Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, June 26, 2010

The Red Warriors Station @ KTC

big screen

ala santai berlatarbelakangkan foto-foto


Bahang Piala Dunia 2010 jelas terasa kehangatannya tak kala keputusan-keputusan perlawanan adalah diluar jangkaan kita.Setiap hari topik bolalah yang meniti dibibir setiap peminatnya daripada golongan tua hinggalah ke budak sekolah,dari pejabat hinggalah ke warung kopi.
Oleh itu saya ingin membawa anda sejenak yang mungkin berada disekitar Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu ke sebuah lokasi yang sesuai dan agak selesa untuk menyaksikan perlawanan2 sepanjang Piala Dunia ini berlangsung.The Red Warriors station @ KTC ini terletak di bangunan Kelantan Trade Centre dan bersebelahan dengan Perdana Medical Centre.
Dengan hiasan dalaman yang banyak menampilkan perihal bolasepak Kelantan hinggakan menu makanan dan minuman pun berlatarbelakangkan individu2 daripada skuad 'red warriors' itu. Selain itu terdapat juga sudut jualan cenderamata pasukan tersebut untuk untuk anda jadikan ianya sebagai kenang-kenangan.


peminat cilik...

di perkarangan luar


Dari luar..










Monday, June 14, 2010

KAMALODGE Taiping.



Bagi yang inginkan merasai ketenangan ketika bercuti di lokasi tumpuan seperti Bandar Taiping, Kamalodge Taiping adalah jawapannya.Dengan suasana persekitaran yang menghijau tanpa gangguan deruan enjin kenderaan serta kesesakkan lalulintas.Mempunyai landskap yang menarik serta sebuah kolam ala 'mini water park' pasti akan membuatkan kita terleka sejenak dengan masalah di tempat kerja.Berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong seperti :-
  • Zoo Taiping
  • Bukit Larut (Maxwell Hill)
  • Burmese Pool
  • Commonwealth War Memorial
  • Perak Museum
  • Taiping Lake Garden
  • Taiping Town
*Untuk makluman anda dihotel ini juga terdapat sebuah restoran dan menu yang menarik untuk dikongsi adalah western foodnya terutama beef stick.Dan untuk maklumat lebih lanjut sila berhubung terus dengan...

Kamatravel & Tours Sdn. Bhd.
No. 7, Lot 4584, Jalan Bukit Larut,
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Phone: +6(05)8061777 / +6(05)8062777
Fax: +6(05)8062000
Email: kamtrav@streamyx.com / kamatravel@yahoo.com

Blog saya yang bersangkutan dengan Taiping:

Doli Koey Teow Goreng Taiping.

Nur Zetty Mee Udang Changkat Jering





POLYLAND INN

Hotel ini terletak bersebelahan dengan pasar borong Wakaf Che Yeh, apabila malam menjelma suasana persekitarannya akan menjadi lebih meriah dengan jualan malamnya. Pelbagai jenis barangan boleh didapati di Wakaf Che Yeh ini daripada barangan basah hinggalah ke barangan isi rumah dan pakaian harian yang terkini.

Jadi bagi pelancong yang inginkan keselesaan tempat tinggal disamping kemudahan membeli-belah di Wakaf Che Yeh, inilah tempatnya.Turun tangga hotel terus shopppinggg....!!
Keadaan dalaman hotel ini agak bersih dan selesa memandangkan ianya baru beroperasi 4 bulan.Layanan daripada kakitangan hotel tersebut juga mesra dan peramah disamping harga bilik yang ditawarkan agak berpatutan.

  • 5 km ke bandar Kota Bharu
  • Astro dan kemudahan WIFI disediakan
  • 500 m ke Lebuhraya Rantau Panjang/Pasir Mas
  • Terletak didalam kawasan tumpuan Wakaf Che Yeh.









Nearby Facilities
  • 3 Min walking to the Mosque
  • 2 Min walking distance to the bank
  • 2 Min walking distance to 7 Eleven
  • 3 Min walking distance to 24 Hour Mc Donald's Restaurant.
  • 3 Min walking distance to the nearest Super Market
  • 3 Min walking Distance to Permata Hijrah ( Alternative Eye Care Center )
  • Restaurant and Cafe around the Hotel.
Contact Us
Polyland Accomodation (Hotel & Apartment)
Lot 725/724 Block E
Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai, Kota Bahru
Kelantan
Tele/fax: 09-7439090
E-mel: -->polyland_acc@yahoo.com

http://www.polylandinn.com/