Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, November 29, 2009

Kari Kepala Ikan Raub...kaww punya!!

Menu makanan kali nie adalah masakan berasaskan kari..Ala-ala mamak gitu.
Bertempat di pekan Raub berdekatan dengan selekoh Balai Polis Raub,jelas terpampang papan tanda Restoran Ratha Kari Ayam Raub & Kepala Ikan .Lokasi yg strategik dan mustahil anda tidak menjumpainya kerana laluan tersebut merupakan jalan utama KL-Raub.
Berdasarkan kepada gambar2 yg terdapat didalam restoran tersebut,ramai vvip termasuk golongan kerabat di raja yg pernah mengunjungi dan merasai masakan kari kepala ikan di restoran tersebut.

Berdasarkan kepada pemerhatian aku di restoran itu,ramai pengunjung majmuk yakni melayu,cina dan india yg turut sama makan disitu.Jadi kebarangkalian masakan di restoran tersebut sedap, memang ada kebenarannya.
Menu pilihan aku adalah kari kepala ikan,daging kambing goreng,sayur,ayam goreng dan nasi putih....sekali minuman ongkosnya Rm 60.++ untuk satu famili.
Aku dimaklumkan oleh satu sumber yg boleh dipercayai yg ada seorang hamba Allah nun dari pantai timur sanggup datang ke situ semata-mata untuk merasai masakan di restoran tersebut, kemudian pulang kembali ke negeri beliau.Begitulah hebatnya pukulan keenakkan masakan di restoran tersebut.
Gambaran hadapan restoran tersebut.

Tgh test rasa...



Si Ammar












Monday, November 23, 2009

Sepetang Di Kijal....

Bertempat di Awana Kijal Beach & Golf Resort Terengganu,aku ngan geng berkumpul bagi mengikuti satu program yg dirancang oleh majikan aku.Kebiasaannya apabila sesekali berkumpul pasti banyak benda yg akan diperbualkan daripada bab kereta,cuti nak pi mana,cuaca hinggalah sampai ke bab politik.Terima kasih aku ucapkan kepada pihak2 yg terlibat dalam penganjuran program tersebut dan kepada rakan2 semoga berjumpa lagi di lain masa....




Rezzo..Chip 'Angsi Family Club' ngan radio kesayangannya..


Bla-bla...Turbo..Turbo..


Monday, November 9, 2009

Himpunan Keluarga di Teluk Rubiah Beach & Golf Resort,Perak.

Himpunan keluarga atau hari keluarga memang perkara yg menyeronokkan bagi semua orang yg pernah menyertainya tidak terkecuali aku sekeluarga..Bagi yg belum 'berkeluarga' itu perkara lain dan tidak semestinya mereka-mereka yg tergolong itu tidak boleh menyertainya.
Sejarah telah membuktikan dan mungkin berdasarkan kepada pengalaman aku terdahulu sebelum diri ini bergelar suami dan papa,pasti kelibat aku akan kelihatan di program-program seperti ini.

Bertempat di Teluk Rubiah Beach & Golf Resort Lumut Perak .Program ini telah di rancang dan disusun atur sejak dari awal lagi agar aktiviti ini akan sentiasa diingati oleh semua peserta akan keseronokkannya.Pelbagai aktiviti yg telah dijalankan bersesuaian dengan semangat kekeluargaan yg memerlukan penglibatan semua ahli keluarga masing-masing seperti lari dalam guni,perlawanan bola tampar pantai,perlawanan bolasepak,tarik tali,lari atas bata,lari berpasangan dan lain-lain lagi.
Apa yg boleh aku simpulkan untuk program ini adalah menarik kerana ianya boleh merapatkan lagi ikatan persahabatan dan kekeluargaan,boleh merehatkan minda,melancong dan dapat banyak hadiah...
Perkara yg perlu anda semua lakukan adalah seperti ini...Kata pn Jee.

Penyokong setia


Permainan kaum ibu.


Acara kanak-kanak..Si ibu tidak terkecuali memberikan sokongan.


Inilah himpunan keluarga besar


Jumpa lagi kami diprogram yg akan datang noo...


Persembahan kanak-kanak comel..


Inilah bab yg paling aku suka,nyam-nyammmm....




Si bapa berhempas pulas main dengan macho!(maknya dok tengok..)



Apa cerita tuuu....


Detik-detik cemas dihadapan pintu gol...Berlatar belakangkan Laut Selat Melaka.



GETTING AROUND
The Teluk Rubiah Beach And Golf Resort is located in the Malaysian state of Perak Darul Ridzuan. The resort is located 30 minutes by boat from Pangkor Island.
By car, the resort is only :
- 2 minutes from the town of Sri Manjung
- 15 minutes from the town of Setiawan
- 30 minutes from Lumut
- 1 hour from Teluk Intan and Ipoh

Due to its special geographical setting, the site itself is only accessible by land or by sea. However, should you wish to fly to the resort, special arrangements can be made for transit to the resort from the local airports.

