Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Saturday, May 30, 2009

Mengimbau Zaman Koboi Di PD

Kepada member2 yang menginginkan destinasi percutian yang berlainan daripada biasa tetapi dana kewangan kurang mencukupi tidak perlu risau kerana anda tidak perlu merantau keluar negara kerana negara kita pun tidak kurang hebatnya...
Terletak di Pantai Port Dickson,Negeri Sembilan dengan jalinan jalanraya yang lengkap dan selesa memudahkan pengunjungi untuk ke Eagle Ranch Resort Port Dickson.
Dengan menampilkan ciri-ciri seperti zaman koboi dan red indian akan mengingatkan kita kepada filem2 koboi di kaca tv.


Suasana koboi takkan lengkap jika tiadanya kuda dan jangan pula kita terkejut jika menemui kuda2 berkeliaran...Selain itu anda akan rasa kelainan kerana tiadanya tempat meletak kenderaan disediakan di kawasan penginapan dan terpulang kepada anda untuk meletak kenderaan anda janji tidak menggangu laluan orang ramai,ini semua bagi menampilkan ciri2 koboi...
Dalam banyak tempat2 penginapan yang aku lepak,aku rasa tempat ni aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang kerana ianya menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan permainan didalam satu kawasan tanpa perlu meninggalkan tempat penginapan ini...



Kali nie aku malas nak karang banyak2 dan kalau
nak tau apa yang ada dan menarik disana.. sila klick sini!!


Jacuzzi...



Lanskap yang menarik..




Sekian,
Jeejoun@yahoo.com

Thursday, May 28, 2009

Mee Udang Nur Zetty Changkat Jering

Ok..Kali nie aku nak tunjuk satu tempat makan yang kira best gak kat area Changkat Jering,Perak.Lokasinya terletak berdekatan plaza tol Changkat Jering dan jika kita memandu dari bandar Taiping menuju ke plaza tol, anda akan lihat papan tanda restoran tersebut disebelah kiri jalan (restoran tersebut berada 100m kedalam kampung/jalan tar mini).
Baru2 nie kan sibuk ngan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang,dah alang2 aku sampai sana apa lagi try sepingganla jawabnya... Keputusannya,ok sedap!!



Papan tanda lokasi


Tu dia..Tempatnya!

Dikelilingi rimbunan pokok manggis yang menghijau membuatkan kita terasa seperti berada di kawasan dusun buah-buahan, juga persekitaran kawasan yang bersih serta suasana restoran itu yang teratur akan membuatkan pengunjung yang mengunjunginya merasa selesa.



Jalan masuk ke lokasi, dikiri dan kanan jalan banyak pokok buah-buahan.
Siapa sangka dalam kampung pun ada kedai makan.


Kat sini banyak gak menu2 yang special tapi bagi aku yang special adalah mee udang dia...
Sepinggan RM5.00 saja!


Mee Udang.....syyypppp!!

Lokasi Menarik Untuk Di Makan -Yang Berhampiran:
Mee Udang Banjir Mak Teh,Kuala Sepetang
Doli Char Koey Teow,Taiping
Mee Sup Selising
Restoran Asam Pedas,Kamunting (menu tgh saja)
Jika ada lagi sila inform!!

Monday, May 25, 2009

Cabaran Gunung Irau,Cameron Highlands

Batu Sempadan Negeri


-->
Hutan berlumut atau ‘mossy forest’ adalah ungkapan yang sesuai untuk Gunung Irau pada ketinggian 2110m diatas paras laut dan terletak di puncak Cameron Highlands. Untuk kesana anda mempunyai 2 pilihan samada memandu kenderaan anda melalui jalan ke Gunung Berinchang (2032m)dan memulakan pendakian anda dari sana atau pun bagi yang sukakan cabaran….Anda boleh memulakan pendakian anda dari perkampungan orang asli Sungai Rui dan mungkin mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Gunung Berinchang sebelum anda meneruskan lagi pendakian anda ke Gunung Irau.Dari pintu masuk hutan ke puncak gunung Irau mengambil masa 4 jam atau lebih bergantung kepada stamina pendaki itu sendiri dan mungkin ada yg mampu mendaki kurang daripada tempoh tersebut ,semuanya bergantung kepada keupayaan diri dan masa rehat yang diambil disepanjang perjalanan itu….Untuk maklumat laluan tersebut agak licin , berlumut,lembab dan persediaan mental dan fizikal memang diperlukan ketika itu.Selain itu, telefon bimbit boleh digunakan disepanjang laluan hingga ke puncak kerana liputannya telah ada tidak seperti tahun2 terdahulu (Cuma pastikan semua jenis bateri dicas terlebih dahulu kerana cuaca sejuk boleh menyebabkan bateri cepat habissssss…)
Bagi yang pertama kali mendaki gunung tersebut mungkin anda tertanya-tanya tentang kewujudan batu penanda disepanjang laluan hingga kepuncak gunung dan untuk pengetahuan anda semua batu penanda tersebut merupakan batu sempadan antara negeri Pahang dan Perak.Begitulah uniknya gunung tersebut !!

Persiapan terakhir sebelum mendaki..


Menikmati panorama di sepanjang laluan..


Papan tanda arah dilaluan perjalanan..nampak macam dekat!!



