Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, June 23, 2012

Menjelajah Gua Dan mendaki Gunung Stong

 
Gunung Stong di Dabong dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan mempunyai ketinggian 1,422 meter.
Pendakian ke puncak gunung itu sememangnya menjadi satu pengalaman yang amat bermakna dan sukar untuk dilupakan bagi sesiapa sahaja yg kesana.Mempunyai air terjun setinggi 457 meter dari paras laut dan dikatakan tertinggi di Asia Tenggara.Selain itu anda juga dapat merasai sendiri keunikan gua-gua yang terdapat dikawasan tersebut.
1st day bermalam di kaki gunung Stong! sejuk..sempoi..yang penting save bajet!


EKSPEDISI BERMULA
Program bermula dengan kesemua peserta berkumpul di stesen keretapi Dabong sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan rekreasi Gua Ikan.Di situ kami diberi taklimat ringkas mengenai rangkaian gua yang akan kami terokai antaranya Gua Ikan,Gua Keris,Gua Gelap dan Gua Pagar.Setelah hampir 3 jam menjelajah gua-gua tersebut, kami bergerak pula ke Taman Negeri Gunung Stong.
 Sesi taklimat ringkas dulu broo...



Batu menyerupai kasut gergasi di dalam gua.
Diantara lubang kecil yg wajib dilalui oleh peserta.
Terserempak dgn penghuni gua....

Setelah segala persiapan peralatan disediakan, kami diberi taklimat ringkas mengenai taman negeri itu serta laluan pendakian yang akan kami lalui nanti oleh jurupandu pendakian "Odie".
Cabaran pertama yang harus ditempoh ialah dua jam mendaki menuju ke Kem Baha, di mana kami akan mendirikan khemah untuk bermalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung keesokkan harinya.
Sepanjang perjalanan mendaki ke Kem Baha itu, kami disajikan dengan pemandangan indah dan menarik hutan Taman Negeri Gunung Stong yang kaya dengan hidupan flora dan fauna, serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.
Taman negeri tersebut juga tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia. Paling memukau adalah keindahan air terjun Jelawang, yang mempunyai ketinggian 457 meter dari paras laut dan mempunyai tujuh peringkat yang boleh ditemui semasa pendakian.
Di sini, pendaki tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan cantik air terjun tersebut selain merakamkan gambar kenangan.
Sepanjang perjalanan itu juga, peserta ekspedisi diuji dengan pelbagai rintangan, termasuk terpaksa melalui jalan yang sempit dan curam selain terpaksa memanjat batu yang tinggi serta berbahaya.
Namun semua itu tidak menjadi penghalang dan semua peserta selamat tiba diKem Baha. Kami akan bermalam disini sementara menantikan cabaran ke puncak gunung pada esok hari.

MENUJU KE PUNCAK STONG
Setelah bersarapan dan mempersiapkan diri dan peralatan, kesemua peserta meneruskan cabaran pendakian selama empat jam lagi bagi menuju ke puncak Gunung Stong.
Pendakian kali ini adalah lebih sukar dan mencabar. Peserta terpaksa melalui laluan sempit dan licin yang menyukarkan pendakian selain melintasi anak-anak sungai.


Lipan bara ..besar lagi drp saiz tangan aku

Sesekali kedengaran juga suara serangga hutan yang seolah-olah menyambut kedatangan kami ke situ. Selepas hampir dua jam mendaki, keletihan semakin dirasai, namun keindahan hutan Gunung Stong dan suasana nyamannya seolah-olah memberi semangat kepada peserta untuk meneruskan pendakian.
Pemandangan memang menarik bagi siapa saja yang mencintai alam dan aktiviti luar. Taman negeri ini tidak hanya memiliki nilai-nilai eko-pelancongan tetapi juga berfungsi sebagai kawasan pemuliharaan yang signifikan bagi flora dan fauna.Taman negeri itu juga merupakan 'tempat tinggal' bagi beberapa jenis haiwan liar termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.
Selepas lebih empat jam mendaki, akhirnya puncak Stong berjaya tiba dengan selamatnya.
Walaupun keletihan, rasa puas dan gembira jelas terpancar di wajah setiap peserta yang berjaya mendaki puncak gunung tersebut.Dari puncak Gunung Stong, peserta ekspedisi dapat melihat pemandangan cantik dan mengujakan Taman Negeri Gunung Stong itu. Dari situ kami juga boleh melihat puncak Gunung Ayam dan Baha yang begitu cantik diselaputi kabus tebal.Suasana di puncak gunung itu juga sangat nyaman dan menenangkan dengan suhu antara 15 dan 18 darjah selsius.
Seketika menikmati pemandangan cantik dan suasana nyaman itu, memang sesuai dijadikan terapi untuk melupakan sementara kekusutan minda dan masalah serantau.

Di puncak Gunung Stong.



Jika anda ingin merasai pengalaman seperti kami di Gunung Stong..

-Pakej G.Stong
-Pakej G.Ayam
-Kem Baha
-Pakej Gua & Gunung Stong

atau emailkan ke jeejoun@yahoo.com