Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, February 22, 2010

Misi Berjaya...

Alhamdulillah .....
Setelah seminggu berhempas-pulas dengan segala kudrat yg ada serta semangat kerjasama diantara peserta akhirnya berbalas apabila ekspedisi Gunung Tahan 2010 yang dianjurkan berjaya mencapai sasaran.
Tarikh 13 hingga 19 Februari 2010 menjadi saksi kegigihan 12 orang anak muda yang diketuai oleh Frost dari KP Hiker. Bermula dari Taman Negara Sungai Relau, Merapoh dan berakhir di Taman Negara Kuala Tahan.Trip-trip sebegini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dari segi kekuatan mental dan fizikal. Latihan yang cukup sangat diperlukan bagi memastikan trip yang lama sebegini berjalan dengan lancar dan setidak-tidaknya dapat meminimumkan kecederaan pendaki sekiranya berlaku.

Untuk kali ni aku nak cerita bab pakaian dulu, next artikel baru aku karang catatan perjalanan sepanjang aku berada di Taman Negara tersebut.Tunggu ada ideal....!!
Diingatkan bahawa geografi gunung di Malaysia atau hutan hujan tropika adalah berbeza dengan gunung yang terdapat di sebelah barat atau selain hutan hujan tropika. Ini kerana, pemakaian kasut boot kadang-kadang tidak sesuai untuk trip seperti ini. Para pendaki terpaksa melintas sungai yang banyak, berjalan di permukaan tanah berselut dan berakar serta merangkak adalah antara cabaran yang dihadapi oleh para pendaki gunung-gunung Malaysia.Jadi kasut getah agak sesuai dengan faktor-faktor tadi dan harganya pun agak murah,jika anda masih juga ingin memakai kasut boot seboleh-bolehnya bawalah kasut spare untuk kes kecemasan .Kalau kauorang tak caya cuba tengok gambar dibawah..



Kasut Camel Active-Outdoor Tracker ini aku baru saja beli kat Pertama Kompleks utk persiapan mendaki Gunung Tahan memandangkan kasut Hi-Tec aku dah agak usang.Walaupun baru beli dek pukulan trek Gunung Tahan yg memang trail terus barai!! Jawabnya tiap-tiap hari la kena ikat depan kasut tu supaya boleh bertahan hingga ke Kuala Tahan.Aku tengok member-member lain yg pakai kasut getah ok saja...

Selain itu anda juga tidak memerlukan pakaian trekking yang banyak dan hanya memerlukan set yang sama ketika trekking. Ini kerana anda akan sentiasa berpeluh dan basah kerana hujan atau kelembapan di mana anda perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Ingat! Pakaian yang baik ketika itu adalah pakaian yang mudah kering, boleh nafas dan ringan.

Jadi ini sajalah maklumat untuk dikongsi dengan kau orang semua utk kali, lepas ni kalau ada ideal baik punya kita jumpa lagi....


Sekian,
jeejoun@yahoo.com

Thursday, February 11, 2010

Umai Rindu pada hutan.

Mungkin bingkisan cerita yg aku ambil daripada akhbar Kosmo ini dapat memberi sedikit maklumat yg boleh dikongsi oleh para peminat sukan/aktiviti mendaki secara amnya....


Mahu kembalike Gunung Tahan


Meskipun dua tahun berlalu, namun insiden tersesat selama 19 hari di Gunung Tahan masih tersemat kemas dalam memorinya. Bahkan, Umai menaruh harapan untuk kembali ke sana dan perkara pertama yang mahu dilakukanya ialah meneguk air sungai di situ.




TIGA hari lalu, genap dua tahun peristiwa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameaun sesat di Gunung Tahan.

Namun, bagi empunya diri yang kini berusia 23 tahun, memori yang tersemat di ruang sanubarinya menganggap kejadian menimpanya itu seolah-olah mimpi ngeri yang baru semalam terjadi.

Kini, Umai sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor dan bakal menamatkan pengajiannya pada pertengahan tahun depan.

Pada masa yang sama, dia menyimpan rindu dendam untuk menawan kembali Gunung Tahan yang pernah menjadi 'penjaranya' selama 19 hari sepanjang 7 hingga 26 Februari 2008.

"Saya tidak trauma atau serik untuk ke hutan selepas kejadian itu, malah terlalu teringin dan rindu untuk menjejakkan kaki semula ke sana. Cuma sehingga kini belum ada berkesempatan.

"Perkara pertama yang saya akan lakukan apabila berkunjung ke sana adalah meneguk air sungai di situ yang menjadi nadi kepada saya meneruskan kehidupan sepanjang bertungkus-lumus mencari jalan keluar," katanya yang turut berhasrat singgah semula di batu di tepi sungai yang menjadi 'tilam empuknya' dalam gelap malam.


