan 1 Malaysia!!

Untuk makluman bulan Mac nanti aku akan kesana lagi atas urusan kerja dan 'aku akan tinjau semula lokasi kejadian'...Insyallah.


Inilah medan selera Berinchang....Sinki basuh tangan ada kat belakang!


Kotor,tersumbat,busuk dan berconteng (kalau nak bagitau pelanggan pun buatla ayat formal..cantik sikit!)


Tak tau nak cakap.....


Anda fikir la sendiri...Anda buat la rumusan sendiri...


Bukan nak memalukan dan mengaibkan pihak-pihak tertentu tetapi demi kebaikkan kita bersama.Andai kata penulisan aku agak kasar dan mengguris perasaan sesetengah pihak harap maaf yea!!!



3 comments:

  1. Warga Jati BrinchangJanuary 25, 2010 at 12:03 PM

    Perkara sebenarnya begini.

    Setiap peniaga di Food Court Brinchang tidak berhubung dengan baik. Setiapnya boleh dikatakan bermusuh sebab perniagaan. Jika meja di depan gerai A kotor, B hanya bersihkan meja depan kedai dia. Peduli apa pasal meja depan gerai orang.

    Kalau sampah berlonggok kat tempat lain selain kedai A atau B, takde sesapa nak ambil peduli bersihkan. Sebab itulah sinki kotor. Sinki bukan sesapa punya.

    Saya pernah order roti canai untuk anak saya, peniaga tu tanya duduk mana, saya kata sana (bukan depan kedai dia), dia kata kalau dok situ minta maaf aje la...dia tak nak buat. Terpaksa saya beli roti canai tu bungkus dan bagi anak makan dalam kertas. Sebab dia nak sangat kan. Kalau kita dok depan gerai dia, nanti nasi lemak kedai sebelah pulak takleh beli sebab gerai dia takde jual nasi lemak.

    Apa pun begitulah suasana food court brinchang. Pelancong mungkin tak kesah sebab datang sekali sekala. Kami warga sini agak terasa jugak.

    ReplyDelete
  2. oo macam tu ka! Sepatutnya perkara macam ni tak patut berlaku lagipun itu kan lokasi pelancongan.Dah tu peniaga kat situ majoriti melayu plak,kalau cakap lebih2 kena marah plak,kalau bisnes slow ckp melayu x nak tlg melayu pulak!
    Apa pun aku rasa bersimpati pd cerita Warga Jati Berinchang..So harap2 ada la pihak2,ngo2 @ agensi2 yg boleh tlg dlm hal ini........Kitakan 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  3. semalam (18/3/10) aku pergi makan kat situ sambil tinjau2...
    keadaan masih macam tu lagi,mendukacitakan kecuali di 3 sinki airnya saja yg sudah boleh diguna pakai..

    ReplyDelete