Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Monday, August 31, 2009

Jejak Kenangan Sambutan Hari Merdeka 1997..

Merdeka..Merdeka..Merdeka!
Laungan keramat yang mempunyai 1001 kenangan dan nostalgia buat keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.Hari ini genaplah ulangtahun sambutan kemerdekaan yang ke-52 buat negara yang kita cintai ini.
Tiada yang lebih bermakna selain rakyat memperoleh nikmat daripada kebebasan dan kemajuan sosio ekonomi negara yang sudah melepasi usia separuh abad ini.

Apabila diperkatakan tentang sambutan hari kemerdekaan, teringat kembali kenangan ketika aku di bangku sekolah dimana aku terlibat sama dalam raptai perbarisan kemerdekaan(1997).
Bila difikirkan kembali , ok gak sekurang-kurangnya aku dapat juga memberi sedikit sumbangan kepada negara..

Tahun 1997...Waktu tu aku form 5 wakil sekolah (Sek.Men Teknik Kangar Perlis).
Aku ngan geng diberi tugas memegang bendera kuning. Bendera Jalur Gemilang kan ada kuning,biru,putih dan merah..Ha aku yang kuning!Best ooooo....
Mana taknya..Group kami diantara group yang terawal akan melalui pentas utama selepas group pejuang-pejuang kemerdekaan(orang lama..) yang berada di Perlis..
Kuning kan Beraja,kenalah jalan dulu....

Jadi, kalau ada member2 lama yg tengok gambar di bawah ni jangan lupa pulak hubungi aku...



Tengah dok nak buat barisan...Sebelah tu Stadium Dato Sheikh Ahmad,Sekarang dah dirobohkan untuk dijadikan taman bunga.Bangga giler coz boleh berjalan ditengah jalanraya bandar Kangar tanpa sebarang gangguan..







Kenangan ngan budak2 asrama 96/97 Sekolah Menengah Teknik Kangar..





Sunday, August 30, 2009

Kinabalu Di Tawan..Part 2

Sambungan episod terdahulu..............
Disebabkan banyak dah blog,rencana, paper etc. yang dah selalu sangat bercerita pasal gunung Kinabalu..Jadi tak perlulah aku menambahkan lagi isi esei gunung tersebut,sama saja kalau nak beza pun mungkin olahan dan bunganya saja!
So,tengok gambar sajalah yea.......



Kejang pulak si pulan ni..Nasib baik ada first aider sitiawan datang membantu.Kena belanja makan ni...


Pocong ada nenek kebayan pun ada.....


Sempat jugak ambil gambar penghuni alam..


Panorama yang menarik disepanjang laluan menuju puncak
Kawasan pokok bonsai.



nantikan lebih banyak gambar lagi di episod yg seterusnya..........

jeejoun@yahoo.com



http://jeejountravel.blogspot.com/2009/08/kinabalu-di-tawanpart-1.html

http://jeejountravel.blogspot.com/2009/08/kepulauan-manukan-sabah.html

http://jeejountravel.blogspot.com/2009/02/penerbangan-air-asiake-sabah.html

Thursday, August 27, 2009

Kinabalu Di Tawan..Part 1


Menyulam Kenangan Menggapai Awan
Gunung Kinabalu(4095m),puncak tertinggi di Asia Tenggara sentiasa tidak terlepas daripada diari pelancongan utama bagi mereka yang berkunjung ke Sabah.
Berbekalkan seruan ‘Malaysia Boleh’, pengalaman menjejakkan kaki ke sana merupakan satu pengalaman yang berharga yang sukar diperolehi tanpa kesungguhan dan semangat yang kuat. Perasaan bangga, puas , syukur,kagum dan terpesona dengan alam ciptaaNya jelas menguasai diri takkala berjaya menjejak kaki sambil memegang papan tanda Lowents Peak yang menandakan itulah puncak tertinggi gunung tersebut…
Selain itu, jurupandu yang berpengalaman pasti tidak lokek untuk memberi penerangan mengenai flora dan fauna yang menghuni hutan di kaki gunung pergunungan ini .Jika anda ingin mendaki gunung ini tanpa menggalas beg yang berat dan berjalan dalam keadaan santai.Penduduk @ pendaki setempat ada menyediakan perkhidmatan membawa barangan anda.Anda boleh mengambil perkhidmatan tersebut di HQ Kinabalu Park dan cajnya mengikut berat barangan anda…
Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke kawasan destinasi pelancongan ini memakan masa kira-kira 3 jam.Untuk ke sini,anda boleh menyewa teksi dan van sekiranya anda datang secara berkumpulan.Bagi yang sukakan cabaran atau yang mahu lebih jimat, mereka boleh menaiki bas yang turut disediakan ke Taman Negara Kinabalu tersebut. Gerai kraftangan milik penduduk tempatan turut disediakan sepanjang perjalanan menghala ke Kota Kinabalu.

Taklimat ringkas diberikan kepada peserta sebelum bertolak dari LCCT


Bergambar dulu....


Persiapan terakhir di tempat penginapan ..


Sempat lagi...


Bergambar di tempat penginapan..Kaki Gunung Kinabalu.



Pemandangan dari kaki gunung berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.


Dengaq sini aku nak cakap....


Taklimat oleh jurupandu


Laluan masuk utama ke Gunung Kinabalu melalui Timpohon Gate.