UMAISARAH dan kawan-kawannya gemar mengikuti ekspedisi kembara lasak.


Malah katanya, ibu dan ayahnya juga merancang ke Kuala Tahan di Taman Negara untuk berjumpa dengan kumpulan renjer pertama yang menjumpainya. Ibu bapanya ingin menyampaikan rasa terima kasih kerana kejayaan operasi mencari dua tahun lalu.

Ternyata pengalaman itu sungguh istimewa buatnya. Kalau tidak, masakan Umai mahu mengabadikan kisah sesat selama 19 hari ketika menyertai ekspedisi Komander Kesatria itu dalam sebuah buku.

Buku bertajuk 19 Hari Sesat di Gunung Tahan setebal 164 muka surat terbitan Buku Prima itu menceritakan setiap detik Umai bertarung nyawa di hutan itu.

"Buku itu menceritakan daripada hari pertama saya sesat sehinggalah saya diselamatkan. Ia berkisar tentang perkara yang saya lakukan demi survival, termasuk jerih payah meneroka seluruh pelosok hutan untuk mencari jalan keluar.

Sebenarnya, hasrat untuk membuat catatan diari terlintas ketika sudah seminggu Umai 'terjerat' dalam belantara itu.


KERATAN akhbar Kosmo! yang tidak ketinggalan melaporkan kes Umai yang sesat di dalam hutan.


"Saya rasa, pengalaman tersebut perlu dibukukan supaya pembaca dapat membayangkan segala yang dialami oleh saya pada masa itu," katanya yang mula merangkaikan bibit-bibit pengalaman sesatnya tiga hari selepas diselamatkan.

Buku tersebut telah siap pada awal bulan Mac tahun lalu dan telah diterbitkan dua bulan kemudian.

Apakah momen yang paling terkesan dalam dirinya sepanjang menjadi 'penghuni' hutan Gunung Tahan, Umai yang mendapat jolokan Mai Komando memberitahu, saat bermalam di perut hutan amat diingatinya hingga kini.

Takut

"Keadaan malam begitu kelam dan sunyi hinggakan saya sentiasa dihantui perasaan takut. Setiap kali diuji dengan rasa sejuk dan lapar, hati saya meronta-ronta untuk segera kembali ke pangkuan keluarga

"Satu persatu wajah orang tersayang bermain di fikiran. Perasaan itu sungguh menginsafkan. Air mata sudah menjadi peneman setiap kali mahu melelapkan mata," ceritanya.

Tambahnya, apabila terkenang peristiwa itu dia pasti sebak dan tumpas untuk menahan air matanya daripada mengalir. Kisah itu umpama mimpi kerana dia tidak menyangka akan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang.

"Selepas seminggu sesat di dalam hutan, saya sudah berputus harap dan hilang keyakinan untuk mencari jalan keluar. Saya sering membayangkan dapat bertemu jalan keluar tetapi tidak pasti sama ada keluar dalam keadaan bernyawa atau tidak.

"Tipulah kalau saya kata tidak takut. Sudahlah berseorangan di dalam hutan yang gelap gelita yang menyeramkan, macam-macam adegan filem seram mengganggu dalam benak fikiran," katanya.

Masuk hari ke-15 terperangkap dalam rimba gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia itu, Umai masih belum menemui tanda-tanda bahawa dia akan meninggalkan kawasan tersebut. Sehinggalah Umai mendapat pertunjuk dalam mimpi.


PELBAGAI usaha dijalankan untuk menjejaki Umai yang hilang.


Dalam mimpi itu kelihatan gurunya yang dipanggil Cikgu Nasri dan rakannya, Syed Zahir, bersila di atas batu yang menjadi tempat tidurnya.

Dalam mimpi itu, Umai memberitahu hasratnya untuk meninggalkan tempat tersebut, namun Cikgu Nasri menunjukkan nota di atas sekeping kertas yang bertulis 'jangan jalan dulu kerana bantuan akan sampai'.

Apabila Umai mahu mendapatkan penjelasan lanjut, kelibat Cikgu Nasri dan rakannya hilang begitu sahaja.

Walaupun sedar bahawa itu hanyalah mimpi, namun pesanan itu dipegangnya juga tetapi hanya untuk sehari. Dia bosan menunggu kerana bantuan yang dinantikan tidak kunjung tiba.

Perjalanan yang mencabar itu diteruskan sehingga kira-kira sejauh 30 kilometer sehinggalah dia tiba di sebuah tapak perkhemahan. Umai telah ditegur oleh seorang lelaki, Ubaidillah Deris yang ketika itu sedang menjadi jurupandu arah untuk dua orang pelancong asing. Itulah detik kebebasan buat Umai.

Pemakanan berubah


SAAT cemas setelah Umai berjaya dibawa keluar dari hutan dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.


