Lokasi Gunung Irau terletak di antara dua buah negeri iaitu Perak dan Pahang.Berketinggian 2110 meter dan merupakan gunung yang tertinggi di tanah tinggi Cameron Highlands.
Ekspedisi bermula seawal pukul 5.00 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda dari hotel penginapan ke Gunung Berinchang. Laluan ke Gunung Brinchang adalah sempit, dan hanya satu kenderaan dapat melalui laluan tersebut dari satu hala pada satu-satu ketika. Ia adalah salah satu gunung di Semenanjung Malaysia yang dapat di tempuhi dengan kenderaan di mana ia juga adalah kawasan tertinggi dengan jalan berturap di Malaysia pada ketinggian 2032 meter. Cuaca ketika itu agak sejuk dan kabus tebal menyelubungi persekitaran.
Apabila sampai ke tempat yang dijanjikan, semua peserta berkumpul dan diberi sedikit penerangan oleh ketua ekspedisi. Setelah selesai bersarapan dan menunaikan solat subuh , semua peserta mula bergerak ke denai mengikut kumpulan masing-masing. Pada tahap pertama ini, kelihatan gah dengan laluan bertangga kayu serta beberapa buah pondok didirikan untuk pengunjung kira-kira 100 meter ke dalam. Kebanyakan spesis flora di dalam kawasan hutan Gunung Brinchang diselaputi lumut dan kewujudan lumut menyebabkan persekitaran merasa sejuk dan lembap. Lumpur dan akar pokok yang menjadi cabaran utama pada ketika ini.
Setelah hampir 2 jam mendaki ,perjalanan menjadi semakin sukar apabila kebanyakkan laluan memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang sepenuhnya daripada peserta.Laluan yg curam,licin, berakar kayu,berlumut,basah dan berlumpur adalah sinonim dengannya.Tetapi itu bukannya penghalang kepada kami semua kerana trek yang terkenal dengan panggilan Trail Lord Of The Rings...Boleh membuatkan kesemua peserta terpegun dan teruja dengan keindahannnya.Jadi tidak hairanlah apabila kesemua peserta berjaya sampai ke puncak Gunung Irau dengan jayanya dan terlupa akan keletihan dan halangan yang telah ditempuhi tadi.Dari puncak gunung ini jelas kelihatan pekan-pekan di sekitar Cameron Highlands seperti Tanah Rata dan Berinchang juga jalanraya Simpang Pulau-Cameron.
Akhir sekali ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran ini dan semoga ianya menjadi catatan kenangan yang menarik dalam suka dan duka untuk kita berkongsi bersama.
No comments:
Post a Comment