Meniti akar kayu,meredah lumpur adalah kemestian.

Berehat sebentar,nampak macam letih bebenor dah tu..Baru sampai Bukit Botak!


nyam-nyam...nikmat tak terkata







Indahnya alam ciptaan Allah...

PENYAKIT MENINGITIS

PENYAKIT MENINGITIS

Apakah Penyakit Meningitis ?

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.Salah satu bakteria
penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai
jangkitan eningococcal eningitis.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh
juga melibatkan pelbagai umur.Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah,kontak
terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi
mendapat jangkitan.


Cara Jangkitan
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari
hidung dan tekak orang yang dijangkiti.


Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis
5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-

- Demam
- Sakit kepala yang teruk
- Loya
- Muntah
- Ketegangan atau sakit pada tengkuk
- Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
- Ruam pada badan
- Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)

Just to sharing......
Jeejoun@yahoo.com

Tuesday, May 12, 2009

Colek Perut ,Tanah Merah Kelantan

Pelik tetapi benar....Bukan pelik apa tetapi kerana namanya yang unik membuatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi.Merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Kelantan yang agak 'sohor' di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Jika di Kodiang kedah terkenal dengan pasembor nya dan di Manjung Perak terkenal dengan rojaknya begitu juga 'Colek Perut'di Tanah Merah Kelantan yang tidak kurang hebatnya.Ia adalah sejenis makanan ringan dengan campuran bahan2 seperti perut,timun,taugeh,pelempong,keropok,perut lembu dan juga kuah istimewanya yang boleh memikat selera sesiapa saja yang memandangnya...
Jika anda mengunjungi pekan Tanah Merah pastikan anda mencuba makanan tradisi tersebut,
ini berdasarkan kepada pengalaman aku yang agak 'buta rasa' boleh tambah 2 pinggan buat pertama kali mencubanya........!!
Bukan nak promosi lebih2 tentang makanan dan kedai tersebut kerana bukannya untung apa2 pun aku!!
Tetapi kerana aku pun memahami jika kita merantau atau berjalan2 kesesuatu tempat yang baru,perkara pertama yang bermain dibenak fikiran kita ialah nak makan dimana!...kat mana kedai makan yang sedap!..Bukan nak berkira tentang pemilihan kedai makan di Malaysia ni tetapi biarlah berbaloi dengan apa yang dibayar dengan apa yang kita dapat/makan(kadang2 bayar mahal tapi makanan hampehhhh..




Inilah Colek Perut..




Kedai makan tersebut tidaklah semewah atau sebesar restoran yg lain tetapi kira ok jugakla...
Kalau yg mementingkan keselesaan sepeti air cond atau LCD memang tak adalah..
Untuk kesana anda boleh ke Taman Barakah,Tanah Merah ataupun nak senang lagi jika anda dari pekan Tanah Merah melalui jalan besar ke Kota Bharu .Sebelum kilang LEE RUBBER dan kedudukannya sebelah kanan jalan..


Jika anda mengetahui tempat makan atau tempat yang menarik untuk dikunjungi bolehlah berkongsi dengan saya..Mungkin suatu hari nanti akan tiba jeejountravel kesana!!!

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari IBUUUU......

Selamat Hari Ibu…….

Kepada Ibu,mak,umi,mummy,mama atau apa saja panggilan yang khusus untuk ibu tercinta diluar sana saya ucapkan selamat hari IBU…..Semoga ibu2 dluar sana tabah membimbing anak mereka menjadi insan yg berguna untuk keluarga mereka,untuk kampung dan taman perumahan mereka , untuk negeri dan negara mereka , untuk bangsa dan agama mereka walaupun saya ‘nampak macam senang cakap’ kerana saya bukan ibu tetapi itulah hakikatnya….!!

Ini kerana si ibu takkan terlepas dalam mencorakkan anak2 mereka menjadi insan yang bertamadun ,begitu juga dgn bapa seperti aku yang perlu sama2 memainkan peranannya terutama dizaman sekarang yg serba mencabar.




Itulah realitinya kerana dengan bimbingan ibulah (arwah mak dan abah) saya berada ditahap ini walaupun tidak setinggi manusia yang berjaya diluar sana tetapi saya bersyukur dengan rahmat dan limpahan rezeki yg diturunkan kepada saya selama ini ….

‘Syurga dibawah tapak kaki ibu’ ada kebenarannya tetapi ada juga betulnya ‘rezeki akan diberkati’ jika kita patuh dan menghormati kedua ibubapa kita kerana saya bercakap berdasarkan pengalaman saya walaupun kadang-kadang duit gaji bulan2 cukup2 makan (macam aku yg makan gaji,kuli pulak tu…) tetapi masih mampu menyara keluarga dan bayar duit hutang piutang….Alhamdulillah!!




Mungkin semalam ramai anak2 yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk meraikan bersama ibu masing2 dengan pelbagai cara dan gaya yang penting hati ibu terhibur. Dan bagi mereka yang sudah tidak mempunyai ibu boleh juga meraikannya dengan memperbanyakkan bacaan doa2 untuk disedekahkan kepada yang sudah tiada……

Walau dengan cara apa sekalipun anda melakukannya yang penting niat anda ………!!

SELAMAT HARI IBU !!!