Selepas ini kata Umai, sebelum hendak memasuki hutan atau mendaki gunung, dia akan bawa bersama kelengkapan wajib iaitu lampu suluh, pemetik api, wisel, cermin dan pisau kecil bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Ibunya, Nur Azah Ismail, 45, ketika dihubungi memberitahu, sejak peristiwa anaknya sesat di hutan dua tahun lalu, corak pemakanan Umai mula berubah.

"Sebelum ini, Umai berbadan gempal, namun selepas kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram, dia hanya makan sedikit sahaja. Nak jaga badan katanya.

"Terasa hati juga apabila Umai yang pulang sekali sekala ke rumah dari UiTM tidak berselera seperti selalu. Dia hanya makan nasi sedikit tidak seperti selalu," kata Nur Azah.

Tambahnya, tingkah laku Umai juga berubah. Umai sangat selektif apabila melakukan aktiviti dengan rakan-rakannya supaya ia tidak berunsur hiburan yang melalaikan.

Tambah ibunya lagi, kalau ada kawan Umai yang sekadar mengajak ke karaoke pun, Umai berat hati untuk penuhi hasrat kawannya. Umai mungkin ada sebabnya sendiri.

"Umai sekarang rajin berpuasa. Apabila ditanya mengapa, dia hanya menjawab mahu merasai semula rasa lapar seperti dia sedang sesat di hutan tanpa bekalan makanan.

"Dia sepertinya tidak mahu mensia-siakan peluang kedua yang diberikan oleh Allah setelah selamat kembali ke pangkuan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, dalam buku 19 Hari Sesat di Gunung Tahan, Ubaidillah memberitahu, sebelum Umai sesat di hutan kawasan tersebut ada seorang wanita berketurunan India mengalami masalah yang sama tetapi dia hanya sesat sepuluh hari sahaja.

"Wanita tersebut merupakan seorang doktor yang pakar dalam bidang tumbuh-tumbuhan.

"Walau sesat, dia masih tahu memilih makanan yang tidak beracun untuk mengalas perut. Namun ketika wanita itu ditemui dan diselamatkan dia dalam keadaan terbaring dan nyawa-nyawa ikan," katanya.

Sumber rujukan:

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Selangkah ke Gunung Tahan...

Besok aku ngan team KP Hiker akan memulakan satu misi menakluki puncak Gunung Tahan.
Gunung ini merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung ini digazetkan sebagai Taman Negara diurus oleh Jabatan Perhilitan, Taman Negara Tahan.
Segala persiapan dah 99% selesai.Barang-barang mahupun kekuatan fizikal dah cukup ready kot!Agaknyalah...Harap2 ok kot!
Tiket keretapi dah beli awal2 lagi
Masalahnya sekarang esok dah nak pi..Aku selsema la pulak!!Harap2 esok atau lusa ok kot..Aku ni kalau dah selsema, badan lari setting sikit.Mungkin pasal minggu nie aku dok pulun training kot,tu yg selsema tibai aku!


Climbers

1. Frost - Confirmed
2.
Ameer Khan - Confirmed
3. Chombee - Confirmed
4. Pakli - Confirmed
5. Azman - Confirmed
6. Jeejon - Confirmed
7. Proli - Confirmed
8. Proli I - Confirmed
9. Ridzuan Omar Ali - Confirmed
10. Chubulat - Confirmed
11. Chubulat I - Confirmed
12. Ucop - Confirmed




Tentative


12 Feb 2010 ~ Friday
2046 : Train from Wakaf Bharu to Merapoh

13 Feb ~ Saturday ~ 1st Day
0100 : Arrive at Merapoh
0700 : Taxi to Sg Relau
0800 : Register at Forestry
1000 : 4WD to Kuala Juram
1100 : Trek to Camp Kor
1700 : Arrive at Camp Kor

14 Feb ~ Sunday ~ 2nd Day
0800 : To summit of Mt Tahan
1530 : Arrive at Botak Hill (LWP)
1700 : Arrive at summit

15 Feb ~ Monday ~ 3rd Day
1000 : To Mt Gedung
1400 : Gedung & Padang junction (LWP)
1500 : Arrive at campsite

16 Feb ~ Tuesday ~ 4th Day
0800 : To Kuala Teku
1800 : Arrive at campsite

17 Feb ~ Wednesday ~ 5th Day
0800 : To Kuala Melantai/Tengah Camp
1800 : Arrive at campsite

18 Feb ~ Thursday ~ 6th Day
1000 : To Kuala tahan
1400 : Arrive at Kuala Tahan
1500 : Register at Forestry
1600 : Check in chalet

19 Feb ~ Friday ~ 7th Day
0600 : Bus to Jerantut
1000 : Arrive at Jerantut train station & explore Jerantut

20 Feb ~ Saturday ~ 8th Day
0100 : Train to Wakaf Bharu
0600 : Arrive at Wakaf Bharu




Tuesday, February 9, 2010

Tan Sri dalam kenangan...


