Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, October 30, 2010

Penjaga kunci Gunung Merapi ditemui mati dalam keadaan sujud

27/10/2010 11:47am


MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunug berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - UTUSAN


YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.

Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.

Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.

Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.

Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.

Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan



ARKIB : 19/05/2006

Kehebatan Maridjan meramal Merapi

GUNUNG MERAPI 18 Mei - Hampir empat minggu telah berlalu sejak banyak pihak mula meramalkan letupan Gunung Berapi Merapi.

Namun di sebalik semua ramalan tersebut, hanya seorang lelaki yang mampu meramalkan dengan tepat keadaan Merapi.

Beliau melakukannya tanpa bantuan saintifik melainkan bergantung kepada naluri dan hubungan ghaib selama bertahun-tahun dengan gunung berapi tersebut.

Beliau ialah Mbah Maridjan, 79, (gambar) yang dilantik oleh mendiang pemerintah Wilayah Khas Yogjakarta, Sultan Hamengkubuwono IX sebagai Penjaga Gunung Merapi pada 1983 berikutan kematian bapanya yang menjadi penjaga sebelum itu.

Maridjan telah menjadi perhatian kerana keyakinan yang disuarakannya bahawa “Merapi masih belum mahu meletup.”

Beliau dipetik sebagai berkata, sebagai gunung berapi yang aktif ia adalah normal untuk berderam pada ketika tertentu dan mengeluarkan abu panas dan gas yang dikenali sebagai ‘wedhus gembel’ atau kambing yang berjurai.

Maridjan dipetik akhbar tempatan sebagai berkata, beliau tidak akan meninggalkan kawasan pergunungan itu kerana sebagai penjaga tidak boleh dilihat sebagai pengecut atau menyelamatkan diri sendiri ketika keselamatan penduduk sepatutnya menjadi keutamaannya.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk yang bosan tinggal dalam khemah-khemah yang sesak, yang disifatkan sebagai ‘penjara’, pulang ke kampung mereka di lereng Merapi tanpa mempedulikan amaran ia masih berbahaya.

Merapi tenang semula hari ini selepas mengeluarkan debu dan gas panas semalam.

– Agensi

No comments:

Post a Comment