Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, July 11, 2009

Jom Makan Nasi Ulam Ngan Budu Di Kota Bharu

Bagi pengunjung yang mengunjungi Bandaraya Kota Bharu (kb) mesti tidak mempunyai masalah untuk mencari tempat makan.Ini memandangkan terdapat banyak kedai, gerai atau pun restoran yang berselerakkan di sekitar bandar KB ini.Mungkin disebabkan sekarang tengah panas dengan minggu berkempen untuk Dun Manik Urai di Kuala Krai jadi tidak mustahil 'tetamu' dari luar sana turun ke mari...
Jadi aku ingin mensyorkan satu tempat makan menarik untuk juadah makan tengahari terutama yang meminati masakan kampung special dari Kelantan.Dengan pelbagai jenis ulaman tersedia untuk dihidang serta pelbagai lagi jenis lauk pauk pasti memikat selera pengunjung yang mengunjunginya!
Ohh..Ya sebelum terlupa jangan pula lupa sambal budu!!
Dan juga jika anda mengunjunginya pada waktu puncak(tgh), anda terpaksa bersabar bagi mendapatkan meja anda memandangan kawasan tersebut agak terhad. Restoran Nasi Ulam Cikgu diberi nama terletak di perkarangan Kampung Kraftangan Kota Bharu (Muzium Kesenian Kelantan).


Restoran Nasi Ulam Cikgu terletak bersebelahan bangunan ini.





Selamat menjamu selera...


Sebarang maklumbalas sila emailkan kepada

Jeejoun@Yahoo.Com

Saturday, July 4, 2009

Uniknya Pasar Pagi Jumaat Kota Bharu,Kelantan.


Semalam aku sekeluarga berkesempatan ke pasar sehari atau pasar minggu Kota Bharu dan kalau tempat aku nun di utara orang panggil 'nat'!.Nak dipendekkan cerita memang dah lama aku nak singgah ke pasar ini yang diadakan pada setiap pagi jumaat cuma masa dan keadaan yang sering cemburukan aku..Semalam jadi!!
Pasar ni lain sikit daripada pasar harian yang sering aku kunjungi ditempat lain.
Apa yang lain?Yang lainnya ialah disamping kita membeli barangan keperluan harian,kita juga akan disajikan dengan juadah halwa telinga.Setiap minggu akan ada penceramah yang menyampaikan syarahan agama dan tidak terkecuali MB Kelantan sendiri!
TG Nik Aziz Nik Mat..
Kelihatan pembesar2 suara dipasang dibangunan2 kedai bagi memudahkan orang ramai mendengarnya.Selain itu ,bagi sesiapa yang ingin mengunjunginya aku mensyorkan supaya datang awal bagi memudahkan anda mencari tempat meletak kenderaan.Ini kerana anda terpaksa bersaing dengan ribuan pengunjung bukannya ratusan..Bayangkan setiap lorong bangunan,tangga bangunan,kaki lima bangunan atau pendek kata mana2 tempat ada saja manusia yang menghuninya bagi mendengar ceramah tersebut.

Peace...CayalahKB!



Dilorong2 pun terdapat peniaga dan pendengar yang kusyuk mendengar...


Tok Guru..

Ribuan manusia membanjiri setiap ruang yang ada..

Untuk kesini agak mudah untuk mencari memandangkan tempat kunjungan ramai..Cari pasar MPKB atau pejabat Pas negeri,terletak di tengah bandar Kota Bharu.

Sebarang maklumbalas..
jeejoun@yahoo.com

Thursday, July 2, 2009

Jom Minum Teh Cameron Highlands....



Memandu dlm jarak perjalanan yang jauh serta keadaan jalan yang bengkang-bengkok menyebabkan aku sedikit penat…Destinasi perjalanan aku dan keluarga kali ini adalah tanah tinggi Cameron Highlands.Walaupun destinasi tersebut agak kerap aku kunjungi demi famili aku layan jua. Kerana itu aku mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Bharat Tea Shop bagi membasahkan tekak dan menyegarkan kembali minda dengan minuman teh yang segar dari ladang.Boleh juga aku dan famili melayan perasaan dengan pemandangan kebun teh yang menghijau bersama-sama tiupan angin sejuk pada waktu petang…Disitu anda akan disajikan dengan panorama yang indah, berlatar belakangkan kebun teh dan kebun2 sayur yang banyak .Walaupun jarak perjalanan dari situ ke Berinchang sudah tidak jauh tetapi tidak lengkap rasanya ke Cameron jika tidak singgah sebentar disitu.

Pehhh!! Tak tau nak cakap apa waktu tu ….Perasaan yang sukar digambarkan.

Untuk merasainya sendiri anda boleh berbuat demikian jika anda melalui jalan baru dari Gua Musang/Simpang Pulai menuju ke Cameron .Dan lokasinya terletak selepas pekan Tringkap sebelum tiba ke Berinchang….

Bagi anda yang dari jalan Tapah-Cameron boleh juga merasainya disamping melihat kilang teh Bharat dan lokasinya terletak di tepi jalan sebelum pekan Tanah Rata.

Selain makan dan minum,pengunjung juga dapat membeli barangan cenderamata dan barangan yang berasaskan teh hasil daripada ladang teh tersebut untuk dibawa pulang...Selamat bercuti!!!!



Diantara hasil keluarannya......

Pose menarik..Ada gaya jadi model iklan teh !



Jeejoun team...

Jemput minum...


Lanskap teh yang menghijau memukau sesiapa sahaja yang memandangnya....

Sebarang maklumbalas, emailkan kepada..

Jeejoun@yahoo.com