By Air - For travellers wishing to fly to The Teluk Rubiah Beach Resort, they should arrange for their transfer from the airport to the resort beforehand. There are two airports in the immediate area :
Pangkor Island Airport - Transit by car / coach to jetty. Followed by a 30 min boat-ride to the resort.
Ipoh Town Airport - Direct transit by car / coach to the resort

By Sea - Should you wish to sail / cruise to the resort, please refer to the charts for the depths and related boat-sizes for the area. Arrangements can be made by calling either The Resort or The Kuala Lumpur Sales Office for provisions and necessities to be prepared beforehand.

By Land - This is by far the easiest option, allowing visitors a leisurely tour of the area. Sights include the geographical features of the Perak State as well as many rustic environments like small villages and paddy fields. With the excellent highway network in Malaysia, The Teluk Rubiah Resort is just a leisurely 3½ hour drive away from Kuala Lumpur and a mere 15 minute drive from the town of Sitiawan.










Wednesday, November 4, 2009

Kewajipan pelihara bumi Allah(cintai keindahan bumi kita)


"Sedang aku melayari internet dan terbaca rencana ini ( Kewajipan pelihara bumi Allah ) yang begitu menarik untuk dibaca dan difahami. Disebabkan ia berkaitan dengan alam dan kehidupan kita maka aku ambil dan letakan dalam blog Jeejountravel ini. Oleh itu jika rakan-rakan yang mencintai alam ini, bacalah dan sebarkanlah dalam blog masing-masing agar menjadi pedoman untuk kita dan generasi akan datang.

Terima kasih kepada penulis rencana ini yang begitu perihatian mencatatkan ilmu tentang alam dan agama.


"Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).."
Kewajipan pelihara bumi Allah SEBAGAI khalifah Allah di muka bumi, manusia memikul amanah cukup besar. Manusia bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi). Sebenarnya, semua ciptaan Allah yang terdiri daripada haiwan, tumbuhan, lautan, gunung-ganang malah virus yang amat kecil itu mempunyai faedah tersendiri buat kehidupan manusia. Semua diciptakan Allah untuk dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi memudahkan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Begitulah kehebatan dan rahmat Allah SWT yang tidak sesekali membiarkan manusia hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan. Dengan sifat ar Rahmaan dan ar Rahim-Nya, manusia sama ada yang beriman atau kufur terus diberi nikmat. Hal ini sewajarnya menjadikan manusia semakin tunduk patuh kepada-Nya. Bagi hamba yang memiliki iman yang sempurna, segala kejadian ciptaan Allah menjadikan mereka sentiasa berfikir mengenai kehebatan Allah SWT. Penciptaan makhluk di langit dan di bumi menjadi antara tanda jelas membuktikan kewujudan dan kehebatan Allah s.w.t.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3). Secara jelas, Islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi. Kerosakan yang dimaksudkan termasuk melakukan perbuatan maksiat dan keji oleh mereka yang alpa akan larangan Allah serta kerosakan yang membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.


Dewasa ini, sesetengah pihak bersifat rakus menghimpun kekayaan dunia dengan menjalankan projek pembangunan mega sehingga sanggup merosakkan ekosistem alam. Gunung-ganang ditarah tanpa kajian dan penelitian, pokok balak ditebang secara haram, kawasan tadahan hujan dibotakkan sewenang-wenangnya sehingga seluruh hidupan termasuk manusia dan haiwan menderita menanggung akibatnya.

Disebabkan kerakusan serta sifat tamak manusia yang mengabaikan tanggungjawab memelihara alam semula jadi ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan bencana yang akan mengganggu kehidupan mereka sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).


Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77).


Penciptaan kehidupan di atas muka bumi yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis flora dan fauna memerlukan penjagaan dan pemeliharaan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan lancar dan baik. Aturan kehidupan tersebut yang seimbang adalah menurut sunnatullah yang sentiasa beroperasi untuk memastikan manusia mendapat faedah daripadanya. Sistem yang amat istimewa diciptakan Allah ini dikenali ekosistem yang sangat unik dan sistematik.

Justeru, manusia sebagai khalifah tidak terlepas daripada tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi yang boleh menjejaskan perjalanan sistem ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu." (Surah Ibrahim, ayat 32-33).


Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan. Fenomena seperti tanah runtuh, banjir kilat dan jerebu haruslah dijadikan renungan agar kita dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap kerakusan mengaut keuntungan dunia yang tidak berkesudahan. Maka, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan alam semula jadi agar generasi akan datang akan terus mendapat nikmat yang tidak ternilai ini.


Oleh sebab itu selain daripada meneroka keindahan alam,jika tidak kemana-mana aku sekeluarga lebih suka bercucuk tanam di halaman rumah yang sebesar sekangkang kera dengan pelbagai jenis tanaman sayuran.Sekurang-kurangnya dapat juga kita berbudi pada tanah dan hidupan yg memakannya..

Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Azmi yg sudi menyiram tanaman aku ketika ketiadaan aku sekeluarga dikala aku menjelajah bagi mendapatkan bahan2 utk dimuatkan di jeejountravel ini!


Tomato
Bayam Merah



Kangkong



Kubis Bunga yg masih baru beberapa minggu...




Serai diapit oleh jagung!



Sawi



Kacang Panjang



Jagung Manis



Pegaga.



Pandan



Pokok Buah Naga



Lengkuas



cili



lada @ cabai burung



Peminat setia tanaman aku....



Kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dilakukan oleh kontraktor cilik!!!!





Sumber:Lusuh Adventure