Hari ini tanggal 9 Februari 2010 merupakan hari terakhir khidmat tokoh yang aku sanjungi dek kepintaran serta ketokohannya didalam syarikat Petrolium Nasional Berhad (Petronas).Tegas dan kreatif adalah kunci utama yg aku nampak didalam jiwa seorang insan yg aku hormati ini bagi memastikan syarikat kebanggaan negara ini berada ditahap yg membanggakan seperti sekarang.Bukan mudah nak memacu dan memajukan syarikat negara menjadi terkenal!

Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas , sebuah syarikat konglomerat petroleum di Malaysia dan dunia. Tempoh kontrak perkhidmatannya dari 1989 hingga 9 Februari 2010.

  • Lahir pada 18 Oktober 1952 di Sungai Petani, Kedah.
  • Bersekolah di Sekolah Rendah Ibrahim di Sungai Petani.Sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada 1971.

Falsafah Tan Sri Hassan..
"Dana syarikat minyak negara hendaklah diuruskan dengan baik kerana ianya adalah kekayaan negara"

Selepas bersara, pengganti beliau ialah Datuk Shamsul Azhar Abbas bermula 10 Februari 2010. Datuk Shamsul Azhar Abbas merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Bhd


RUJUKAN;
  1. WAWASAN TERLAKSANA-transformasi sebuah perbadanan minyak nasional-Paddy Bowie
  2. WIKIPEDIA

Saturday, February 6, 2010

Paka Chalet,Terengganu.


Murah dan berbaloi.....Dengan hanya RM 70.00 semalaman, anda akan disajikan dengan panorama dan desiran air Laut Cina Selatan.Lokasinya yang terletak dikawasan perkampungan nelayan menjanjikan 1001 kenangan takkala melihat para nelayan pulang membawa hasil laut setelah seharian mengharunginya.Jika bernasib baik anda juga akan melihat kaum wanitanya bersama2 membantu si suami menjemur ikan atau sotong untuk dijadikan ikan atau sotong kering di kawasan halaman rumah mereka.

Selama 3 hari 2 malam aku berkampung di chalet ini dan selama itu jugalah aku sekeluarga menggunakan masa dan peluang yg ada untuk menjelajah segenap pelusok kawasan Paka. Terkenal dengan kawasan industri minyak dan gas negara selain bandar Kertih, bandar Paka ini juga tidak terlepas daripada arus perubahan dek kepesatan dan kemajuan negara.Malam terakhir aku di chalet tersebut, apa lagi...BBQ laaa! Meriah dan kecoh jugala apabila 3 keluarga berhimpun. Si adik nak main pasir....si abang nak memancing...Si ayah nak membakar ikang segar yg baru dapat..Si ibu nak meyediakan bahan2 makanan..Apa pun ucapan terima kasih kepada keluarga Jinggo dan Fauzan yg sudi melayan kerenah kami seisi keluarga dan dilain masa kita jumpa lagi.............



3 sekawan...best ooo...



Hakim nak menguji ilmu kepakaran memancing yg diturunkan oleh bapanya Fauzan.


Panorama Laut Cina Selatan


Ronda-ronda


Untuk anda yg ingin mengunjungi chalet tersebut bolehlah menghubunginya seperti nombor diatas.


Inilah chalet yg aku maksudkan..Hak milik bumiputra.



Thursday, February 4, 2010

The Cool Point Hotel, C.Highlands.


Penyerahan cenderamata Jeejountravel kepada kak Iza (orang penting di hotel tersebut!)
Terima kasih daun keladi ...Ada duit, ada cuti, ada masa kami datang lagiiiiii!!!



The Cool Point Hotel Cameron Highlands nie aku kira adalah lokasi penginapan yg stategik,selesa dan berpatutan.Terletak di dalam kawasan pekan Tanah Rata dan berdekatan dengan lokasi-lokasi tumpuan seperti Mardi,taman bunga,Masjid Abu Bakar Tanah Rata serta pejabat-pejabat kerajaan.Selain itu, bagi yg mengunjungi kawasan peranginan tanah tinggi tersebut dengan pengangkutan awam.Mungkin hanya akan mengambil masa 4 minit saja untuk anda berjalan kaki dari Stesen Bas dan Teksi Tanah Rata, ini memandangkan hotel tersebut berada berdekatan dengannya.Selain itu, harga biliknya juga agak berpatutan jika hendak dibandingkan dengan kemudahan2 yg diberi selain faktor keselamatan pengunjung yg sentiasa dititik beratkan.




Tel: 605-491 4914, Fax: 605-491 4070

891 Persiaran Dayang Endah,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Malaysia