TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...
JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box
Wednesday, December 30, 2009
Cuti-cuti Malaysia & Selamat Hari Natal
Sunday, December 20, 2009
The Mines..
Maknanya selain daripada membeli-belah boleh jugak kita merehatkan minda dan beriadah di sekitar kawasan The Mines memandangkan banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita pilih bersesuaian dengan minat masing-masing.Selain daripada aktiviti yg memang telah tersedia didalam The Mines itu sendiri seperti bowling,snooker dll. aktiviti luaran pun tidak kurang hebatnya seperti memancing dan menaiki bot.
PERNAH lihat HiPPO River Cruise, kenderaan berbentuk itik menyusuri Sungai Singapura untuk melihat pemandangan indah negara jiran itu? Keunikan pakej ini terletak pada penggunaan bas yang bertukar fungsi sebagai bot apabila memasuki permukaan air.
Kini, anda tidak perlu menyeberang sempadan semata-mata merasai pengalaman ini. Mines Cruise Management (MCM) memperkenalkan Wawa Splash Tour (WST), mengguna pakai konsep tour yang sudah lama popular dalam sektor pelancongan di Amerika Syarikat dan Kanada ini.
Bezanya, WST menawarkan pakej pesiaran bagi melihat keindahan tasik bekas lombong biji timah terbesar dunia dan pemandangan sebahagian besar Mines Resort City (MRC), dibangunkan hasil idea hartawan Tan Sri Lee Kim Yew, bermula akhir 80-an.
Tasik bekas lombong bijih timah terbesar dunia seluas 60 hektar itu menjadi rumah kepada tiga ikan arapaima melebihi dua meter. Selain itu, banyak spesies ikan lain termasuk keli kelihatan berhampiran dengan jeti “Palace of Golden Horses”.
Dari tasik WST akan membawa pengunjung melintasi Palace Beach & Spa, pusat peranginan berkonsepkan tropika dengan tarikan utama – pantai buatan seluas 2,100 kaki persegi. Pusat peranginan ini amat popular dengan aktiviti “wakeboarding”, sukan pantai di tengah kota raya.
Pemandangan bertukar kepada kehijauan rumput apabila bas melintasi Mines Resort & Golf Club, padang golf 18 lubang. Padang bertaraf dunia ini pernah beberapa kali menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij dan dikunjungi Tiger Woods pada 1999.
Di celah landskap taman dan tasik, rumah beberapa milik tokoh politik dan kenamaan tersergam indah. Antaranya, kediaman peribadi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain banglo merah jambu milik Nirvana Memorial Park.
Laluan melintasi padang golf yang lazimnya hanya digunakan pemilik banglo tepi tasik ini akan membawa ke Palace of Golden Horses dan Kelab Lumba Kuda Selangor. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina Moorish hotel lima bintang dibangunkan atas tapak seluas 11.2 hektar.
WST akan berpatah balik ke Palace Beach & Spa sebelum bertukar fungsi menjadi bot apabila memasuki tasik. Untuk 30 minit berikutnya, pengunjung dapat melihat pemandangan sebahagian besar MRC termasuk taman tema Mines Wonderland dan lif air bernilai RM15 juta.
Info
WST bertolak dari jeti Mines Shopping Fair dan mengambil masa kira-kira 60 minit. Tiket berharga RM45 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Pakej keluarga dengan harga berpatutan turut disediakan. Kapasiti 48 penumpang pada satu-satu masa.
Selain pakej ini, MCM turut menawarkan produk lain termasuk “DME Cruise”, pakej khas makan malam, mesyuarat dan hiburan atas kapal. “Massage Cruise” menawarkan belaian terapi urutan kaki, manakala, “Sunset Dining Cruise” pula untuk makan malam sambil menikmati keindahan suasana kawasan tersebut pada waktu malam.
FAKTA SEJARAH
Tasik ini adalah bekas lombong Hong Fatt, diberi nama oleh pendatang Cina bernama Chan Wing. Selepas perlombongan dihentikan, lubang besar sepanjang dua kilometer (km) dan satu km lebar membentuk tasik sedalam kira-kira 200 meter (m) yang dilihat pada hari ini.
rujukan; http://minescruise.com/index1.htm
Tuesday, December 15, 2009
Ikea..Lain daripada yg lain.
Tuesday, December 8, 2009
Hari Interaksi Bersama Keluarga 2009 di Pulau Pangkor
- Mencari tempat letak kereta di pekan Lumut.Bagi yg berkenderaan sendiri terdapat banyak pilihan tempat meletak kenderaan yg berbayar dan untuk keselesaan dan keselamatan aku syorkan Tempat Meletak Kenderaan Berbumbung MPM.
- Mencari tiket feri di Jeti Lumut.Sila lapurkan diri anda ke kaunter tiket khas Teluk Dalam Resort kerana feri yg akan anda naiki akan hanya terus ke jeti Teluk Dalam dan bukannya ke jeti Pangkor seperti kebiasaannya.
- Apabila tiba di jeti Teluk Dalam anda akan disambut oleh kakitangan Teluk Dalam Resort. Kemudian anda akan menaiki bas resort yg disediakan untuk ke resort.
Jeti Teluk Dalam,Pulau Pangkor.Setahu aku kebiasaanya jeti ini hanya digunakan untuk pengunjung yg hendak ke Pan Pasific Hotel dan Teluk Dalam Resort sahaja.Penduduk tempatan
kebanyakkannya menggunakan jeti di pekan Pangkor.
Walau pun program kali di agak terganggu dengan faktor hujan tetapi masih lagi meriah disamping komitmen yg diberikan oleh para peserta.Juga jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yg sudi menjemput aku terutama Kak Awi yg tak putus-putus mempelawa aku menyertai program ini.
Sunday, December 6, 2009
Nasi Ikan Bawal Juru..Panas2 !
Yg membuatkan ianya istimewa adalah ikan bawal tersebut akan digoreng apabila kita memesannya/order jadi secara logiknya ikan tersebut masih lagi panas.Tambahan pula ikan tersebut masih lagi baru dan segar, kena pulak dengan kari kepala ikan dan nasi putih yg panas..Pehhh..Meleleh!
Kedai makan ni hanya menyediakan makanan tersebut dan sedikit ulam-ulaman dan juga kicap manis diatas meja. Tetapi jika anda mengunjunginya jangan pulak terkejut dengan bilangan pengunjungnya yg ramai kerana itulah maknanya kedai makan dia sedap!!!!
Kalau tengok kepada kedainya nampak biasa saja dan harganya juga berpatutan.Hari tu aku makan tak sampai RM20.00 untuk satu famili (2 dewasa 2 kanak-kanak) dan untuk memudahkan anda kesana jika dari Lebuhraya Plus,sila ikut pandu arah berikut;
Lebuhraya Plus- Juru Autocity - Flat Seri Pelangi - Kilang Molex(masuk ke persimpangan diantara kilang molex dan medan selera) - jalan terus hingga habis kawasan kilang - belok kiri melalui jalan tidak bertar - sampai dahhh.