Dalam suasana kesibukan orang ramai disana sini mengunjungi pusat membeli-belah sekitar ibukota,membuatkan aku memikir panjang untuk mengunjunginya.Mana taknya time nilah banyak 'sale' disebabkan musim persekolah yg akan menjelang tiba ,dimana ibubapa akan berpusu-pusu melayan kelibat anak2 mereka untuk mencari apa yg patut bagi persekolahan mereka.Selain itu, kemeriahan Hari Krismas yg akan disambut oleh masyarakat beragama kristian tak kurang hebatnya,banyak pusat membeli-belah bersama-sama memeriahkan suasana dengan menghiasi segenap ruang mereka dengan deko yg bertemakan ala-ala salji ,ada pokok krismas,ada hadiah dan sebagainya.
Jadi dalam pemikiran aku....Kalau bawa kereta dah tentu jammed gile punya...Mana nak cari parking lagi...
Akhirnya aku ngan famili memilih pengangkutan awam yg aku kira agak berbaloi dari segi kos RM dan masa.Cuma kudrat atau tenaga anda sangat2 diperlukan memandangkan anda perlu berjalan dari satu stesen ke satu stesen,silap2 haribulan kena berasak-asak,berdiri sambil membawa barangan anda.Tapi itu bukannya halangannya...Kalau difikirkan,negara2 maju seperti Jepun pun macam ni juga malah siap berlari lagi bagi mengejar masa sesebuah train..
Ini kerana masa begitu penting bagi mereka,ha..kalau nak berjaya kenalah ikut cara orang yg dah maju!
Bermula dengan KTM Komuter,diikuti dengan LRT dan Monorail.Memang letih dibuatnya tetapi puas jugak sesekali melayan pengangkutan tersebut,mana taknya tak kala melihat ragam anak2 kita maka dengan secara automatik segala keletihan seharian berjalan akan hilang dengan sendirinya.Cuma pesan aku kepada anda semua yg saja-saja nak bawa famili macam aku buat ni..Elok buat perancangan terlebih dahulu,nak naik kat mana ,nak turun kat mana,nak pi mana!Dan juga tahu laluan train,peta dan sebagainya...
Apa yg boleh aku katakan utk trip ni adalah misi berjaya!
MidValley,Pertama Complex,Campbell dan Sogo berjaya juga aku terokai dengan menggunakan pengangkutan awam yg tercanggih di abad ini.(selalu dtg naik kereta saja..)
No comments:
Post a Comment