Target utama..Gunung Kinabalu setinggi 4095m

Lepas ni akan aku masukkan lagi gambar2 sepanjang kami berada disana..
Tungguuuu...



jeejoun@yahoo.com


Monday, August 17, 2009

Maklumat Influenza A H1N1

Maklumat Influenza A H1N1 (Selsema Khinzir @ Babi?)
Sebagai panduan kita bersama...Terutama bagi orang yang suka travel,kaki jalan, kaki melancong atau apa saja yang seangkatan dengan.....

Apa itu Influenza A H1N1?
Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan@manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Perlu Tahu

Asal virus ini:
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrakedi Mexico .

Virologi Virus H1N1
Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko:
1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)


Simptom-Simptom
hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya.
hari 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam).
hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
hari 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera.
hari 5 - and above lung collapse @ koma.

Langkah-langkah kawalan
1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akanmengakibatkan resistan (lali) kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober 09 dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di malaysia, mengambil masa 6 jam untuk run test kepada satu batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…


Sumber Rujukan:
Untuk maklumat lanjut pertanyaan/kemusykilan/soaljawab layari lamanweb Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Influenza A H1N1
http://h1n1.moh.gov.my

Saturday, August 8, 2009

Kepulauan Manukan, Sabah

Sapi, Mamutik dan Manukan

Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke kepulauan utama di sekitarnya iaitu Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan. Ketiga-tiga pulau ini tidak jauh dengan jeti Jesselton Point dan juga hanya memakan masa hanya 10-15 minit untuk tiba dari satu pulau ke satu pulau yang lain.


Anda boleh mendapatkan pekej di Jesselton Point dengan harga yang berpatutan untuk ke tiga-tiga pulau tersebut dalam masa sehari.

Satu lagi pulau yang boleh anda lawati ialah Pulau Gaya yang boleh dilihat apabila anda menyusuri jalan utama di KK bersebelahan dengan pantai. Namun Pulau Gaya adalah pulau penempatan rakyat Filipina, anda masih boleh melakukan aktiviti snorkeling tetapi tiada kawasan utama yang dijadikan resort.

Jika anda bercadang untuk menginap, Pulau Manukan yang merupakan pulau terbesar di antara ketiga-tiganya adalah tempat yang paling sesuai berdasarkan fasiliti yang baik serta dilengkapi dengan chalet dan restoran.

Aktiviti yang paling popular dilakukan di Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan ialah tidak lain & tidak bukan iaitu berenang dan snorkeling. Bagi mereka yang sudah biasa, snorkeling adalah aktiviti yang menyeronokkan tapi yang masih baru akan terkial-kial bagi mendapatkan rentak dan selalunya masa akan dihabiskan dengan menelan air laut melalui mulut dan hidung. Aku ni kategori pertengahan kot..Faham2 sendirila!

Airnya yang jernih membolehkan anda melihat ikan-ikan berkeliaran riang di dalam laut, satu pemandangan yang mempesonakan…Kalau nak best lagi jangan lupa bawa roti kerana ianya boleh di jadikan umpan untuk ikan-ikan tersebut datang menghampiri anda.Kalau boleh bawalah lebih sikit,bukan apa takut belum ikan makan anda yang makan dulu…Maklumlah apabila terlampau asyik dengan aktiviti sebegini perut akan cepat benar terasa lapar.

Disini anda akan merasai sendiri bagaimana rasanya apabila badan anda dibelai oleh kumpulan ikan2 yg jinak.... Jadi sayangi dan peliharalah hidupan dimuka bumi ini.





Memang puas beb!!


Tapi ada juga peraturannya...So hati2 yea!


Peninggalan bom zaman perang dunia kedua 1941-1945.
Tengok saiz bom tu dengan saiz badan Haji Sulur.

Penerbangan "Air Asia"ke Sabah

Eastern Trip KL-KB (31-2 Aug 2009)

Diantara Jazz yg mencuri tumpuan...

Cuti hujung minggu baru-baru ini tidak dilepaskan begitu sahaja bagi ahli kelab
myJFFC.com (Malaysia Jazz Fit Friends Club) .Satu xtvt berkonvoi yang diketuai oleh presiden kelab iaitu ms. Jack telah dijalankan dimana lokasi kali ini ialah ke tempat2 menarik sekitar Kota Bharu Kelantan.
Sebanyak 54 buah kereta Honda Jazz dari segenap pelusok negeri yg menganggotai kelab ini telah mengambil bahagian.Pelbagai ragam dan gelagat peserta dapat di lihat sepanjang xtvt ini selain dapat merapatkan lagi hubungan erat sesama ahli.Selain berkonvoi, peserta juga dapat berkongsi pengalaman dan tip2 tentang penjagaan kereta kesayangan masing2...
PCB Resort di Pantai Cahaya Bulan adalah destinasi bagi merehatkan badan dan melelapkan mata setelah hampir seharian memandu dan juga tempat bermalam peserta xtvt ini..
Sepanjang berada Di Negeri Serambi Mekah atau Cik Siti Wan kembang ini pelbagai destinasi menarik yang sempat dikunjungi antaranya Pasar Siti Khatijah,Rantau Panjang,Tok Bali, wakaf Che Yeh serta kawasan sekitar Bandar Kota Bharu itu sendiri.Tidak dilupakan juga makan tengahari di Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan yang menyediakan masakan kampung dengan harga yang cukup berpatutan.

Laman Rasmi..
myJFFC.com (Malaysia Jazz Fit Friends Club)


Sesi taklimat oleh ms Jack..



Comel deh enjin...


Berehat sebentar setelah tiba ke Bandar KB