Popular Posts

TOKSAH KALUT..Gunakan kotak ajaib ini utk mencari blog yg tertinggal...

JEEJOUN TRAVEL & OUTDOOR's Fan Box

Sunday, February 1, 2009

Perginya Seorang Sahabat..........



Al Fatihah.....

Mohd Azrin Bin Mohd Saad
Umur 29 tahun
Asal Langkawi Kedah


Telah kembali ke rahmatullah pada pagi 29 Januari 2009......
Dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Titi Serong Kuala Perlis,Perlis.
Kampung datuknya
Bersebelahan makam arwah abangnya(dimaklumkan sebegitu....)

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
AMIN..

Meninggalkan seorang...
Isteri Idayasni bt Romli
Mempunyai 2 cahayamata
Muhammad Haziq Nurhan Setahun 4 bulan dan Muhammad Shahmi Nazhan Setahun...








Sedikit Bingkisan Ringkas....
Kehilangan beliau(arwah) sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku....

Tiada ayat dan bahasa yang dapat diterjemahkan hanya Allah s.wt sahaja yang mengetahuinya..
Bukan untuk menidakkan panggilan ilahi kerana MATI itu adalah Benar , dunia adalah persinggahan dan apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman...........
Mungkin kerana aku amat rapat dengan arwah......

Mungkin kerana aku berasal dari satu negeri ketika belajar dahulu

Mungkin aku pernah repeat bersama...
Mungkin kerana aku tinggal serumah di Sarawak dulu...
Mungkin kerana aku banyak melakukan aktiviti bersama ketika diSarawak dulu...
daki gunung,lepak di Kuching,jalan2,tengok wayang,satu kelas,naik van catar sekali.......
Mungkin aku banyak memori bersama...... (akan aku simpan ianya sebagai kenangan)
Mungkin kerana aku pernah tinggal dirumah arwah ketika aku bekerja di Langkawi dahulu... Mungkin kerana arwah yang bersusah payah mencarikan aku kerja ketika aku diLangkawi dulu..
Mungkin kerana arwah senang dibuat kawan...

Mungkin kerana arwah selalu berkunjung kerumah aku dikampung..

Mungkin kerana arwah yang bersusah-payah bersama spoon.jinggo,birch dan rudi ketika aku melangsungkan perkahwinan dulu (jurugambar,pelayan,pengapit,basuh belanga)

Mungkin juga aku baru saja bertemu arwah ketika Reunion tempoh hari..

Mungkin juga kerana arwah tahu yg itu adalah pertemuannya yg terakhir dengan rakan-rakan.. Mungkin juga kerana selepas Reunion tersebut Arwah terus datang ke rumah aku walaupun semalam saja......
Mungkin juga arwah tahu itu adalah kunjungannya yg terakhir kerumah aku...
Mungkin kerana ketika arwah terlantar sakit di hospital aku sempat melihat penderitaan yang dialaminya.....Allahuakbar.
(Lihat blog aku yg terdahulu...Melawat Sahabat Baikku Azrin Saad 31Dec2008 )

Kesemua kemungkinan tersebut menyebabkan aku begitu terasa akan kehilangannya..

Tetapi itulah kehidupan
Setiap yang hidup itu pasti akan mati...
Aku redha....

Dan kepada rakan-rakan yang membaca bingkisan ini,aku bagi pihak arwah berharap agar dimaafkanlah segala kesalahan yg dilakukan sepanjang arwah berada didunia ini dan sama-samalah kita sedekahkan doa kepadanya......
Dan kepada rakan-rakan yang ingin sedekahkan wang ringgit untuk keluarga arwah berikut adalah no akaun isterinya:-

IDAYASNI BINTI ROMLI
157072393170-MBB
TEL NO. 012-5099379



Sekian
Zulkifli Bin Romli @ Yusop


No comments:

Post a Comment