Gunung Bubu adalah sebuah gunung yang begitu terkenal
dikalangan pendaki sebagai “gunung banyak pacat”.Terletak di negeri Perak dan
boleh didaki melalui kawasan Rekreasi Ulu Kenas,Kuala Kangsar. Dikhabarkan
terdapat banyak laluan untuk ke gunung tersebut tetapi laluan Ulu Kenas lebih
menjadi pilihan memandangkan lokasinya dan prasarana yang lengkap untuk
memudahkan pendaki dan pengunjung hutan lipur tersebut.Selain kemudahan
tandas,gerai makan ,kawasan parking dan chalet terdapat juga kem Bina Negara
disitu.
Gunung ini memang telah lama mejadi idaman aku untuk didaki
tetapi pelbagai halangan dan perkara yang menidakkan aku memijak kaki kesitu.Perancangan
asal bermula sejak dari tahun 2009 lagi,apabila tarikh dan peserta dak ok. Aku
pulak yang K.O…Kerja penting pulak yang datang,nak tolak dah sumber rezeki aku datang dari situ.Cancel dulu naik gunung
ni..Tahun berikutnya cari balik line up
dan set lagi date,ada hal lain pulak
,trip cancel lagi…Tahun silih berganti
akhirnya tahun 2012 juga yang menjadi
kenyataan dan kejayaan ini dapat
dikongsi bersama-sama dengan anak sulung
aku Sufi.
Tahun ini usia Sufi
Waliuddin telah mencecah 8 tahun dan ini adalah gunung yang ke -4 beliau daki
setelah mendaki G.Tebu di Terengganu, G.Nuang di Selangor dan G.Stong di Kelantan
ketika beliau berumur 7 tahun.Ini adalah gunung beliau yang pertama untuk tahun
2012 setelah berehat agak lama memandangkan jadual persekolahan yang agak padat
dan xtvt yang lain.Kalau ikutkan aku,
malas nak bawa Sufi ke gunung ini memandangkan azab pacat yang akan menanti di
sepanjang trek nanti.Tetapi setelah diasak dan dirayu oleh si Sufi ini
terpaksalah aku bawa juga,dengan beberapa syarat yang perlu beliau patuhi
antaranya .Kena pacat buang sendiri ye!!
Sufi.
Sebelum ke situ aku telah mencari sedikit sebanyak maklumat
mengenai gunung tersebut bagi memudahkan urusan dalam membantu aku nanti.Antaranya
memakai stokin pacat atau mencari kaedah untuk mengelak daripada didatangi oleh
pacat seminimum yang boleh seperti menggunakan air sabun atau air tembakau.Ini adalah ikhtiar, jika tak kisah sangat dengan
kumpulan pacat tu toksah la guna benda-benda tu…
Untuk trip ini kami seramai 12 orang peserta termasuk
seorang wanita dan seorang peserta termuda iaitu Sufi telah bergerak pada pukul 9 pagi dari Kem Bina
Negara menuju ke destinasi.Dipandu arah oleh
saudara Wazir dan dibantu oleh rakan-rakan beliau antaranya Kudin dan
Abg Rosli Grik.Permulaan perjalanan agak santai memandangkan laluannya melalui
trek balak dan mendatar sebelum tiba ke kem Sungai Gading yang memakan masa
hampir 3 jam berjalan.Memang diakui tentang kemeriahan sang pacat disini
seolah-olah sedang berpesta dengan irama dangdut dari si kecil hinggalah ke
besar yang sedang menantikan kehadiran kami semua .Jika kita berhenti untuk
membuang pacat dikaki,lagi banyak pula pacat yang datang.Jadi petuanya adalah
jalan je laa…
Stesen hydro TNB,ketamadunan yg terakhir sebelum kita melangkah lebih jauh ke belantara..
Sungai Gading.
Setelah berehat sebentar, perjalanan diteruskan lagi menuju
ke Kem 2000 atau kem Y dimana bekas laluan balak lama ini telah mula mendaki
.Dari sini kekuatan fizikal dan mental telah mula memainkan peranannya,jadi
pastikan anda bersedia kearah itu.Aku dimaklumkan nama kem 2000 disebut kerana
kem tersebut berada pada ketinggian 2000 kaki dari paras laut ataupun kem Y
bersempena dengan tempat pertemuan 2 anak sungai menjadi 1.Kalau ada lagi nama
lain untuk kawasan ini tak tau la pulak aku..
Setelah tiba dikem tersebut perjalanan kali ini agak
mencanak dan disini kami disambut oleh deruan hujan yang sangat lebat
serta angin yang kadang kala agak
kencang.Perjalanan perlu diteruskan juga tetapi
dengan langkah berhati-hati dan lebih member tumpuan kepada pokok-pokok mati
dan laluan yang licin. Seboleh-bolehnya cuba berjalan dengan cepat ketika
melalui pokok mati dan cuba mengelak daripada berehat dibawah pokok mati atau
condong.Setelah tiba di last water point, hujan sedikit reda dan peluang ini
diambil dengan menikmati maggi dan teh panas untuk memanaskan kembali badan
yang telah pun basah kuyup ini.
Pemandangan dari Last Water Point.
Yop Kidal bergembira sakan dengan airnya sebelum catuan bekalan air dilakukan nanti.
Laluan dari last water point ke puncak gunung banyak
menggunakan kudrat kaki dan tangan apabila akar-akar pokok dan batu menjadi
peneman disepanjang laluan.Sungguhpun laluannya mencanak tetapi mental aku sedikit terubat apabila suasana dingin dan
pokok bonsai berlumut menjadikan ianya klasik untuk
digambarkan.Pada ketinggian ini pemandangan hampir serupa dengan gunung-gunung
lain seperti G.Irau,G.Nuang dan lain-lain lagi.Akhirnya berjaya juga aku tiba
di puncak Gunung Bubu yang selama ini bermain dibibir dan benak fikiran aku
selama ini pada pukul 7 petang.Puncak gunung ini terdapat sebuah Beirut besi
dan tidak digalakkan untuk berkhemah disini .Untuk bermalam kita terpaksa
meneruskan lagi perjalanan selama 10-15 minit melalui permatang ke tapak
perkhemahan yang dianggarkan boleh
menampung seramai 50 pendaki dalam satu-satu masa.Antara pemandangan
yang jelas kelihatan dari sini adalah Pantai Remis,Laut Selat Melaka,Kuala
Kangsar dan jajaran Banjaran Titiwangsa.
Suasana tapak khemah di pagi hari.
Kusyuk dok dengar cakap si Koden..
Wazir n Raden sibuk menyediakan sarapan pagi.
Cayalah sufi...Dah ada peminat!
Bersama sebahagian drp. peserta.
Antara laluan yang terpaksa dilalui.
Puncak Gunung Bubu.
Sufi dipuncak.
Pemandangan dari puncak.
Jeejoun-2012.